Tuesday, November 30, 2010

Apam Tepung Gandum, Ayam Tandoori dan Nasi Hujan Panas

Hari ni cik antan cuba buat apam tepung gandum, jadi inilah hasilnya... masih dalam kukusan....
cik antan ada masalah sikit masa nak keluarkan dari acuan...kena buat kajian sikit ni.... resepi ni cik antan dapat daripada kawan masa di Kuantan dulu. Thanks ye Ayu...boleh kan akak letak kat sini resepinya....


Apam Tepung Gandum

Bahan-bahannya:

1 paket yis mauripan
4 cawan air
11/2 cawan gula
6 cawan tepung gandum

Cara membuatnya:

1. Rendam yis dan air, masukkan gula dan kemudian tepung gandum.
2. Kacau gunakan whisk hingga tidak berketul.
3. Masukkan dalam acuan (separuh acuan)
4. Biarkan selama 30min - 1 jam (kembang sekali ganda)
5. Kukus selama 15-20 minit.
6. Bila sejuk keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama-sama kelapa.

pes tandoori...
rakan masak cik antan...Mr. Chefel... cik antan nak gunakan untuk bakar ayam tandoori. Kalau sesiapa yang belum tahu tentang Mr. Chefel ni tanyalah kepada wakil Cosway berdekatan anda...(macam iklan pulak..)
inilah untuk makan malam ni...nasi hujan panas dan ayam tandoori. Resepi nasi hujan panas?
Kat bawah ye....
Resepi Nasi Hujan Panas
Bahan-bahannya:

5 cawan beras(seelok2nya beras Basmathi, tapi cik antan pakai beras wangi)
6 cawan air
1 cawan susu cair(cawan yang sama dengan beras)
2 sudu besar mentega
1 inci halia
3 ulas bawang merah
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
kulit kayu manis
sedikit pewarna
sedikit garam
1 ketul kiub ayam

Cara membuatnya:
1. Basuh beras dan toskan
2. Tumis bawang, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis
3. Masukkan air, kiub ayam, garam dan susu cair
4. Masukkan beras dan masak
5. Bila dah kering titikkan pewarna merah, hijau, kuning
6. Bila dah masak, gembur2kan...

Terkenang semasa dulu...

Sebenarnya dah lama dah cerita ni, dah lebih 2 bulan, cik antan pun tak tau kenapalah dulu terlupa nak masukkan, tapi tak pe walaupun dah lama tapi masih segar dalam ingatan cik antan dan kami semua.

Ini sebenarnya event reunion sekolah cik antan dulu, dibuat selepas aidil fitri dulu 12 September di WNS Homestay, Alor Setar. Reunion ni dianjurkan senior kami untuk menemukan semua badge yang pernah belajar kat Jenan atau SMSAH sekolah tercinta kami. Untuk badge cik antan yang dapat datang cuma 8 orang, tapi tak semua yang ada dalam gambar....

Azhar yang datang dengan anak dan isterinya....

Yang berdiri kat belakang tu Halim, sori ye Halim, kami semua tertukar kau dengan Zamani..faham-fahamlah dah lebih 20 tahun tak jumpa.....

ni cik antan dengan junior2 cik antan...

Zli dgn K A, senyuman yang masih seperti dulu, K A pun datang dengan keluarga, yang tak ada dalam gambar Haliza, sori ye... kami terpegun dengan keayuan Haliza tetap maintain macam dulu....

p/s : Sesungguhnya kenangan bersekolah dan membesar di Jenan, meniti hari-hari bergelar remaja bersama-sama kawan akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Di sinilah ku kenal erti kasih makna sayang...kawan-kawanku yang kusayang, mengenali dan mengingati kenangan bersama-sama kalian membuatkan aku bahagia...

Monday, November 29, 2010

Roti Poket, Begedil Kentang dan Bihun Sup

Masa di MAHA semalam hubby cik antan ada jugak membeli roti Arab ni untuk dibawa balik. Jadi pagi tadi cik antan teringat pulak n3 kak gerau tentang roti poket jadi cuba2lah buat. Pakai inti sardin. roti Arab, satu paket ada 5 buku

yang siap di potong dan dibelah ditengahnya...

