Saturday, December 31, 2011

Terakhir 2011

Assalamualaikum semua...

Masukkan n3 tentang, tempahan2 minggu akhir 2011
 CMC yang ditempah oleh Kak Ros dan Kak Norzihan
 yang ditempah oleh Kak Liza
ini pulak seri muka yang ditempah oleh Linda

Friday, December 30, 2011

Selamat Bertunang Along

Assalamualaikum semua....

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari... dah lama takmasukkan n3 masakan dan tempahan. Jadi hari ni layanlah gambar2 tempahan pada hari Sabtu lepas...
 Seri Muka, Talam Tokyo dan Kek Coklat. 
 Kek Coklat ditempah oleh Linda, jiran akak
 Sei Muka dan Talam Tokyo ni pulak ditempah oleh Kak Ainizam
 Di sebelah petangnya pulak akak terima tempahan kek karot daripada pelanggan setia kek karot,Ustazah Nazuha..

Untuk birthday anaknya Najwan.
Terima kasih semua...

Thursday, December 29, 2011

Penyakit...

Assalamualaikum semua....

Tiba-tiba hari ni terfikir tentang sesuatu, terus nak masukkan kat blog. 
Tapi tak nak masuk n3 masak-memasak lg.
Mesti semua pelik, tajuk penyakit tapi letakkan gambar hp. Gambar2 tu ehsan pak cik google, hp2 yang digilai sekarang ni.... jadi bila bercerita pasal hp dan penyakit, mesti terbayang dalam kepala orang yang selalu bertukar2 hp kan... memang ada orang yang macam tu, ada model baru keluar je terus tukar... yang mampu boleh lah kan... akak ni tunggu sampai hp tu dah rosak barulah tukar... itupun atas ehsan orang nak belikan jenis apa....
 Berbalik pada tajuk penyakit tu, sebenarnya akak bukan nak tulis tentang penyakit selalu bertukar2 hp, itu terpulanglah pada individu masing2 sebab duit masing2 dan untuk kepuasan masing2, cuma akak nak tulis tentang penyakit sesetengah orang yang tak nak jawab telefon bila dah di luar waktu bekerja. Akak pernah jumpa orang macam ni, puas kita dail, tapi tak berjawab, dan tunggu call balik pun tak de jugak... nak kata tak kenal, dia pernah telefon akak sebelum tu, jadi nama akak mesti tertera di situ. Tapi itulah penyakitnya.. 
Selalunya kalau kawan2 call tu mestilah ada perkara penting yang nak disampaikan atau ditanyakan. Kalau akaklah... kalau dah tengok ada 2 missed call dari kawan, rasanya mesti ada perkara penting nak disampaikan, tambah2 lagi kalau sampai 4 @ 5 missed call.... mesti akak call balik semula.
Akak pernah berbincang dengan kawan akak tentang penyakit ni, dan kawan akak tu bagi pendapat, cuba bayangkan kalau semasa berada di rumah dan terjadi sesuatu pada suami dia dan yang menelefonnya dah tentulah salah seorang kawan atau staf pejabat suaminya kan.... cubalah bayangkan sendiri.... betul tak pendapat kawan akak tu...

P/S : Azam tahun baru 2012... akak kena habiskan banyak masa kat sekolah.....

Wednesday, December 28, 2011

Cameron Highland lagi.....

Assalamualaikum semua...

Seperti yang dijanjikan, akak masukkan pulak gambar-gambar di Cameron Highland masa kami melawat ladang strawberi, anggur, kektus dan macam2 lagilah.. Masalahnya akak lupa pulak nama ladang ni dan minta maaflah kerana mutu gambar kurang memuaskan... jadi layan je lah gambar2 ye...












Pendapat akak, Cameron Highland memang satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi dan sangat sesuai untuk menenangkan fikiran...
^
^
^
P/S : Sunyi, sepi, sayu dan pilu bersatu.... dan itulah AKU... sabarlah wahai hati.... 

Tuesday, December 27, 2011

Cameron Highland : Ladang Teh

Assalamualaikum semua....

