Monday, July 30, 2012

Puding Tauhu.... versi orang malas...

Assalamualaikum semua....
Maaflah... abaikanlah gambar yang teruk kat atas ni ye.... dahlah resepi tentang orang malas, gambar pun nampak sangat kemalasannya. Semalam akak buat Puding Tauhu untuk berbuka puasa, tapi resepinya resepi  versi orang malas sebabnya akak tak pakai acuan yang cantik2 bagai hanya tuang dalam bekas je, lepas tu main ceduk2 pakai sudu je masa nak makan dan resepinya pun tak ikut resepi asal daripada tuan punya resepi Kak Nor, main masuk2 je... jom layan resepi orang malas ni ye....

Bahan-bahannya:
  • 1 paket agar2 straw
  • 1 1/2 liter air
  • 1 kotak (200 ml) santan Kara
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin kecik susu pekat
  • 1 tin laici
Cara-caranya
  1. Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar hancur.
  2. Masukkan santan, susu cair dan susu pekat sambil dikacau...
  3. Bila menggelegak, tutup api dan tuanglah ke dalam acuan sesuka hati... kalau malas ikut akaklah ye...
Untuk kuahnya:
  1. Air daripada 1 tin laici dicampur dengan 2 tin air ( pakai tin laici tadi)
  2. Masukkan 8 sudu gula ( akak rasa kena kurangkanlah.... bagi yang suka manis ok lah)
  3. Bila menggelegak angkat.
  4. Semuanya disejukkan dalam peti sejuk supaya lebih segar bila dimakan.
Untuk yang nak resepi asal boleh rujuk kat blog Kak Nor Secubit Garam ye kat SINI....

Sunday, July 29, 2012

Talam Tokyo ke Shah Alam dan Dungun...

Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-9 kita berpuasa, terasa begitu cepat masa berlaku. Terasa macam baru semalam je dok sibuk nak tengok anak bulan, tau-tau dah 9 hari... Mungkin juga disebabkan kesibukan seharian membuatkan kita tidak sedar detik-detik yang berlalu kan....
Berbalik kepada tajuk hari ni tentang Talam Tokyo... sejak bulan puasa ni, jauh pulak berjalan si TT ni.... semuanya bermula dengan Talam Tokyo yang akak buat semasa pot luck sehari sebelum puasa dulu, lepas tu cikgu2 sekolah akak dah merancang untuk menempah pada hari Isnin berikutnya untuk berbuka....
 Ini TT yang ditempah oleh kawan akak Atiqah dari Dungun semalam, kebetulan dia datang servis kereta di Kuantan Jumaat lepas jadi dia tempah sekali TT, sebab sebelum tu kawan kami jugak, Huzai dari Shah Alam menempah TT ni sebab kebetulan suaminya ada kerja luar di Kuantan... Itulah yang akak cakap... TT ni jauh berjalan.... satu ke Shah Alam, satu ke Dungun...
 Inilah TT yang akak sediakan untk pot luck lepas... bersama-sama dengan RVC...
 Ini pulak TT yang ditempah oleh cikgu2 Isnin lepas... Untuk hari Selasa, akak buatkan Seri Muka Gula Merah, terlupa pulak nak diambil gambar dan hari Rabu siapkan TT Huzai bersama-sama Talam Suji untuk cikgu2 sekolah akak... Itulah yang dikatakan kesibukan yang melanda membuatkan kita lupa masa yang berlalu... Hari Khamis akak rehat sehari untuk selesaikan kerja2 PBS akak. Jangan pulak nanti dikatakan membelakangkan tugas hakiki kan... Alhamdulillah markah PBS pun dah selesai di 'key in' sehingga band 3 untuk kebenyakan pelajar...
Ini pulak tempahan untuk Jumaat, lebih kurang 150 biji krim puff untuk cikgu2 sekolah akak. Semalam siapkan tempahan TT Atiqah dan hari ni.... nak rehat lah pulak...

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan..

Assalamualaikum semua....

Rasanya belum terlambat untuk akak mengucapkan selamat berpuasa ataupun selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah kita kembali dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua dapat menyempurnakannya dan mempertingkatkan amalan di bulan Ramadhan ini.
Bagi akak, akak sangat bersyukur kerana dapat berpuasa bersama-sama keluarga akak di Kuantan pada tahun ini. Walaupun aktiviti biskut raya mungkin berkurang, nanti mungkin buat untuk sendiri aje., tapi tempahan-tempahan lain dah mula akak terima, alhamdulillah.... rezeki Ramadhan.
Bila Ramadhan menjelma pasti kenangan2 lama akan muncul dalam ingatan kita kan? Saat-saat berpuasa bersama-sama rakan... Kenangan Ramadhan paling manis dalam hidup akak ialah pada zaman sekolah menengah dulu... masa tu akak berpuasa di asrama. Walaupun berpuasa berjauhan dengan keluarga, tapi kenangan tu indah sangat, sebab dapat bersama-sama rakan ke Bazar Ramadhan, mengikut giliran asrama... bangun sahur dikejutkan oleh loceng ais krim... dah tu  masa sahur mesti ada telur masin dan kopi O panas...
Homework pulak masa bulan puasa mesti semua siap.... sebabnya kami siapkan selepas sahur... kalau bulan-bulan lain....hmmm...
Itulah kenangan manis Ramadhan yang akan terus tersemat dalam ingatan akak... sekarang kedatangan Ramadhan disambut dengan penuh keinsafan kerana memikirkan diri sendiri, keluarga dan anak-anak kan...
Oklah Selamat berpuasa untuk semua....