Ini pulak yang siap digoreng, tak berapa cantik jadinya sebab roti Arab ni lembut berbanding roti burger. Haa...bukan salah cik antan tau salah roti..(padahal cik antan yang tak pandai memasaknya...)
Macam poket doraemon kan....risau jugak takut anak2 tak nak makan. Rupanya liciiiinnnn. Tiba2 Ateh cakap..."ibu...esok buat lagi ye..."
Hah....apa tandanya tu mestilah sedap....
Resepinya macam biasa je...
1 tin sardin
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Asam keping
Cili padi@ cili hidup
Ikan tu penyek2 kan masak macam buat untuk sanwich. Masak sampai kering. Masukkan dalm roti yang dah dibelah tu. Kak Gerau sapu mayonis tapi cik antan takde mayonis, celup telur terus goreng je....

Sebelah petangnya cik antan masak sup dan begedil kentang ni sebab hubby cik antan teringin nak makan bihun sup. Akhirnya terlaksana jugak impian cik antan nak buat begedil ni..
Resepi Begedil Kentang
6 biji kentang
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
segenggam bawang goreng
3 batang daun sup
sebiji telur
garam secukupnya



1. Kentang dikupas, dibelah 6 dan digoreng.
2. Toskan dan dipenyek2kan dengan sudu.
3. Bawang besar dan bawang putih diblender dan campurkan dalam kentang.
4. Campurkan garam, bawang goreng dan daun sup yang dihiris nipis.
5. Gaul sebati, bulat2kan, celupkan ke dalam telur dan goreng.






MAHA 2010

Semalam 28 November, berbunga-bunga hati cik antan sebab hubby cik antan bersetuju nak bawa cik antan ke MAHA. Mana taknya dah banyak kali MAHA berlangsung, inilah kali pertama cik antan dapat menjejakkan kaki. Banyak jugak gambar yang cik antan sempat snap, tapi tak semua yang dapat diupload kat sini...lambat sangat...
Gambar pertama yang cik antan snap ialah gambar pokok bonsai ni...cantikkan??tapi harganya kalau dapat diamati..gambar dia tak terupload pulak...RM2500...terkedu cik antan, menjerit dalam hati jelah... kalau menjerit kat situ histeria pulak...tengah2 orang ramai tu.....
Bunga2 orkid yang berkembang mekar semekar hati cik antan yang berbunga2 riang...
Terpegun cik antan tengok cili2 yang bergayut-gayut ni, napalah cili yang cik antan tanam tak selebat dan sebesar ni...haip silap..cili2 yang hubby cik antan tanam...hubby cik antan beli baja kat bawah tu, nak mencuba....kita tgk nanti...

Pokok2 bunga merah kuning kat atas ni memang cik antan dengan hubby minat sangat, tapi sebab jauh nak gendong..terpaksalah dilupakan hasrat tu...huhuhu

hiasan daripada sayur-sayuran....
tengok lada2 tu....

terung pun cantik....

lada benggala merah....cantiknya....
banyaknya bendi... hubby cik antan suka tu...
tomato dalam pasu, bergayut2 buahnya...
nangka Mastura....kalau tanam ni sekali berbuah satu taman boleh makan....


gambar2 kat atas tu gambar landskap pokok2 herba yang penganjur buat...teringin rasa nak buat kat rumah...tapi alasannya tak de masa...orang lain cukup pun masa...itulah malas namanya...
buah apa ni....mesti ramai yang tak tahu....buah nipah...

hasil pertandingan antara sekolah....
buah asam kelubi....kecik2 dulu cik anta suka makan jeruk kelubi ni... sedapnya... sekarang bukan tak suka... tapi tak elok untuk kesihatan....