Hari ni akak masukkan gambar2 masa akak dan family ke Cameron Highland 16 dan 17 Disember lepas.
Sebenarnya kami bukanlah bercuti secara mutlaknya... hanya mengikut suami yang ada mesyuarat kat situ...

Pemandangan masa berhenti kat ladang teh Bharat




Ini pulak pemandangan daripada hotel tempat akak dan keluarga tinggal Heritage Hotel
Pemandangan Banjaran Titiwangsa..
Nanti akak masukkan pulak gambar2 masa tgk pokok2 kat sana...

Thursday, December 22, 2011

Kenal rupanya.....

Assalamualaikum semua...

Malam ni akak masukkan n3 tentang tempahan talam yang kalerful pada Ahad lepas... Malam ni rasanya ada mood sikit nak update blog. fikiran dan perasaan akak sedikit tenang, berbanding hari2 sebelum ni... sebabnya... tadi akak ke sekolah ada taklimat tentang SBPA, ramai kawan2 akak yang suka hati sebab akak tak bertukar... jadi akak rasa, akak mungkin masih diperlukan di sini untuk menggembirakan kawan-kawan...
 Berbalik pada tempahan talam tadi, Ahad lepas akak siapkan 7 kotak talam....
 4 talam yang pelbagai warna ni, tempahannya akak terima daripada Pathma... akak terima tempahan ni 4 @ 5 hari sebelum, terkejut jugak akak dan bila akak hantar ke rumahnya pada hari Ahad rupanya Pathma ni cikgu kat SMK Taman Jasmin dan kami pernah mengawas PMR bersama pada tahun 2009... jadi kenal rupanya...
3 talam kat bawah ni pulak, 2 seri muka dan satu talam tokyo ni  ditempah oleh Kak Jam bagi pihak kawannya... terima kasih ye.... harap semuanya berpuas hati...

Tuesday, December 20, 2011

Perasaan.....putus asa... reda....namun masih mengharap walaupun jauh...

Assalamualaikum semua....

Dah dua tiga hari tak update blog... nak kata sibuk tak jugak.... nak kata penat, penatlah jugak.... tapi sebenarnya mood akak yang tak ada... bulan Disember dah nak sampai ke penghujungnya, namun semuanya masih bisu.... bila dengan kawan2, akak cuba bergembira, walaupun walang di hati tiada siapa yang dapat meneka.... bila balik ke rumah... semuanya menjadi sepi walaupun dalam keriuhan anak-anak.
Perasaan sebenarnya seolah-olah dah putus asa, cuba memujuk hati untuk reda menerima, sekiranya semua ini yang telah ditentukan olehNya.... pasti ada hikmah di sebaliknya.... namun jauh di sudut hati masih mengharap semoga masih terdapat sinar di celah-celah awan mendung ini.
Mungkinkah esok, sinar itu akan muncul menyapa?...


Saturday, December 17, 2011

Pavlova

Assalamualaikum semua....

Pagi2 ni nak masukkan n3 tentang projek Pavlova akak hari Rabu lepas, bila dok tengok ramai blogger yang dah cuba dan ramai jugak yang dok buat promosi tentang pavlova ni dan tak kurang jugak yang promosi untuk adakan kelas, jadi akak pun tergerak hati jugak nak mencuba.... jadi inilah hasilnya..
Akak buat yang saiz kecik2 macam CMG buat

dan ada jugak yang besarnya.... 

Pavlova ni memang manis bagi akak, sebab itulah kena letak buah-buahan yang masam kat atasnya. Rasanya anak2 akak cakap macam rasa marshmallow dan gula2 kapas. Kalau yang besar tu, bahagian tengahnya macam rasa marshmallow, tapi kalau buat yang kecik-kecik comel tu sedap sebab rangup dan rasa macam gula-gula kapas.
Resepinya akak ambik dari blog Kak Zu Semanis Gula jadi sesiapa yang nak resepi boleh rujuk kat http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2011/12/blog-post.html @ kalau nak rujuk kat blog CMG pun boleh...http://www.tiffinbiru.com/2011/11/pavlovaibarat-cinta-puteri-salju.html dan akak C n P resepinya kat sini 