Wednesday, July 18, 2012

Handphone oh handphone

Assalamualaikum semua.
Tiba-tiba hari ni rasa terpanggil nak menulis kat sini, walaupun lappy akak tak ada, sebab sedang menerima rawatan kerana keadaannya yang terlalu lembab. Isu semalam, iaitu isu pelajar dibenarkan membawa hp ke sekolah... terasa sedih sangat kalau perkara benar-benar berlaku.... Semalam pun anak2 murid akak yang baru ting 1 tu dah bangkitkan dalam kelas, sebabnya sebelum ni akak pernah bangkitkan satu isu pada diorang.... hp dan fb dah mencuri masa anak2 dgn ibu bapa. Bukan main seronok diorang dengan perkembangan terbaru ni.... Bagi akak kalau betul-betul syarat ini dilaksanakan, sebagai seorang guru, akak memang betul2 merasakan yang kami golongan pendidik ni dibelakangkan... sebab rasanya majoriti guru akan menentang pelaksanaan syarat baru ini... sebabnya akan menambah kerja kami dan rasanya selepas ini kami akan lebih tidak dihiraukan oleh golongan pelajar. Pendapat akak sebagai seorang ibu pun, akak tidak bersetuju sebab bila di sekolah, tak mungkin kita akan dapat mengawal anak-anak kita sekiranya mereka tidak menumpukan perhatian di dalam kelas, tapi asyik bersms dan berfb di bawah meja. Golongan ibu bapa yang menyarankan tu mungkin golongan berada yang mampu menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke mana2 sahaja. Kalau nak dikatakan untuk faktor keselamatan, akak setuju, tapi kenalah syaratnya hp hanya boleh di on kan selepas waktu persekolahan.... sedangkan pada pendapat akaklah, kalau betul anak2 murid akak dalam kecemasan di sekolah, kami sebagai guru yang dah berperanan sebagai ibu tidak pernah berkira untuk meminjamkan hp kepada mereka untuk menghubungi keluarga...

Sunday, July 15, 2012

Kek Coklat Kukus untuk Aqil

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah... hari ni baru settle pemasangan streamyx kat rumah akak ni setelah 3 minggu lebih dah rasanya akak memohon... macam2 masalah... masalah TM lah, masalah van kontraktornya rosaklah...
Kek coklat kukus Aqil ni pun sebenarnya dah lama kat dalam draf, tapi tak ter 'post' sebab akak dok menunggu line internet ni... jadi hari dapatlah akak post kan... untuk birthday Aqil tahun ni akak cuma buat kek coklat kukus je... tapi resepinya akak ubah suai sikit daripada resepi yang akak buat dulu...

Bahan-bahannya
  • 3 biji telur
  • 1 tin susu cair#
  • 1 cawan minyak#
  • 1 cawan serbuk koko#
  • 1/2 cawan susu pekat manis#
  • 1 cawan gula pasir#
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
* Coklat ganache untuk dituang ke atasnya...

Cara-caranya
  1. Bahan yang bertanda # dimasak sekejap sehingga gula hancur dan sejukkan
  2. Pukul telur hingga kembang
  3. Masukkan bahan yang dimasak dan kacau sebati
  4. Masukkan tepung yang diayak bersama-sama soda bikarbonat dan baking powder
  5. Kacau sebati, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam.
  6. Kukusan perlu dipanaskan terlebih dahulu....

Ini pulak puding roti yang akak buat pada hari yang sama, tapi resepinya main agak2 dan campak-campak je....

Tuesday, July 10, 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum semua...

Buat apa ye pagi2 ni? Pasti ramai yang sibuk di pejabat atau ada yang tengah sibuk memasak....
Tajuk tentang ikan patin, tup2 gambar kek pulak... Sebenarnya kek gula hangus dan gulai ikan patin ni akak masak Jumaat lepas sempena pot luck kat sekolah akak...dah licin semuanya...
Bila dah post kat fb, ada kawan akak yang bertanya resepi ikan patin masak tempoyak ni. Jadi akak masukkan kat sini semula... ikut cara akaklah ye... tak taulah sama ke tak dengan resepi orang Temerloh... akak ni anak Kedah yang dah lama merantau... celup sana kejap, celup sini kejap... walau apa-apapun negeri Jelapang Padi tetap tanah tempat tumpah darahku...

