Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikm semua....

1 2 3 4 5 6 7 8... erk....8.... ye 8 bulan blog ni ditinggalkan sepi. Apalah yang jadi kat dalam ni ye... Tiba-tiba je semalam rasa teringin nak update... tapi hari ni baru hajat terlaksana. 8 bulan... kalau mengandung dah nak bersalin pun... kalau baby dah merangkak dah kan... itulah dia tahap kemalasannya... apa nak dikata.

Sepanjang 8 bulan pelbagai peristiwa dah terjadi... kita pun dah hampir sampai ke penghujung tahun... anak-anak murid akak yang Tingkatan 3 nya dah selamat menduduki PT3... cuma kertas jawapannya aja yang belum selamat disemak...masih ada lagi tu... yang tingkatan limanya... terus menghitung hari... berapa hari lagi ek?...9 hari... mak ai... itu maknanya along pun lagi 9 hari nak menduduki SPM... mulalah ibunya yang tak senang duduk... September hari tu Ateh ambik UPSR... dah macam2 cerita pulak UPSR tahun ni... dah rezeki Ateh gitu ye... terima je lah..

Aktiviti masak memasak? macam angin sepoi2 bahasa gitu.. tak lah macam dulu... nak kata tak ada langsung tu, kadang-kadang ada lah jugak...cuma kadang-kadang tu yang tak dayanya call pukul 3 nak ambik pukul 7... minta maaflah ye... kudrat akak ni bukanlah sepantas kilat... macam angin sepoi-sepoi bahasa jugak... kena slow and steady... dah tua-tua ni dah tak fokus sangat... kalau kalut-kalut nanti karang kuih-kuihnya ke laut.. ada yang 100gm disukat 200gm nantinya...

Diam tak diam bulan Jun hari tu dah 2 tahun akak tinggal kat Kuantan ni... dah masuk bulan Oktober ni pulak maknanya dah 3 tahun suami akak bertukar ke Kuantan... tak tau lah kali ni berapa lama pulak kami kat sini... cuma harap2nya biarlah lama sikit... sempatlah nak bernafas kat sini... 19hb Oktober baru-baru ni genap 3 tahun mak mertua akak tinggalkan kami, semoga rohnya tenang di sana. Rasa macam baru je lagi... tiba-tiba teringat mak kat Kedah.. semoga mak sihat-sihat ye.. Kedah.. tunggulah insya-Allah bulan 12 nanti kami balik kot... Kedah... malam ni Kedah lawan Pahang kat Stadium Darul Makmur... Helang nak lawan Gajah... sapa nak menang? Tak kisah lah kan sapa-sapapun menang... hasrat hati memanglah nak Kedah menang... tapi kalau Pahang menang pun nak kata apa.. dah Pahang Juara Piala Malaysia tahun lepas kan.. lagipun dah dekat 20 tahun sebilik dengan orang Pahang... hehe... kalaupun Pahang menang... tapi Kedah tetap hebat bagi akak sebab Kedah kan pasukan dari Liga Malaysia je dulu... tapi dah sampai ke semi final... apa-apapun sebelum jantung akak penat macam orang berlari 200m, malam nanti akak akan sibukkan diri dengan tempahan seri muka dan mungkin sibukkan diri dengan kertas jawapan PT3.. .. kalau akak tengok nanti, macam akak pulak yang dok kejar bola...

Sebenarnya mood akak sekarang ni bagai menanti buah yang tak gugur... jadi mood pun down je... dok tunggu bilalah nak dapat kunci rumah yang kami beli 2 tahun lepas.... janjinya bulan Oktober... ini dah nak masuk November dah... kalau boleh tahun depan naklah duduk rumah sendiri... kat rumah sewa ni banyak barang-barang akak yang tak keluar kotak sebab tak de ruang nak letak. Tengok member-member dok tayang roti sarang lebah lah, roti piza lah... teringin jgk nak buat... tapi BM nya ntah kat kotak mana-mana... dah bersusun-susun... sekarang dok pujuk hati.. mungkin ada lah hikmahnya kunci tu lambat... kita manusia hanya merancang kan... tapi perancangan Allah lebih sempurna... Dia yang lebih tahu apa yang baik buat hambanya...

