Saturday, July 3, 2010

Kek Coklat Kukus

Kek coklat kukus ni sengaja dibuat untuk majlis bacaan Yaasin dan tahlil di rumah Kak Rose di Kajang Prima

Thursday, July 1, 2010

Happy Birthday Soleh

Cheese cake ni repeat order daripada Kak Mala. Dulu Kak Mala order 1 setengah kg, kali ni 2 kg.Kata Kak Mala, birthday Soleh sepatutnya minggu depan, tp ni dibuat sekali meraikan abangnya yang akan mendaftar di IPT Sabtu nanti.
Terima kasih Kak Mala

Tuesday, June 29, 2010

Selamat Hari Lahir Muhd Aiman Nur Irfan

CMC ni sekali lagi ditempah oleh Cikgu Hindun untuk hari lahir anaknya Irfan.kek ni dibuat sekali dengan kek durian tadi
Terima kasih cikgu Hindun kerana menjadi pelanggan setia Antan Bertingkah

Kek Coklat Durian

Inilah rupanya kek coklat durian yang terhasil daripada durian yang diberikan oleh kawan karib cik antan tadi. rupanya memang tak cantik, tapi rasanya boleh tahan

alhamdulillah licin...dan yang makan semua memuji.

Gula oh Gula

Setiap supermarket mengehadkan seorang pelanggan hanya 2 kilo je. Baru je harga gula naik 20 sen, tak kan nak naik lagi.....Apa-apa lah. Sebenarnya cik antan bukannya nak menulis tentang gula, tapi penyakit yang disebabkan oleh gula. Apa lagi kalau bukan diabetis. Terkejut cik antan semalam sebab salah seorang rakan karib cik antan mengatakan yang paras gula dalam darahnya tinggi melebihi 20. Apa lagi terus cik antan jadi kecut perut, mana taknya cik antan ni jenis yang suka jugak minum air manis. Dalam pada dok masak kek, dok buat coklat, ada jugak yang masuk ke perut. Masa cik antan balik kampung ari tu pun mak cik antan dok cerita ramai sedara-sedara kami yang dah lumpuh, puncanya kencing manis. Mak mentua cik antan ada kencing manis, ipar-ipar cik antan pun ramai yang dah kena kencing manis aka diabetis ni.
Semalam kawan karib cik antan ni kenduri durian pulak kat sekolah, durian kan boleh jugak jd penyebabnya....dalam kecut-kecut perut tu cik antan memberanikan diri jugak ke farmasi ( nak check darah le...)Takut jgk menunggu keputusannya...dan yang tertera di alat tu....jeng...jeng...jeng...6.3, alhamdulillah. Jadi berazam lah konon lepas ni nak kurangkan makan dan minum yang manis-manis ni.
p/s : cik antan rasa faktor keturunan paling kuat menjadi penyebab kepada penyakit ni.

Sunday, June 27, 2010

Tahniah dan Selamat Maju Jaya

Coklat-coklat ni ditempah oleh Kak Ros, sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajarnya yang mendapat 'A' untuk BM dalam Peperiksaan Pertengahan Tahunwhite chocolate dan milk chocolate
Tahniah dan Selamat Maju Jaya


25 pek coklat yang siap dibungkus

Saturday, June 26, 2010

Pencil Case

Inilah pencil case yang dibuat daripada zip yang ditempah oleh kak Ainizam. Cik antan pun dah tak ingat bila Kak Jam tempah pencil case ni, dah berbulan rasanya. Tau-tau je lah sejak terima tempahan kek ni rasa malas pulak nak mengadap mesin jahit.
Sori ye Kak Jam, lambat siap, mesti dah boring Kak Jam tunggu, nak tanya segan ye....

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...