3 gambar kat atas ni hasil pertandingan daripada bahan2 terbuang... cantik sangat...kelebihan anugerah Allah
Sapa tu...terkujat sekejap cik antan bila lalu depan booth Hiraq, pengasasnya Raja Mazian pun ada...cik antan ambil gambar dari jauh je lah....tak kan nak ambik gambar berdua pulak kan, dia pun tengah sibuk layan customer tu... kalau ambik gambar berdua macam langit dengan bumi pulak nanti..ye lah Raja Mazian ni kecik molek, cantik orangnya...cik antan....apa lagi dah macam lesung batu....cik antanlah namanya....
Ni dah nak balik ni...bunga2 dalam hati semua dah layu...dah penat...saja cik antan ambik gambar ni nak tunjukkan betapa ramainya manusia kat MAHA ni... bila malam tengok kat Buletin Utama 1.5 juta pengunjung...mak ai....TPM pun datang dengan isterinya tapi cik antan nampak keretanya saja.....Sebenarnya masih banyak lagi tempat yang tak kami kunjungi tapi kudrat dah tak mengizinkan.... teringin nak pergi lagi sekali tapi aci potong kuku hubby cik antan mesti dah tak nak....tengoklah 2 tahun lagi kalau diizinkan Allah dan umur panjang....

Friday, November 26, 2010

Seri Muka Jagung


untuk minum petang hari ni.......
Resipinya cik antan ambil daripada blog Kak Wan - Citarasawan tapi dah diubahsuai sikit. Jom layan resepi yang cik antan ubah suai sikit je...resepi asal klik kat sini.
Seri Muka Jagung
Lapisan Bawah
500gm beras pulut
300ml santan pekat
200ml air
1 tsp garam halus
Lapisan Atas
100gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kastard
200gm gula kaster
4 biji telur gred A
300 ml santan pekat
200 ml air
1/2 tin jagung cream
Loyang 10 x 10"
Cara-cara :
Lapisan Bawah :
1. Cuci beras pulut dan toskan.
Kukus dgn bahan-bahan lapisan bawah selama 1/2 jam (sehingga masak)
2. Angkat pulut, gaul sebati dan tekan ke dalam loyang yang di alas dengan plastik hingga padat. Ketepikan.
Lapisan Atas :
3. Sebatikan semua bahan lapisan atas, kecuali jagung cream.
Whisk dan tapis.
Kemudian masukkan jagung cream, gaul rata, masak hingga naik wap dan tuangkan ke dalam lapisan bawah.
Kukus 1/2 jam lagi.
4. Biarkan betul-betul sejuk baru dipotong menggunakan pisau plastik.

Makan Tengah hari

Ayam Masak Santan Berlada
Pucuk Midin goreng belacan

Kedua-dua ni untuk makan tengah hari tadi, sebenarnya kedua-dua resepi ni campak2 je...
Untuk ayam tu masak macam goreng berlada biasa je, cuma cik antan masukkan santan. Pucuk midin pun macam yang biasa dimasak je, tak de yang luar biasa.

Happy 17th Birthday

Blueberry Cheese Cake
ditempah oleh Kak Liza. Sebenarnya kek ni untuk anaknya Yasmin raikan hari jadi kawannya.
Thanks Kak Liza...semoga berjaya untuk Yasmin dan rakan2 yang sedang menduduki SPM.

Kek Sarawak dan Pucuk Midin

Haa....jangan terpedaya...cantikkan...bilalah cik antan nak pandai buat cam ni. Macam mana nak pandai kalau tak pernah mencuba. Rasanya 3 hari 2 malam pun tak siap ni kalau cik antan buat.
cantikkan....

ni namanya tikar mengkuang
ini pagoda...
ini pulak sisik ikan...
ini pulak pucuk midin, alah lebih2 kurang pucuk paku ler jugak..
Kedua-dua ni sebenarnya hubby cik antan beli masa pergi Sarawak. Jangan tak tau pucuk midin ni terbang melintasi Laut China Selatan ni. Cik antan sendiri tak pernah terbang sebegitu jauh... Nasib badan pucuk midin.....

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...