Detik demi detik berlalu tanpa mampu diputar kembali. Langkah demi langkah perlu diatur pada perhentian yang sementara ini. Segala suka dan duka, senyum dan tangis pasti berbaur mencipta pengalaman dan lukisan kenangan pada kanvas kehidupan. Blog ini aku jadikan wahana untuk aku berkongsi pengalaman, pendapat dan minat bersama kalian....
Tuesday, August 31, 2010
Baju raya.....
Yang dah tersurat.....
kek karot 2 kg
Blueberry Cheese Cake 1 kg
CMC 1/2 kg
Inilah hasilnya kek tempahan Cikgu Muniandy sempena hari jadi abang iparnya. TQ Cikgu Muniandy.. harap semuanya berpuas hati.... Happy 50th birthday Mr. PM Murthy....pasti ramai yang tak faham dengan tajuk di atas kan.... tak apalah Biarlah Rahsia....Salam Merdeka...
Iklan ni dah lama sebenarnya, tapi oklah tu. Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Bagi kita yang lahir selepas merdeka ni mungkin erti kemerdekaan itu sendiri tidak begitu dihayati berbanding golongan dulu yang hidup dalam zaman penjajahan. Namun bagi diri cik antan, kita sepatutnya memahami dan menghayati erti kemerdekaan itu selari dengan era kehidupan kita. Apa yang dapat diperhatikan di sekeliling kita sekarang seolah-olah rakyat Malaysia kian terjajah dengan gaya hidup barat. Kebebasan yang diperoleh disalahertikan. Jadi kita semua perlulah memainkan peranan masing2. Cubalah sedaya upaya yang boleh.
Pagi tadi ketika menjeling2 tv yang dipasang anak-anak cik antan, terpandang jugak majlis sambutan hari kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil. Kebetulannya pada masa tu ada senam berirama (ntah betul ke tak istilah tu )ingatan cik antan terimbau kenangan 27 tahun dulu. Ish3x dah lama dah tu... Bukannya apa cik antan dulu masa berumur 12 tahun pernah juga terlibat dengan aktiviti macam tu, tapi bukanlah untuk sambutan kemerdekaan tapi sempena 25 tahun pemerintahan tuanku Sultan Kedah. Yelah sekurang-kurangnya pengalaman dan kenangan tu tetap ada. Lama jugak kami berlatih hari2 di Stadium Darulaman. Seronok sangat masa tu.. yelah zaman kanak-kanak... Jadi bagi rakan-rakan cik antan yang terbaca blog ni pasti masih ingat kenangan tu kan.....
Ramainya manusia.....
Cake stand ni cik antan cuba cari hari Sabtu hari tu bila ada customer nak tempah kek 3 tingkat. Puas meninjau blog2 blogger lain, ada yang beli kat Wisma ICCA, Kota Damansara. Hubby cik antan pun dah godek2 komp ni sebab nak cari kat mana tempatnya. Macam cik antan tulis hubby cik antan ni memang sporting, tapi terfikir kesian pulak kalau bulan2 puasa ni nak ke KL.
Kami cuba cari kat kedai2 bakeri area Bangi dulu. Alhamdulillah... cik antan jumpa kat Bake With Yen, Bangi...tapi kononnya nak bandingkan harga di Yummie... tapi masyaAllah ramainya manusia..... rasa rugi masa dok beratur kat situ. Mesti golongan yang nak buat kuih raya sendiri lah ni yang meramaikan. Kalau yang bisnes rasanya dah siap biskut2 rayanya... Pasal cake stand ni.. akhirnya kami balik ke BWY beli kat situ.Monday, August 30, 2010
Thursday, August 26, 2010
Wednesday, August 25, 2010
Selamat Hari Lahir Untuk Diriku....
Saturday, August 21, 2010
Tiga serangkai
cmc untuk anak saudaranya... Umi
kek karot... nak gambar Upin Ipin untuk anaknya Wana... Upin Ipin letih puasa.....
Bkueberry cheese cake untuk anak saudaranya Nana...Terima kasih Sal..... Happy Birthday semua...
Thursday, August 19, 2010
Akhirnya... siap juga.....

Kasihnya Ibu....

Kak Su order 50 biji saiz s, semua sekali cik antan dapat lebih kurang 70 biji, jadi 12 biji untuk anak-anak cik antan, baki 8 biji lagi untuk Kamaliza, dia kata nak bagi anak-anak rasa... itulah kasihnya ibu......Hari Ini Dalam Sejarah
deklamasi sajak oleh 3 orang pelajar yang mewakili kaum yang berbeza... 1 Malaysia...
Haa..... inilah sejarahnya... buat pertama kalinya pada hari ini 9 Ogos 2010 cik antan mendeklamasikan sajak di khalayak ramai.... sejuk jugak kaki dan tangan.... mana pernah sebelum ni cik antan baca sajak depan orang ramai. Masa di U dulupun masa Malam Pengucapan Puisi cik antan masuk koir nyanyi lagu puisi ramai-ramai... tapi dah jadi cikgu BM kan... sekali sekala kenalah lah tunjuk bakat yang dah lama terendam nih...Tajuk sajaknya Bersila Di Atas Tikar Merdeka
Cikgu Razak pun deklamasikan sajak jugak, tapi bagi dia dah perkara biasa...
Penutupnya semua menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan Satu Malaysia... tapi nak dijadikan cerita terbakar pulak PA Systemnya... banyak betul sejarahnya.... Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan
Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, cik antan ingin mengucapkan Selamat berpuasa untuk semua, semoga bulan ini dapat kita penuhi dengan amal ibadat. Bagi diri cik antan mungkin aktiviti bakeri bulan ni agak kurang, cuma mungkin nanti sibuk untuk menyiapkan tempahan biskut sikit-sikit. Namun alhamdulillah, mungkin ada hikmahnya diharapkan dapatlah cik antan melipatgandakan amal ibadat pada bulan yang berkat ini. Wassalam.Friday, August 6, 2010
Tuesday, August 3, 2010
2 dalam 1
Puan Saliha sedang memberikan ucapan
antara yang hadirMonday, August 2, 2010
Selamat Bersara Kak Limah....

Kak Limah kelihatan sebak sebelum diarak
guru-guru mengiringi Kak Limah
Paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah yang diketuai oleh Cikgu Razak
Ucapan terakhir Kak Limah yang berupa nasihat kepada anak2 didiknya....
menanti giliran untuk bersalaman dengan Kak Limah
nasihat untuk para pelajarnya....
Sebelum majlis pada hari Jumaat, kami warga SMKJB telah meraikan Kak Limah di Bangi Golf Resort. Kelihatan Mr. Chan Kai Choon, pengetua SMJK(C) Yu Hwa turut hadir untuk meraikan Kak Limah atas dasar kawan lama.
Kak Tinie dan Azura
Kak Ros dan Kak Tinie
bergambar kenangan.....
Kak Limah memotong kek yang dihasilkan oleh rakan cik antan Hajara Rosli
bergambar kenangan bersama-sama Kak Limah...
merenung hari-hari yang bakal mendatang...tiada lagi hilai tawa rakan-rakan, tiada lagi senda gurau bersama teman-temanKisah Ibu dan Bunga Hydrangea
Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...
-
Assalamualaikum semua... Tengok gambar tak ada kaitan kan dengan tajuk... dah lama akak menyepi, hari ni barulah rajin nak menulis. M...
-
Assalamualaikum semua... Baru balik dari sekolah ni sebab ada sukantara. Jadi hari ni memang tak ada n3 masak-memasaklah nampak gayanya. Ha...
-
Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...



















