Sunday, July 3, 2011

Selamat ulang tahun Muhammad Aqil Fahmi bin Adnan

Assalamualaikum semua....

Hari ini 3 Julai 2011, genaplah 6 tahun umur anak akak yang ke-4, Muhammad Aqil Fahmi bin Adnan. 
Kalau diimbas kembali pengalaman membesarkan Aqil, rasa2nya dialah anak yang paling tidak banyak karenah semasa bayinya. Memang sangat senang menjaganya semasa bayi. Namun sekarang, pastilah dia seperti anak2 lain yang seusianya, bila bertemu je dengan adiknya pasti ada sajelah projek yang dibuat mereka.
 Gambar-gambar ni semuanya diambil semalam semasa aktiviti sukan yang diikutinya semalam. Bagi akak, Aqil merupakan anak yang sering membuat kejutan, mungkin sebab kelahirannya juga mengejutkan semua orang. Mana taknya kelahirannya 3 minggu lebih awal dari jangkaan. Semasa 7 bulan mengandungkannya, akak berpindah ke Kuantan kerana hubby akak bertukar ke sana.
 Rumah di Kajang ditinggalkan tanpa dikemas sepenuhnya, jadi setiap hujung minggu, kami akak balik ke Kajang untuk mengemas rumah. Jadi semasa balik pada minggu tersebut, akak ingat seperti biasa tanpa membawa sebarang baju bayi, tapi seolah2 tergerak jugak untuk bawa lebih baju akak. Tiba2 je terasa sakit, dan pada malam Ahad tu terus akak minta suami hantar ke Hospital Kajang. Ingatkan nak bersalin kat Hospital Tuanku Ampuan Afzan, rupanya Aqil tetap nak jadi orang Kajang, macam abang2 dan kakaknya.
 Itulah Aqil, kelahirannya juga mengejutkan. Suami akak terpaksa shopping balik 2 tiga pasang baju baby. Jika dinilai buat masa sekarang perangai Aqil lebih mengikut perangai along. Dia begitu teliti dalam menyediakan segala keperluannya. Sama seperti perangai along. Namun kenakalannya kadangkala begitu mencabar kesabaran akak. Tapi itulah karenah seorang anak yang sedang membesar.
Diharapkan Aqil membesar menjadi anak yang baik, hormat kepada orang tua dan taat kepada perintah agama.

Saturday, July 2, 2011

Demam....

Assalamualaikum semua.....

Hari ni baru dapat nak update blog. Minggu yang betul-betul sibuk. Hari ni baru selesai sukan tahunan sekolah akak dan juga turut diadakan Larian 1M1S tadi. 
 Demam cream puff pun menjadi2 minggu ni... sampai akak pun dah rasa nak demam sekarang ni...
 Ni tempahan daripada Kak Zaharah untuk hari Rabu..
 Apam dot2, ditempah oleh Ustazah Nazuha, sengaja akak buat lebih untuk hubby akak bawa ke pejabat, akak dan anak2 bawa ke sekolah.

 100 pcs cp yang ditempah oleh Kak Milah pada hari Jumaat untuk dibawa balik ke kampung.

 20 pcs cistat dan 200 cp kat atas dan bawah ni tempahan untuk hari ini... terima kasih pada semua yang menempah ye... harap semunya berpuas hati...

Wednesday, June 29, 2011

Orang lain dah lama...

Assalamualaikum semua....

Susah betul nak upload gambar dua tiga hari ni.... lambat bebenor.... dah tu dia macam hang jer....
Asalnya nak masukkan 3 keping gambar.... last2nya dah fed up 2 pun cukup lah....
Orang lain dah lama kan buat stampku ni, akak baru dapat. Itupun pesan dengan orang sebab masa wakil Pos Malaysia datang sekolah akak, akak kebetulannya ada bengkel kat luar.... dah le tak ada gambar yang menarik. Eloknya buatlah gambar satu family kan... tapi tak de yang sesuai....
Ada gambar diorang bertiga jer.... mau kecik hati angah dengan Aqil... tapi apakan daya.... dah ajak hubby akak ambik gambar satu family sebab hajat hati nak tempah lagi stamp ni.... buat kenang-kenangan setem sendiri kan.....

Monday, June 27, 2011

Selamat Maju Jaya

Assalamualaikum semua...

Petang ni masukkan n3 tentang coklat yang sempat akak buat semalam. Semalam akak sekeluarga tak ke mana2, cuma menghadiri jemputan majlis pertunangan anak jiran akak. Balik pada majlis tu terus akak siapkan coklat2  ni.
 semuanya 40 pek... setiap pek ada 4 pcs.
 yang coklatnya berintikan almond dan yang pinknya berintikan strawberi.
 Coklat2 ni ditempah oleh ketua bidang akak, Kak Ros untuk anak muridnya yang mendapat A untuk subjeknya, BM
 terima kasih daun keladi ye Kak Ros
Selamat Maju Jaya.....

Sunday, June 26, 2011

Cream Puff

Assalamualaikum semua.....

Layan je lah ye gambar2 cream puff ni... virus M dah menyerang.....
 tempahan untuk hari Jumaat....
 tempahan untuk hari Sabtu.... bersama-sama talam tokyo
terima kasih.....

Thursday, June 23, 2011

Tetap diingati..

Assalamualaikum semua...

N3 tentang blueberry cheesecake yang baru dihantar tadi.
 Happy Father's Day...
Ditempah oleh Cikgu Haryati dari SK Taman Jasmin, pasti untuk meraikan ayahanda tercinta... masa hantar tadi dia kata..terlambat... tak apa Yati, biar lambat asalkan jasanya tetap diingati...

Wednesday, June 22, 2011

Dilema...

Assalamualaikum semua...

Tiba2 je petang ni terus terjerumus dalam dilema....along call dari asrama petang tadi... dia cakap cikgunya offer untuk 5 orang student form 2 dan 5 orang student form 1 untuk ke Aceh...ada pertukaran pelajar....
Terkedu akak sekejap....haaaaa Aceh.... jauh jugak tu... dah tu dia pulak baru form 2.... nak dilepaskan pun susah hati... tak dibenarkan.... dia dok mengharap sangat tu.... call hubby akak...dia pun kata susah nak cakap. Malam ni bincang balik.... susah2...  

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...