Sunday, June 6, 2010

Kes Kecurian di Kejirananku

Semalam ketika cik antan sedang menghadiri majlis kenduri kahwin salah seorang guru di sekolah cik antan di Restoran Tasik Impian, suami cik antan menerima satu sms daripada kawannya. Daripada sms itu dia dimaklumkan bahawa berlaku satu kes kecurian kereta di kawasan rumah kedai berhampiran rumah cik antan. Cik antan memang biasa di kawasan rumah kedai tersebut dan sememangnya kawasan tersebut sentiasa sibuk dengan orang ramai. Menurutnya ceritanya, jiran kami D telah turun daripada keretanya untuk ke kedai dan meninggalkan isterinya yang sedang memangku anak dan seorang lagi anak mereka yang berusia 6 tahun di dalam kereta tanpa mengunci kereta.
Tiba-tiba datang dua orang lelaki India masuk ke dalam kereta dan melarikan kereta tersebut. Isteri D yang panik telah mengambil keputusan turun dari kereta tersebut. Jadi kereta dan anak mereka yang berusia 6 tahun tersebut telah dilarikan. Namun nasib masih menyebelahi mereka kerana anak itu ditinggalkan di tepi jalan dan telah dihantar oleh orang awam ke balai polis. Jadi pada malam ini diadakan kenduri doa selamat kerana anak mereka telah dijumpai.
p/s : Jadi untuk para suami dan para ibu berhati-hatilah ketika meninggalkan isteri dan anak2 di dalam kereta, pastikan kereta berkunci. Peringatan ini juga sebenarnya ditujukan untuk diri cik antan....

Cuti Sekolah Datang Lagi.....

Cuti sekolah datang lagi, sebagai seorang guru cuti ini ci antan sambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bukan bermaksud cik antan ingin lari daripada tugas harian cik antan, cuma sekadar ingin berehat daripada rutin harian cik antan di sekolah. Mungkin bagi 'baker-baker' yang sudah lama bertapak dalam bidang ini, cuti sekolah merupakan masa yang memenatkan mereka, tetapi bagi cik antan ini merupakan masa untuk cik antan berehat daripada aktiviti bakeri.
Jadi, masa ini perlu cik antan ambil untuk memeriksa kertas-kertas peperiksaan pelajar-pelajar cik antan dan juga menjahit baju-baju tempahan kawan-kawan cik antan yang tidak seberapa tetapi sudah sekian lama tertangguh. Satu perkara lagi dalam masa cuti sekolah ini cik antan juga akan mengambil peperiksaan PTK untuk kali yang terakhir. Doakan cik antan ye....
Dalam berita yang cik antan baca di akhbar hari ini cukup menggembirakan cik antan, guru-guru besar dan pengetua perlu merancang kembali takwim sekolah kerana guru-guru wajib diberi cuti dua kali Sabtu sebulan untuk meringankan beban guru. Alhamdulillah.....dapatlah dua kali Sabtu ini dijadikan hari untuk bersama-sama keluarga dan mengemas apa yang patut di rumah, di samping merehatkan badan.
Jadi, untuk semua rakan-rakan guru selamat bercuti, semoga cuti menjadikan kita lebih bersemangat untuk kembali menjalankan tugas selepas dua minggu nanti...

