Detik demi detik berlalu tanpa mampu diputar kembali. Langkah demi langkah perlu diatur pada perhentian yang sementara ini. Segala suka dan duka, senyum dan tangis pasti berbaur mencipta pengalaman dan lukisan kenangan pada kanvas kehidupan. Blog ini aku jadikan wahana untuk aku berkongsi pengalaman, pendapat dan minat bersama kalian....
Saturday, July 31, 2010
Thursday, July 29, 2010
Yang telah lama kutinggalkan.....
Jahitan manik...sebenarnya dah lama cik antan tinggalkan. Kalau awal tahun 2009 dulu, ada jgk cik antan terima tempahan untuk jahitan manik ni..
Ha....ni lengan jubah Kak Norzihan yang diminta untuk dipendekkan dan dijahit manik. Sorry ye, Kak Zihan, dah berapa bulan lamanya jubah ni dalam simpanan cik antan.
Ha....ni lengan jubah Kak Norzihan yang diminta untuk dipendekkan dan dijahit manik. Sorry ye, Kak Zihan, dah berapa bulan lamanya jubah ni dalam simpanan cik antan.
Sunday, July 25, 2010
Saturday, July 24, 2010
Roti Jala a.k.a roti kirai
Cik Antan rasa mesti semua tahu apa benda ni kan...Haa... ni kan corong roti jala atau ada yang panggil roti kirai dan seingat cik antan kecik-kecik dulu family cik antan panggil roti sorai. Corong ni memang dah biasa dengan semua orang, tapi tidak dengan cik antan...sebab cik antan belajar buat roti jala menggunakan plastik.
Pelik kan...tapi itulah kenyataannya. Memang arwah nenek cik antan buat roti jala menggunakan plastik. Alah...plastik bungkus beras tu...digulung buat macam corong jual kacang tu....unik kan..Jadi, bila nak pakai corong ni cik antan memang tak pandai, tapi niat di hati nak mencuba, jadi cik antan belilah...bila ada kelapangan nanti boleh lah cik antan mencuba.
Pelik kan...tapi itulah kenyataannya. Memang arwah nenek cik antan buat roti jala menggunakan plastik. Alah...plastik bungkus beras tu...digulung buat macam corong jual kacang tu....unik kan..Jadi, bila nak pakai corong ni cik antan memang tak pandai, tapi niat di hati nak mencuba, jadi cik antan belilah...bila ada kelapangan nanti boleh lah cik antan mencuba.
Friday, July 23, 2010
Wednesday, July 21, 2010
Tuesday, July 20, 2010
Happy Belated Birthday Mak Usu
Kek yang dibuat untuk adik ipar cik antan di Klang. Birthday dia sebenarnya pada 9 Julai, tapi masa ke rumahnya 10 Julai tu cik antan rasa tak berapa sihat, jd kek dihantar pada minggu berikutnya. Kebetulanya pulak pada minggu berikutnya tu mak mentua dan abang ipar serta biras dan anak-anaknya ada sekali. Dan yang baru cik antan tahu rupanya birthday adik ipar cik antan ni sama dengan birthday abangnya....
Sunday, July 18, 2010
Anak-anak dan Harapan
Diam tak diam dah lebih seminggu cik antan tak update blog ni, memang tempahan pun agak kurang yang masuk dan perasaan malas betul-betul menguasai cik antan. Lagi pulak minggu lepas memang cik antan agak kurang sihat. Bukannya apa, rasanya penangan makan durian yang agak banyak lebihan buat kek coklat durian Hapizah minggu lepas tu.
Hari Jumaat lepas, cik antan mohon cuti, sebabnya nak ke sekolah along, ada hari pengambilan kad kemajuan di sekolahnya. Seingat cik antan ni kali kedua cik antan mohon CRK, bukannya apa cik antan ni bukannya jenis yang suka ambik cuti, rasa bersalah pulak kalau orang lain terpaksa ganti kelas kita. Sebab tu lah kalau demam sikit-sikit dan masih mampu ke sekolah, cik antan tetap akan ke sekolah.
Berbalik pada kisah kad kemajuan along tadi, cik antan dan suami sampai di sekolahnya SMSTJ lebih kurang pukul 8.50 pagi, program bermula jam 9.00 pagi, jadi terpaksalah kami tunggu lebih kurang 10 minit, biasalah tu..Bila tengok keputusan along alhamdulillah. Bagi cik antan memang cik antan tak sangka keputusannya begitu, ditambah pula semasa menjelangnya peperiksaan along begitu sibuk dengan latihan band yang disertainya, namun alhamdullillah dia boleh seimbangkan antara akademik dan aktiviti luar.
Sehari sebelum cik antan ke SMSTJ cik antan bersembang-sembang dengan salah seorang rakan cik antan yang mempunyai anak yang sebaya dengan along, anak rakan cik antan ni sejak dari tahun 1 tidak pernah dapat tempat selain daripada tempat pertama, dan sekarang sedang belajar di SAMBES, dan sekarang walaupun di tingkatan satu anak rakan cik antan tadi masih lagi mengekalkan kecemerlangannya dengan mendapat pertama.
Semalam cik antan ke Klang sebab ada family gathering di rumah adik ipar cik antan, dan semasa bersembang-sembang dengan biras cik antan tentang anaknya kini yang sedang belajar di tingkatan 3, anaknya juga sentiasa mendapat tempat pertama dalam tingkatannya. Terdetik dalam hati cik antan, pandai-pandainya anak orang. Sebab itulah suami cik antan agak tertekan sebab anak-anak saudara sebelahnya semua pandai-pandai.
