Tuesday, January 4, 2011

Rutin Harianku Bermula.....

Assalamualaikum semua....Hari ni masuk hari kedua sekolah dibuka, jalan-jalan raya dah agak kurang sesaknya berbanding semalam. Semalam hubby kak antan cuti sebab nak jenguk2 Aqil yang mula ke tadika baru. Biasalah...kalau hari pertama sekolah memanglah hubby kak antan yang bercuti sebab kak antan susah sikit nak bercuti sebab hari pertama kerja kan... tak kan nak mohon cuti pulak.
Makanya hari ni bermulalah rutin kak antan di sebelah petang menjemput anak2 pulang sekolah, semalam boleh bahagi2 antara kak antan dan suami, hari ni semua kak antanlah. nampak gayanya...Nak dijadikan cerita, petang tadi hujan lebat turun membasahi bumi Kajang dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Apalagi bertambah sesak lah dengan ibu bapa dan bas2 sekolah yang nak menjemput anak2 balik sekolah. Kak antan terpaksa tunggu hampir setengah jam baru boleh bergerak dari tempat parking selepas menjemput ateh.
Walaupun banyak kereta yang tersekat dalam kesesakan tu, tapi kak antan nak puji jugak sikap pemandu2 kat sini yang semuanya tetap sabar menunggu. Puncanya daripada sebuah van sekolah yang memuatkan begitu ramai pelajar sekolah. Dahlah pemandunya berhentikan van di tengah2 jalan, penumpangnya pulak ramai, jadi dia terpaksalah menjemput penumpangnya sorang demi sorang sebab hujan lebat....jadi...kami ni terpaksalah sabar menunggu.
Cuma nasihat kak antan kat sini, untuk pemandu2 van dan bas sekolah, janganlah tamak sangat. Keselamatan anak2 lebih penting daripada segalanya.
Angah pulak kuyup bila sampai ke rumah sebab dia ke sekolah dengan basikal. Kak antan cuba2 jugak nak ke sekolah dia untuk menjemputnya..tapi terlampau sesak.... jadi kak antan pun terpaksa berpatah balik dan terus balik ke rumah. Di pertengahan jalan kak antan nampak dia mengayuh basikal, jadi sempatlah kak antan menyelamatkan beg sekolahnya sebab takut buku2nya basah....Nasiblah kan...hujan kan rahmat dari Allah, kita sebagai umatnya harus sentiasa bersyukur.....

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...