Saturday, June 5, 2010

Alhamdulillah...rezeki dari Allah

Alhamdulillah...mungkin kerana minggu ini minggu terakhir sebelum sekolah bercuti, jadi tempahan pada minggu ini datang mencurah-curah. Bermula dari hari Isnin setelah cik antan menghantar kek kak Ruzihan, cik antan menerima tempahan daripada Ummi. Kek Karot yang ditempah oleh Ummi
Tempahan pertama daripada Kak Norsiah dari SMK Taman Jasmin 2. Kek Karot ini sempena hari jadi suaminya pada hari Rabu 2 Jun.
3 biji kek Karot, sebiji telah dua hari ditempah oleh Cikgu Hindun dari SK Taman Jasmin, dan 2 lagi ditempah oleh cikgu-cikgu SMK Taman Jasmin 2, setelah mendengar cerita Kak Nor. Terima kasih Kak Nor....semuanya dihantar pada hari Khamis, 3 Jun.
yang sudah siap diisi ke dalam kotak....
ini semua tempahan yang cik antan terima untuk dihantar pada hari Jumaat
Kek Coklat Kukus yang ditempah oleh Cikgu Hindun
Kek Karot, 3 biji ditempah oleh guru-guru SK Taman Jasmin, mungkin 2 daripadanya daripada Cikgu Hindun dan sebiji tempahan daripada cikgu SMK Taman Jasmin 2, juga melalui Kak Nor yang juga jiran cik antan...
2 biji kek gula hangus, sebiji ditempah oleh Azlina dan sebiji lagi oleh Cikgu Hindun. Terima kasih Cikgu Hindun kerana banyak menempah.....
cupcake....
cupcake lagi.......
25 cc ini ditempah oleh Azlina sempena pertunangan adiknya di Teluk Intan. Selamat Bertunang Noor Syuhada dan Zulkifli.
yang sudah siap......
p/s : akhirnya pada malam tersebut cik antan telah tidur pada jam 4 pagi. Mujurlah suami cik antan turut membantu terutamanya semasa ingin memasukkan ke dalam kotak...
ini pula blueberry cheese cake yang di tempah oleh Kak Mala. Sebenarnya Kak Mala inginkan 1.5kg, tapi disebabkan oven cik antan yang kecil cik antan terpaksa membutkan 2 biji kek untuk kak Mala
Inilah hasilnya kek Kak Mala...Terima kasih Kak Mala kerana menempah, tempah lagi ye....
p/s : Inilah yang dikatakan rezeki Allah ada di mana-mana, hanya kita yang berusaha akan memperolehnya....Alhamdulillah.

Happy Birthday Alif dan Aliah Yasmin

Setelah pulang dari Kb, pada hari berikutnya cik antan telah menyambung kembali aktiviti bakeri cik antan. Kali ini tempahan daripada Kak Ruzihan yang sama-sama dengan cik antan ke KB. Beliau telah menempah kek edible image untuk harijadi anak-anaknya yang tersayang. Kek untuk Aliah Yasmin, sebenarnya kek ini ialah kek butter berperisa oren tetapi cik antan telah menyapu chocolate ganache di luarnya.
Chocolate Moist Cake untuk Alif
Kedua-dua kek yang siap untuk dimasukkan ke dalam kotak

Jalan-jalan dan Shopping

Pada 29 Mei yang lepas, cik antan bersama-sama 7 orang rakan cik antan yang lain telah terbang ke Kota Bharu, Kelantan. Kami menaiki pesawat Air Asia pada jam 7.20 pagi dan sampai di KB lebih kurang jam 8.15 pagi. Sebenarnya tujuan kami ke sana hanyalah untuk jalan-jalan dan shopping. Semasa menunggu di LCCT
Kak Zaharah sedang menebar kain di Hanafi Batik, Pengkalan Chepa. Namun akhirnya tidak sehelaipun kain yang dibeli di sini. Cik antan ingin menegur sikap peniaga-peniaga Melayu yang kadang kala hanya melayan pelanggan-pelanggan yang kelihatan berstatus tinggi sahaja. Jadi..kami ni dipandang seolah-olah hanya ingin meninjau-ninjau sahaja...tak taulah siapa yang rugi...Sebelum ke sini kami telah bersarapan di kedai Selera Daun Pisang.
Kak Zana dan Kak Ruzihan yang keletihan setelah ber'shopping' di Pasar Buluh Kubu. Kami semua menikmati makan tengah hari di rumah adik ipar cik antan di Pengkalan Chepa. Terima kasih Zurita...semua memuji kerabu dan sambal udang yang dimasaknya...
Bergambar di Lapangan Terbang Kota Bharu sebelum berangkat pulang. Tiket kami pada malam itu ialah pada jam 9.15 malam tetapi tertunda ke 9.45 malam
Sebelum balik masing-masing ke ATM kerana duit dah habis....Sememangnya perjalanan ini sangat memenatkan tetapi sangat menyeronokkan.
p/s : Cik antan sebenarnya ingin berkongsi pengalaman cik antan ketika menaiki pesawat menuju ke KB, entah mengapa cik antan terpisah tempat duduk daripada rakan-rakan cik antan yang lain. Tempat duduk cik antan di bangku belakang sekali dan di sebelah cik antan ialah sepasang suami isteri. Suaminya berbangsa Inggeris dan si isteri mungkin Melayu Malaysia atau Indonesia. Memang pasangan ini kelihatannya sangat romantik walaupun kukira umur mereka telah melangkaui 40-an. Namun apa yang cik antan kesalkan ialah si isteri walaupun duduk bersebelahan dengan cik antan tetapi langsung tidak memandang cik antan apatah lagi ingin menegur. Cik antan pun sebenarnya tidak berminat untuk bersembang dengannya tetapi bagi cik antan apa salahnya kalau menunjukkan sedikit kemesraan walaupun hanya dengan satu senyuman. Adakah kerana dia bersuamikan seorang lelaki yang berbangsa Inggeris?