Bagi cik antan pulak, bukannya tak nak anak-anak pandai tetapi tidaklah terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Sepanjang pengalaman cik antan membesarkan along sehingga sekarang cik antan tahu prestasinya tidaklah terlalu teruk tetapi along ni dulu banyak kes disiplinnya. Semasa di Kuantan selalu jugak cik antan suami isteri dipanggil oleh HEM kerana masalahnya. Sentiasa rakan-rakan dan juga pengetua cik antan menasihati cik antan supaya jangan terlalu susah hati. Namun alhamdulillah semasa dia di tahun 6 dia banyak berubah dan bila mendapat tahu dia mendapat 5A, rakan-rakan cik antan di Kuantan ramai yang tidak menyangka dan terkejut.
Tahun ni angah pulak akan menduduki peperiksaan UPSR. Harapan????ntahlah, seperti biasa cik antan tak lah meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Cik antan takut, kalau jatuh sakit.....setiap anak ada kekurangan dan kelebihannya. Memang harapan semua ibu ingin melihatnya anak-anaknya berjaya, dan harapan cik antan biarlah berjaya di dunia dan di akhirat. Itulah doa cik antan setiap kali selepas solat. Seikhlasnya cik antan tidak mengharapkan anak-anak cik antan untuk mendapat tempat yang pertama untuk setiap kali peperiksaanya, cukuplah sekadar mencapai tahap cemerlang. Bila harapan diletakkan terlalu tinggi, bukan sahaja anak-anak yang tertekan, kita juga akan turut tertekan. Dan harapan cik antan biarlah anak-anak tahu walau apa-apapun keputusan yang diperoleh, cik antan tetap sayangkan mereka.
Friday, July 9, 2010
Percubaan pertama
Biskut samperit comel, kalau di kampung cik antan biskut samperit yang macam bunga tu, tapi di sini biskut tu dipanggil biskut dahlia. Sebenarnya cik antan memang tak pandai buat biskut, tapi alang-alang dah masuk bidang ni teringin pulak nak cuba-cuba. bila dibawa ke sekolah feedbacknya ialah biskut ni terlampau garing, haaaa...itulah orang tak pandai bakar biskut.
kita cuba lagi lepas ni....sapa2 yang dah ambik resipi dari cik antan jgn lupa mencuba...
kita cuba lagi lepas ni....sapa2 yang dah ambik resipi dari cik antan jgn lupa mencuba...
Monday, July 5, 2010
Murabbi Cinta
Bukan promosi ye...cuma cik antan ingin berkongsi pengalaman membaca buku-buku tulisan Ustaz Hasrizal yang juga digelar Ustaz Cinta. Hal ini kerana dalam buku-buku Ustaz Hasrizal ni, beliau banyak menulis tentang cinta selepas berumah tangga. Buku Murabbi Cinta ni merupakan buku ketiga yang cik antan baca hasil tulisan Ustaz Hasrizal. Pertama Aku Terima Nikahnya dan kedua Bercinta Hingga Ke Syurga. Bagi cik antan, buku-buku tulisan Ustaz Hasrizal ni memang patut dibaca oleh semua, tidak kira yang sudah berkahwin, mahupun yang belum. Satu kerugian bagi cik antan kerana cik antan hanya dapat membaca buku ini setelah ada sesetengah anak cik antan sudah besar. Tak dapatlah cik antan nak praktikkan apa yang yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal pada anak-anak cik antan yang dah besar tu. Mungkin sebab ada salah dan silapnya dalam didikan yang diberikan, anak kedua cik antan agak suka memberontak dan sukar untuk difahami dirinya.
Bagi remaja yang akan melayari alam berumah tangga cik antan memang menggalakkan anda semua membaca buku Ustaz Hasrizal ni bermula daripada buku Aku Terima Nikahnya. Mungkin jugak kita boleh mengenali Ustaz Hasrizal melalui blognya saifulislam.com
Bagi remaja yang akan melayari alam berumah tangga cik antan memang menggalakkan anda semua membaca buku Ustaz Hasrizal ni bermula daripada buku Aku Terima Nikahnya. Mungkin jugak kita boleh mengenali Ustaz Hasrizal melalui blognya saifulislam.com
Sunday, July 4, 2010
Saturday, July 3, 2010
Cheese Cake lagi.....
Cheese cake kali ni ditempah oleh Kak Tini setelah melihat kek Zawiyah hanya untuk makan-makan
sengaja tukarkan strawberry dengan fresh cherry
sengaja tukarkan strawberry dengan fresh cherry
p/s : bila pertama kali cik antan terjumpa fresh cherry ni di Giant ingatan cik antan terus terimbau kepada kawan cik antan di Kuantan, Zainuriah. Masa tahun 2007 kecoh jgk kami kawan2nya kerana dia mengidam nak makan ceri ni semasa dia mengandungkan anak keduanya. Alhamdulillah di saat-saat akhir sebelum dia bersalin dapat juga dia makan ceri ni. Kalau tak meleleh air liur adik Adeeba. Selepas cik antan terjumpa ceri ni di Giant, cik antan terus menelefonnya, dan dia kata kat Giant di Kuantan pun dah selalu ada sekarang ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea
Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...
-
Assalamualaikum semua...Haaaa....tengok gambar kat bawah ni...inilah tempat cik antan bermesyuarat selama 3 hari di Banting. Sebenarnya ini ...
-
Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...
-
Assalamualaikum semua... Tengok gambar tak ada kaitan kan dengan tajuk... dah lama akak menyepi, hari ni barulah rajin nak menulis. M...