Monday, June 21, 2010

Alor Setar...aku pulang

Pada hari Selasa 15 Jun, cik antan dan keluarga balik pulak ke Alor Setar, kebetulan suami cik antan ada kerja di Jitra. Jadi, macam biasalah, dia tinggalkan kami kat rumah mak dan dia terus ke Jitra. Tapi di Alor Setar tak lah semeriah balik Mentakab sebab rumah cik antan di Alor Setar di kawasan taman perumahan. Tapi apa yang sentiasa merindukan cik antan ialah pemandangan sawah padi dalam perjalanan tu..Ntah sampai bila lah fenomena ini akan terus dapat dilihat kerana kebanyakan sawah padi sudah jadi kawasan perumahan. ketika sampai di Tol Alor Setar Selatan



Dari Jitra suami cik antan ada kerja pulak di Kuala Kurau pada hari Jumaat, jadi pada hari Khamis tu kami dah bergerak ke Parit Buntar dan menginap satu malam di Hotel Damai, Parit Buntar. Jumaat tengah hari tu kami sekeluarga bergerak balik ke Kajang....

Sunday, June 20, 2010

Balik Kampung.....Mentakab

Pada 12 Jun lepas, iaitu pada hari jadi suami cik antan, kami balik kampung..ke Mentakab, bersama-sama adik ipar cik antan dari Kelang. Walaupun kami balik hanya 2 hari je, macam2 jgk aktiviti yang dibuat. Tak apalah, walaupun 2 hari je tapi cukuplah untuk menggembirakan ibu mertua cik antan yang nak sangat berjumpa dengan cucu-cucunya....depan brownies yang dibuat untuk birthday suami cik antan...masing-masing tak sabar nak makan tu... 3 orang yang sebelah kiri tu anak buah cik antan...
malam tu kami makan ikan talapia bakar yang disalut dengan tempoyak.....sedap....
ni pulak ikan keli...suami cik antanlah yang menyiangnya, melompat-lompat ikan-ikan tu...
tau apa ni???....haa..ni lah telur ikan keli, adik ipar cik antan nak bakar....
ni pulak abang ipar cik antan, tengah siap-siapkan api....nak bakar ikan yang dipancingnya tadi...tapi malangnya hujan...jadi bakar kat dalam rumah je lah....ikan-ikan tu dipancing di kolam rumah kakak ipar cik antan....bab bakar membakar ni cik antan memang respek pada abang ipar cik antan ni...dia memang rajin...kalau semua berkumpul petang raya...meriah...tapi tahun ni giliran cik antan balik beraya di Alor Setar.....:)

Saturday, June 12, 2010

Happy B'day Abah

12 Jun merupakan hari jadi rome-mate cik antan, jadi dapatlah cik antan mencuba resipi kek yang terdapat dalam buku-buku yang dibeli. Jadi akhirnya cik antan mengambil keputusan mencuba chocolate brownies ni...tapi tak taulah apa rasanya sebab nak dimakan masa balik mentakab nanti...
Happy B'day Abah...
'A' terlindung di sebalik daun strawberry, strawberry ni lebihan untuk cheese cake tadi.
Jadi mungkin untuk seminggu selepas ni cik antan tak bertingkah ye, nak balik kampung, 12-13 Jun ke Mentakab, 15-18 Jun nak balik Alor Setar, nak jumpa mak lah pulak. Bye!Bye!

Congratulation Dato'..........

Tempahan kedua untuk cuti sekolah ni cik antan terima daripada Cikgu Fariza, juga cikgu dari SK Taman Jasmin. Cikgu Fariza menempah blueberry cheese cake 2 kg. Macam tau-tau pulak yang cik antan ni dah ada buah hati baru yang lebih besar, kalau tak jadi macam kek Kak Mala dulu lah, kena buat 2 biji.
Menurut Cikgu Fariza lagi kek ni untuk family gathering dan apa yang ditulis di atas kek tu akan di'sms' kemudian.
Terkejut jgk cik antan bila baca sms Cikgu Fariza sebab kek ni untuk Dato' dan Datin
Anyway, terima kasih Cikgu Fariza, nanti boleh tempah lagi....

Friday, June 11, 2010

Kek Karot lagi.....

seperti biasa 3 buku kek karot ni ditempah oleh Salbiah untuk makan-makan
Sal memang suka kek karot tanpa topping. Terima kasih Sal...

Buah Hati baru......

Inilah dia buah hati baru cik antan...tak sampai seminggu pun lagi. Buah hati lama bukannya rosak tapi sebab oven lama tu kecik jadi bila byk tempahan, jadi lambat. Kalau semua nak tau oven lama tu sebenarnya mikrowaveoven, tapi terlalu banyak jasanya pada cik antan. oven jenis europa valencia, cik antan sebenarnya tau oven ni bila tgk blog fiza nordin, sebab dia pun baru beli oven yang sama, cuma harga cik antan tak dapat harga yang sama dengan dia.
Nasib baik suami cik antan jenis yang sporting dan sangat memahami, bila cik antan tunjukkan blog fiza nordin ttg oven ni, esoknya dia terus survey dan terus ajak cik antan pergi beli....mungkin dia pun tak sanggup dan teman cik antan berjaga sampai pukul 4 pagi untuk menyiapkan tempahan kot....

Thursday, June 10, 2010

Tempahan masa cuti

Kek yang ditempah semasa cuti sekolah... sebenarnya kek ini dibuat untuk hari jadi Angah yang sepatutnya disambut pada 31 Mei yang lepas. Cik Antan guna resepi kek karot yang diajar Chef ??? sorry tak ingat...layan resepinya je lah...
Cream Cheese Walnut Carrot Cake
(A)
200g carrot (grated)
225g caster sugar
8g baking soda
8 g baking powder
170 g plain flour
(B)
150 g corn oil/cooking oil
3 nos eggs
60g walnut
(C)
250 g butter
250 caster sugar
500 g cream cheese
lemon juice(optional)
Method:
1. Mix all ingredients (A), then add in (B) and mix well. Bake at 180C for 45 mins.
2. Cream all ingredients (C) until fluffy, then add in lemon juice and mix well.
Kek karot yang ditempah oleh Cikgu Norliza dari SK Taman Jasmin
Kek karot lagi...
dua biji kek karot yang ditempah Cikgu Norliza
Blueberry Cheese Cake ini juga ditempah oleh Cikgu Norliza. Katanya kek-kek ini akan dibawa balik ke Terengganu untuk kenduri sambut menantu. Kek yang ditempah semasa majlis pertunangan dulu tidak dapat dimakan kerana terpaksa dijadikan hantaran pertunangan..
Terima kasih Cikgu Norliza. Tempah lagi ye...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...