Assalamualaikum semua....
N3 hari ni tentang pengalaman 3 hari akak menghadiri kursus komputer di IPG Teknik Cheras.
Ahli kumpulan akak selama 3 hari akak menghadiri kursus, Yap, Kak Zu, akak dan Maslina.
Seronok sebenarnya sekali sekala menghadiri kursus ni, sebab dapat kawan baru, mempelajari ilmu baru, lupa sekejap hal2 yang secara rutinnya berlaku di sekolah, tapi yang tak seronoknya.... bila balik ke sekolah, bertimbun2 kerja nak disiapkan. Sepanjang 3 hari tu kami dibekalkan dengan ilmu wonder share dan wix.com... memang menarik dan rasanya masa 3 hari tu tak cukup....
Yang tak disangka2 semasa berkursus akak berjumpa dengan bekas anak murid akak dulu, Mazlina... walaupun akak tak mengajar dia, tapi alhamdulillah dia masih ingat pada cikgunya ni... sedangkan semasa tahun 1998 tu akak mengajar di Pandan Jaya hanya 5 bulan lebih je dan dia ketika tu baru tingkatan 1. Terasa sangat diri ni dah tua..hihihi.. cepatnya masa berlalu...
Kalau n3 sebelum ni akak tulis tentang kesesakan yang terpaksa akak hadapi pada hari pertama, ini pulak kesesakan yang akak hadapi pada hari kedua... walaupun akak keluar lebih awal, tengok tu gelap lagi kan... tapi jalan dah sangat sesak... tapi pengalaman akak untuk hari kedua ni berbeza sebab akak tersilap masuk lorong...bagi sesiapa yang pernah melalui Highway Cheras pada sebelah pagi, pasti tahu tentang laluan kontra, tapi akak ni tak tahu... ingatkan masuk lorong tu boleh laju, rupa2nya....huhuhu... akak terbabas sampai ke KL, menggelabah cari jalan untuk berpatah balik ke Cheras, nasib baik masih sampai tepat pada waktunya... betul2 memberi pengalaman pada akak, sebab akak tak pernah memandu dalam Kuala Lumpur, tiba2 kena pusing satu KL untuk berpatah balik.