Akak ni kalau jawab karangan PT3 dah terpesong dah ni.. dah lari tajuk... tajuk Salam Maal Hijrah...hehe... jadi di kesempatan ini akak nak mengucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua.. maafkan segala kesalahan akak... semoga kita semua dapat berhijrah ke kehidupan yang lebih baik dan yang pastinya kita lebih dekat kepadaNya...
Insya-Allah bila rajin akak update lagi ye..... Assalamualaikum...

Tuesday, February 11, 2014

Yasin 7 Mubin


Assalamualaikum semua....
Dah bersarapan?
Pagi ni akak nak menceritakan pengalaman yang dah hampir sepuluh bulan berlaku, sekadar ingin berkongsi dengan pengunjung-pengunjung AB yang semakin sepi.
Tarikh 23 April 2013 pasti akak ingat... kerana kejadian itu berlaku sehari selepas anniversary akak 22 April. Pada 23 April tu handphone akak dicuri... Gelap rasanya seketika, dah la baru guna hp tu lebih kurang 3 bulan. Hilangnya pulak dicuri dalam kelas sendiri. Itulah pelajar-pelajar sekarang, salah cikgu jer yang nampak.... kesalahan diorang...
Selepas disedari, semua pelajar dikumpulkan... spot check diadakan... tapi hampa... perasaan akak... memang sedih.. sebab hp akak semua suami yang belikan... tapi akak reda andai itu dah ditakdirkan bukan rezeki akak. Syukur Alhamdulillah sebab dalam hp tu tak ada gambar-gambar akak yang tidak bertudung, yang banyaknya hanyalah gambar-gambar masakan.
Akak seolah-olah dapat mengagak siapa yang punya angkara, tetapi tidak ada bukti nak sabitkan kesalahan. Pelajar yang disyaki pulak boleh bertanya pada akak..."Cikgu, hp awak hilang di mana"... pelajar Cina kan... itulah cara mereka bertanya.
Sampai rumah terus call suami akak, jadi dia dah call celcom untuk blok dulu talian akak, terus dia buatkan sim card yang baru... nasib baik hp yang lama masih boleh dipakai. Jadi dapatlah akak berhubung dengan kawan-kawan akak, yang kebanyakan nombornya masih ada dalam hp lama.
Shima kawan akak nasihatkan akak baca Yasin 7 Mubin, katanya untuk mengembalikan barang yang hilang. Dia suruh akak google di internet, jadi akak pun mulalah google apa yang dikatakan Yasin 7 Mubin tu. Alhamdulillah... dapatlah jugak akak baca sebanyak 3 kali. Hampir sebulan kejadian tu, badan disiplin yang bertindak pun macam sepi jer... mungkin tak ada bukti yang kukuh, akak cuma reda je andai itu memang bukan rezeki akak. Yang dijumpai hanyalah casing hp itu sahaja yang dimasukkan ke dalam beg salah seorang pelajar lain. Pelajar yang akak syaki pula tiba-tiba bertanya, "Cikgu awak tak report polis ke hp awak hilang"
Jalan terakhir disiasat menggunakan CCTV, tetapi agak sukar sebab tiada CCTV di dalam kelas, yang ada hanyalah di tangga. Memang bila diperhatikan pada rakaman CCTV ada keganjilan pada sikap pelajar yang akak syaki tadi, dan berdasarkan keganjilan itu sahajalah pelajar itu dipanggil dan disiasat. Sebelum itu rakan yang bersama-sama dengannya yang dilihat melalui rakaman CCTV itu dipanggil dulu untuk disiasat.... dan Alhamdulillah kawannya mengaku bersubahat dan memang dialah yang mencuri hp akak. Bila pelajar itu dipanggil, dia memang tidak boleh mengelak lagi, tapi sebab mungkin kes dah agak lama, katanya hp tu kawannya dah hilangkan dan dia berjanji akan membayar balik harga hp akak sebagaimana harga asal. Ibunya dipanggil, tetapi ibunya tidak mahu bertanggungjawab, jadi terpaksa dialah menyelesaikannya sendiri. Dia berjanji pada akak akan membayarnya secara beransur-ansur dan bayarannya dapat diselesaikan hanya selepas Hari Raya Aidil Fitri yang lepas hasil upah yang diperolehnya dengan bekerja di restoran neneknya dan bantuan bapanya.
Bagi akak itulah berkat bacaan Yasin 7 Mubin yang dibaca. Jadi nasihat akak, seandainya ada kehilangan barangan yang berharga, bacalah Yasin 7 Mubin. Cara untuk membacanya bolehlah lihat DI SINI

Wednesday, January 29, 2014

Rindu.....