PAVLOVA

BAHAN BAHAN

150 gram putih telur ( 4 biji putih telur )
1 cawan gula castor
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil cuka makan
1/2 sudu kecil esen vanilla

Whipping cream secukupnya ( PUTAR SEHINGGA KENTAL @ SOFT PEAK)

CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan oven pada suhu 150 c selama 10 minit dan sediakan kertas baking paper, alas atas loyang
2. Putar telur putih hingga berbuih dan masukkan gula sedikit sedikit, putar hingga adunan menjadi meringue
3. Masukkan tepung jagung dan cuka makan, gaul kaedah kaup balik
4. Masukkan dan letak adunan diatas loyang dan bentukkan adunan pavlova membulat @ mengikut kehendak hati
5. Masukkan ke dalam oven dan turunkan suhu oven kepada 120c dan bakar selama 1 jam 20 minit mengunakan api atas bawah.
6.Bila telah masak biarkan pavlova menyejuk dalam oven, renggangkan pintu oven sedikit

Wednesday, December 14, 2011

'Friends Forever' dan 'Happy Gathering'.. ok kot..

Assalamualaikum semua...

Semalam akak menyiapkan dua biji kek untuk reunion... Kek2 ni ditempah oleh Cikgu Norliza. Katanya untuk reunion dengan kawan2. Silapnya akak tak tanya reunion apa.
 Dia pulak cakap, tulis je lah apa2 kat atas kek tu... Puas berfikir.... akhirnya akak tulis Friends Forever dan Happy Gathering...ok lah kot kan...
 Blueberry cheesecake
Carrot Cake
Masa Cikgu Norliza ambik kek ni,baru akak sempat bertanya... rupanya reunion Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka... selamat bergader2 yer....

Tuesday, December 13, 2011

Tempahan dari Banting...

Assalamualaikum semua....

Sambil2 berehat sekejap, sebelum nak menyambung tugasan di sebelah malamnya, akak masukkanlah dulu n3 ni...
Sebenarnya tempahan ciskek dan Talam Keladi ni akak terima daripada kawan akak yang kat Banting Raja Azhana. Kebetulan akak nak ke sana Jumaat lepas, jadi dia tempahlah sekali... Terima kasih ye...
Ciskek
Talam Keladi....

Monday, December 12, 2011

Talam Keladi

Assalamualaikum semua...

Pasti sekarang ni ada yang sudah ataupun sedang menikmati makan tengah hari kan... Hari ni saja2 je nak tayang talam keladi yang dah habis ni... sebenarnya akak buat ni hari Khamis lepas untuk makan2 kat Banting dan adalah yang ditinggalkan sedikit kat rumah untuk anak-anak makan. Untuk talam keladi ni memang akak biasa gunakan resepi chef Asma, akak rasa, dah ramai yang masak talam keladi guna resepi Chef Asma ni kan dan sememangnya sedap.... jadi jomlah layan sekali lagi resepi talam keladi ni....
Bahan-bahannya 
Lapisan Bawah
Bahan A

  • 210 gm tepung beras
  • 30 gm tepung ubi
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1000 ml santan
Bahan B
  • 260 gm keladi yang dah dibersihkan, dipotong dadu dan dikukus
Cara-caranya:
  1. Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
  2. Tapis ke dalam periuk dan masakkan sehingga pekat.
  3. Masukkan keladi dan dikacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam loyang 10 x 10 inci dan kukus selama 25 minit

Lapisan Atas

  • 150 gm tepung gandum
  • 210 gm gula pasir
  • 4 biji telur
  • 750 ml santan
  • pewarna purple
Cara-caranya
  1. Bancuh semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga pekat dan tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah digores2 dengan garfu.
  3. Kukus selama 30 minit.
Semasa hari ketiga bermesyuarat, akak dapat call daripada Kak Zaharah yang menempah 3 talam kat bawah ni...Talam Tokyo, Talam Keladi dan Talam Suji...

Terima kasih ye Kak Zaharah, sebab memperkenalkan talam2 ni pada jiran akak tu....

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...