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan patin - bersihkan dan potong ikut suka
  • 10 tangkai cili padi - nak pedas boelh tambah lagi
  • 4 sudu makan tempoyak
  • daun kesum dan bunga kantan
  • sedikit kunyit hidup
  • asam keping
  • 2 batang serai

Cara-caranya

  1. Cili padi diblender bersama-sama kunyit hidup.
  2. Masukkan dalam periuk dan masak hingga kering air.
  3. Tempoyak diblender dengan air secukupnya
  4. Kemudian masukkan dalam lada yang dimasak.
  5. Kemudian masukkan ikan patin, daun kesum, bunga kantan dan serai.
  6. Masak sehingga sebati semuanya, kalau suka masam masukkan asam keping.
  7. Perasakan dengan garam dan kalau suka sedikit gula... sedikit je.. jangan sampai manis pulak ye...
Untuk Nita... selamat mencuba kalau dah ada tempoyak nanti kay...

Wednesday, July 4, 2012

Selamat Ulang Tahun Muhammad Aqil Fahmi bin Adnan

Assalamualaikum semua....

Sepatutnya n3 ni dimasukkan semalam, tetapi semalam sibuk sangat dengan seminar dari pagi sampai petang dan Awan pulak demam dan merengek sepanjang masa...
 3 Julai 2012 genaplah 7 tahun umur anak akak yang keempat, Aqil... Anak yang dijangkakan akan lahir di Kuantan tapi dia nak jugak jadi anak Selangor... kelakar pun ada bila mengingatkan kisah kelahiran Aqil. Sebabnya Aqil dilahirkan 3 minggu awal dari jangkaan.
 Masa tu akak baru jugak berpindah ke Kuantan macam sekarang ni, setiap hujung minggu akan balik ke Kajang untuk mengemas rumah... tak sangka pulak dia nak lahir awal 3 minggu, semua barang kelengkapan bayi tak dibawa balik ke Kajang.... jawabnya terpaksalah abahnya shopping baru...
 Aqil seorang anak yang tak banyak kerenah semasa bayi... senang sangat menjaganya..
 Tapi sekarang... nakalnya boleh tahan.... tapi kalau datang rajinnya... senang jugak akak...
Ibu doakan Aqil @ Acik akan membesar menjadi anak yang soleh, baik, bertanggungjawab dan membahagiakan semua orang...

Monday, July 2, 2012

Pulut Sekaya

Assalamualaikum semua....

Hari ni masukkan n3 Pulut Sekaya ataupun ada yang panggil Seri Muka. Akak buat ni hari Jumaat lepas, dah habis dah pun.... tengok gambar je lah ye... Ramai jugak yang bertanya resepi. Akak masukkan kat sini ye...
 Bahan A

  • 500 gm beras pulut - rendam sekurang-kurangnya 4 jam ( akak rendam semalaman )
  • 400 ml santan pekat
  • 100 ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:

  1. Gaulkan kesemua bahan A, masukkan ke dalam loyang 10 x 10 inci dan kukus selama 30 mint
  2. Kemudian pulut ditekan-tekan supaya padat.

Bahan B
  • 140-150 gm tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 250 ml santan pekat
Campurkan kesemua bahan B dan kacau rata.

Bahan C
  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula pasir
  • 500 ml air
Cara-caranya
  1. Kesemua bahan C direndam @ dimasak untuk melarutkan gula.
  2. Campurkan ke dalam bahan B dan tapis ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sehingga pekat.
  4. Tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
  5. Kukus selama 30 minit.




Rutin tetap sama

Assalamualaikum semua..

Dah lebih tiga minggu tak bersiaran, sejak memulakan kehidupan di Kuantan. Walau apa-apapun rutin tetap sama sebab akak tetap mengajar sesi petang.Walaupun di Kuantan ni hanya kes2 terpencil je sekolah yang sesi persekolahannya dua sesi, tapi alhamdulillah akak ditempatkan di sekolah yang mempunyai dua sesi.
Sejak memulakan tugas di sini, aktiviti memasak belum dimulakan lagi. Hanya untuk makan2 je... Gambar koleh kacang kat atas tu lah yang saja2 akak masak untuk dimakan di sekolah.
Tapi yang menariknya di sini, akak mengajar di sekolah yang pelajarnya semua lelaki...
Ini aktiviti pertama akak di  SMK St Thomas... Sukan Tahunan... ini pasukan rumah akak... terpaksa lelaki pakai baju perempuan, hehehe.... kelakar pun ada... tapi memang sporting kan... 

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...