Assalamualaikum semua....

Rindunya nak menaip di sini... Sekian lama blog ini menyepi..... hampir 4 bulan... sebabnya seperti biasa... tak perlu nak menyalahkan kerja yang bertimbun-timbun... yang pastinya tentulah MALAS... jadi.. tak perlu nak membangau menyalahkan perkara lain, padahal diri sendiri yang salah.... pucuk pangkalnya diri sendiri...
Tiba-tiba... ketika BW ke blog tertentu untuk mencari pantun dan pepatah... terasa rindu pulak nak update blog ni yang dah lama terpadam daripada rutin seharian... Terasa teringin nak menaip... tapi rasanya mungkin n3 selepas ini bukan tentang masak memasak lagi... sebab apa yang dimasakkan dah dimasukkan ke page fb akak... mungkin kalau ada resepi-resepi yang nak dimasukkan jer barulah dimasukkan di sini.
Aktiviti memasak? Awal-awal tahun ni memang aktiviti memasak akak agak berkurang... sebabnya akak yang agak keberatan untuk menerima tempahan... biarlah segala kecelaruan yang berlaku pada awal tahun ni berkurangan dulu, barulah akak bersedia untuk menerima tempahan... bukanlah merajuk... tapi banyak sangat insiden yang berlaku awal2 tahun ni yang pada awalnya menyebabkan kecelaruan fikiran... terasa diri seperti melukut apabila terpaksa menumpang di sekolah orang, ditambah lagi dengan karenah pihak pengurusan yang pada awalnya menyebabkan jiwa agak kacau... tapi... Alhamdulillah.... setelah dipujuk hati untuk reda atas segala ketentuanNya... akak jadi semakin tenang... bibir dah boleh mengukir senyum... itulah hikmahnya... segala ujian yang berlaku menjadikan kita semakin dekat denganNya seandainya itu yang kita mahu.
Akak sedar, tak perlu nak membebankan fikiran dengan cara memprotes kerana akhirnya kita sendiri yang tertekan... tak tahu sama ada betul ataupun tidak pada pendapat akak... Seandainya kita reda atas segala ketentuanNya, kita akan menjadi umatNya yang paling bahagia dan tenang. Alhamdulillah, suami pun jenis yang tak suka merumitkan keadaan.. sentiasa memberi nasihat supaya jangan merungut bila ada masalah tidak menyiram minyak pada api yang sedang membakar...
Sejak cuti akhir tahun yang lepas, akak kembali berminat dengan hobi lama... hehehe...gila membaca novel... tambah2 pulak sekarang ni banyak pula drama-drama di tv yang diadaptasikan daripada novel-novel di pasaran... jadi masa yang terluang, walaupun sedikit akan dipenuhi dengan hobi ini lah... seingat akak, dulu akak rajin membeli novel ni masa along baru berumur 3 bulan.... masa tu along ditinggalkan di Alor Setar... setiap minggu akak akan balik ke Alor Setar dan pada setiap minggu itulah akak akan membeli novel untuk dibaca di Puduraya.... tapi bayangkanlah Puduraya pada ketika itu... kalau sekarang... mesti selesa kan... itu kenangan lebih kurang 17 tahun dulu dan esok... along akan menyambut hari lahirnya yang ke-17. Jadi sekarang... novel-novel yang ada dah boleh dibuat library....

P/S : Untuk along... selamat ulang tahun sayang.... ibu doakan along menginjak usia remaja menjadi anak yang bertanggungjawab... menjadi abang yang boleh dijadikan contoh... ibu doakan along membesar berjaya di dunia dan akhirat... kasih sayang dan doa ibu dan abah akan sentiasa mengiringi setiap jejak langkah along... semoga along berjaya dengan cemerlang dalam SPM yang akan diduduki pada tahun ini...Insya-Allah

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...