Tuesday, February 11, 2014

Yasin 7 Mubin


Assalamualaikum semua....
Dah bersarapan?
Pagi ni akak nak menceritakan pengalaman yang dah hampir sepuluh bulan berlaku, sekadar ingin berkongsi dengan pengunjung-pengunjung AB yang semakin sepi.
Tarikh 23 April 2013 pasti akak ingat... kerana kejadian itu berlaku sehari selepas anniversary akak 22 April. Pada 23 April tu handphone akak dicuri... Gelap rasanya seketika, dah la baru guna hp tu lebih kurang 3 bulan. Hilangnya pulak dicuri dalam kelas sendiri. Itulah pelajar-pelajar sekarang, salah cikgu jer yang nampak.... kesalahan diorang...
Selepas disedari, semua pelajar dikumpulkan... spot check diadakan... tapi hampa... perasaan akak... memang sedih.. sebab hp akak semua suami yang belikan... tapi akak reda andai itu dah ditakdirkan bukan rezeki akak. Syukur Alhamdulillah sebab dalam hp tu tak ada gambar-gambar akak yang tidak bertudung, yang banyaknya hanyalah gambar-gambar masakan.
Akak seolah-olah dapat mengagak siapa yang punya angkara, tetapi tidak ada bukti nak sabitkan kesalahan. Pelajar yang disyaki pulak boleh bertanya pada akak..."Cikgu, hp awak hilang di mana"... pelajar Cina kan... itulah cara mereka bertanya.
Sampai rumah terus call suami akak, jadi dia dah call celcom untuk blok dulu talian akak, terus dia buatkan sim card yang baru... nasib baik hp yang lama masih boleh dipakai. Jadi dapatlah akak berhubung dengan kawan-kawan akak, yang kebanyakan nombornya masih ada dalam hp lama.
Shima kawan akak nasihatkan akak baca Yasin 7 Mubin, katanya untuk mengembalikan barang yang hilang. Dia suruh akak google di internet, jadi akak pun mulalah google apa yang dikatakan Yasin 7 Mubin tu. Alhamdulillah... dapatlah jugak akak baca sebanyak 3 kali. Hampir sebulan kejadian tu, badan disiplin yang bertindak pun macam sepi jer... mungkin tak ada bukti yang kukuh, akak cuma reda je andai itu memang bukan rezeki akak. Yang dijumpai hanyalah casing hp itu sahaja yang dimasukkan ke dalam beg salah seorang pelajar lain. Pelajar yang akak syaki pula tiba-tiba bertanya, "Cikgu awak tak report polis ke hp awak hilang"
Jalan terakhir disiasat menggunakan CCTV, tetapi agak sukar sebab tiada CCTV di dalam kelas, yang ada hanyalah di tangga. Memang bila diperhatikan pada rakaman CCTV ada keganjilan pada sikap pelajar yang akak syaki tadi, dan berdasarkan keganjilan itu sahajalah pelajar itu dipanggil dan disiasat. Sebelum itu rakan yang bersama-sama dengannya yang dilihat melalui rakaman CCTV itu dipanggil dulu untuk disiasat.... dan Alhamdulillah kawannya mengaku bersubahat dan memang dialah yang mencuri hp akak. Bila pelajar itu dipanggil, dia memang tidak boleh mengelak lagi, tapi sebab mungkin kes dah agak lama, katanya hp tu kawannya dah hilangkan dan dia berjanji akan membayar balik harga hp akak sebagaimana harga asal. Ibunya dipanggil, tetapi ibunya tidak mahu bertanggungjawab, jadi terpaksa dialah menyelesaikannya sendiri. Dia berjanji pada akak akan membayarnya secara beransur-ansur dan bayarannya dapat diselesaikan hanya selepas Hari Raya Aidil Fitri yang lepas hasil upah yang diperolehnya dengan bekerja di restoran neneknya dan bantuan bapanya.
Bagi akak itulah berkat bacaan Yasin 7 Mubin yang dibaca. Jadi nasihat akak, seandainya ada kehilangan barangan yang berharga, bacalah Yasin 7 Mubin. Cara untuk membacanya bolehlah lihat DI SINI

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...