Wednesday, May 26, 2010

Yang dulu-dulu.....

Disebabkan hari ini aku tiada tempahan kek jadi cik antan mengambil keputusan untuk memasukkan gambar-gambar kek yang telah lama dibuat ke dalam blog cik antan ini. Semasa kek-kek ini dibuat blog ini sebenarnya belum diwujudkan...Jom kita layan...
Kek Tiramitsu ni sebenarnya bukan cik antan yang buat. Kek ni ialah satu daripada 3 jenis kek yang telah cik antan pelajari...cik antan pernah mencuba membuatnya pada anniversary cik antan baru-baru ini, tetapi disebabkan belum cukup keras cik antan telah mengeluarkannya daripada peti sejuk dan memotongnya, jadi kek cik antan telah runtuh semuanya..tapi bagi cik antan rasanya....tetap yummy...dan yang penting...habis...licin.....
..ini kek kedua yang cik antan pelajari chilled blueberry cheesecake...
kek ketiga forest fruit cake...
....ini pula carrot cake yang ditempah oleh Cikgu Fariza dari SK Taman Jasmin untuk kenduri jirannya...
...figurine kek ni ditempah oleh Puan Deva dari SK Taman Jasmin. Puan Deva sebenarnya menempah 3 biji kek untuk hari jadi ketiga-tiga anak perempuannya yang disambut pada hari Krismas tahun lepas..tapi hanya gambar kek ini sahaja yang diambil...nape ye???
...kek karot ni kalau tak silap aku ditempah oleh Puan Hindun tiga hari sebelum dia mengambil kek yang ditempah untuk pertunangan anak buahnya di bawah..
Kek coklat ini ditempah oleh Puan Hindun untuk pertunangan anak buahnya. Bersama-sama kek ini, beliau juga telah menempah sebiji lagi kek karot dan sebiji kek gula hangus.
Sebenarnya di sebalik gambar kek ini terdapat satu kenangan yang tidak mungkin cik antan lupakan semenjak cik antan terlibat dalam bidang bakeri ini. Cik antan terpaksa berjaga semalaman untuk menyiapkan kek ini kerana bersama-sama 3 kek yang ditempah oleh Cikgu Hindun cik antan juga terpaksa menyiapkan 5 lagi kek iaitu 2 biji cheese cake dan 3 biji karot kek. Apa yang cik antan paling takuti ketika itu ialah oven cik antan meragam. Namun alhamdulillah, semuanya dapat cik antan siapkan mengikut perancangan...dan sebelah petangnya cik antan dan keluarga bertolak balik ke Mentakab...jadi... sepanjang jalanlah cik antan tidur....dan ketika cik antan di kampung cik antan dihubungi oleh Puan Deva yang ingin menempah kek, mungkin untuk menyambut Valentine's Day..tapi maaf Puan Deva.. cik antan di kampung...
Ini pula gambar anak buah cik antan yang menyambut hari jadinya di rumah cik antan pada hujung tahun lepas. Asalnya cik antan berjanji untuk membuatkan kek barbie untuknya tetapi cik antan telah tersilap membeli fondant. Ingatkan putih...rupanya coklat...jadi yang terhasil hanyalah kek coklat yang cik antan hiasi dengan 3 kuntum bunga ros putih...
Happy Birthday Dilla.....

Panorama Alam

Sebenarnya gambar ini telah lama berada dalam handphone cik antan, tetapi cik antan tidak dapat memasukkannya ke komputer cik antan. Akhirnya, cik antan ke kedai telefon dan meminta tauke kedai tersebut memasukkannya ke dalam 'thumb drive' cik antan, jadi dapatlah gambar ini dikongsi bersama-sama.
Gambar ini cik antan ambil semasa melalui Highway Kesas ketika balik daripada menghantar Along pulang ke asramanya. Cik antan begitu kagum dengan fenomena ini...
Keadaan di sekeliling cik antan gelap gelita kerana awan hitam meyelimuti alam, tetapi nun jauh di sana kelihatan hujan yang begitu lebat turun membasahi bumi....
..di hadapan cik antan kelihatannya hujan begitu lebat membasahi alam...
...sungguh besar kekuasaanmu Ya Allah...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...