Sunday, September 18, 2011

Tempahan Talam

Assalamualaikum semua....

Masukkan lagi n3 yang tertunggak... minggu ini jugak akak terima tempahan 4 jenis talam... 2 pada hari Selasa dan 2 pada hari Rabu. Semuanya ditempah oleh Fadzri jiran akak...
Koleh Kacang dan Talam Tokyo
Koleh Kacang
Talam Tokyo
Talam suji dan
Seri muka untuk hari Rabu.

Saturday, September 17, 2011

Berhari raya di pejabat....

Assalamualaikum semua....

N3 kedua akak masukkan tentang kek-kek yang ditempah untuk jamuan hari raya di pejabat...
Kek karot ni tempahan Ustazah Nazuha, untuk suaminya kot sebab Nazuha sekarang tengah dalam pantang... tahniah ye Nazuha.... tercapai impian nak baby girl ye... mesti comel macam abang2nya kan....
Ini pulak blueberry cheesecake untuk jamuan hari raya di pejabat suami akak...

Pai kembali...

Assalamualaikum semua...

Harap2 semuanya sihat2 ye.... dalam minggu aktiviti akak sibuk sangat... tak menang tangan rasanya dan tak cukup masa nak tidur pun... nak update blog lagilah kan... jadi sempat masukkan gambar dalam draft je... hari ni curi2 masa... sempat masukkan yang ini je dulu...
Pai kat atas ni pai ayam... akak terima tempahan 180 biji semuanya... termasuk pai epal dan pai nenas....
Resepi akak dah masukkan dulu, lain akak link kan ye....

Saturday, September 10, 2011

Baraan

Assalamualaikum semua....

Masukkan n3 tentang aktiviti semalam. Dipanggil serbuan raya....atau katanya orang kat Sabak Bernam panggil Baraan. Betul ataupun tak akak tak taulah....
Malam tadi giliran rumah akak, jadi juadah kat bawah ni jelah yang sempat akak sediakan....
 Roti jala dengan kari ayam
 Kek Karot...
 Cream Puff ... satu lagi Talam Tokyo yang gambarnya tak cantik sebab tangkap pakai hp je...
Ini pulak cream puff tempahan semalam....

Thursday, September 8, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum semua....

Masih ingat lagi pada ikan patin yang ditangkap di Mentakab hari raya hari tu?... Haaaa inilah dianya.... dah jadi gulai tempoyak pun.... sebenarnya ni menu hari Isnin lepas, dah licin dah pun.....Rasa2nya akak dah pernah bagi resepi dulu... tapi akak masukkanlah lagi sekali,tapi resepi main agak2 je ye....
Ikan Patin Masak Tempoyak


Bahan-bahannya

  • 4 ketul ikan patin
  • 7 tangkai cili padi ( ikut citarasa masing2 untuk tahap kepedasannya)
  • 4 sudu makan tempoyak ( ini pun ikut citarasa masing2, lagi banyak lagi pekat)
  • daun kesum
  • asam keping
  • garam secukupnya
Cara memasaknya
  1. Lada dan tempoyak diblender sekali ( cara akak sebab nak cepat)
  2. Masukkan bahan blender ke dalam periuk dan masak seketika.
  3. Kemudian masukkan air, dan kemudian ikan patin.
  4. Bila dah mendidih masukkan asam keping dan daun kesum. ( boleh juga masukkan bunga kantan)
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula, tapi hati2 jangan sampai manis pulak.

Monday, September 5, 2011

Sebelum dan selepas

Assalamualaikum semua....

n3 kedua hari ni akak masukkan gambar-gambar tempahan kek sebelum dan selepas hari raya. Masa puasa hari tu disebabkan terlampau sibuk, tak sempat akak nak masukkan gambar-gambar kek ni...
 Kek sponge je yang disalut dengan badam di sekelilingnya seperti kehendak tuan yang menempah, Ruhizam dari SMK Taman Jasmin 2, katanya untuk dibawa kepada adiknya di Jepun... tak taulah akak kek ni sampai ke tak ke Jepun...
 Ini pulak kek karot 1/2 kg yang ditempah cikgu Haryati SKTJ sempena birthday anaknya pada 26 Ogos lepas...
 8 buku kek karot ni ditempah cikgu2 sesi petang sekolah akak, yang siap ditopping, lupa nak diambil gambar.Terima kasih semua..yang akak tahu Kak Norehan yang menempah 3 buku, yang lainnya akak minta maaf ye sebab tak sempat nak tanya siapa yang menempah. Terima kasih pada Azlina yang menjadi orang tengahnya...
 Ini pulak blueberry cheesecake yang ditempah Kak Liza pada hari Sabtu sebelum raya, katanya nak dibawa balik ke Melaka.

 Kek coklat dan
 sebuku kek karot, ditempah oleh Zainah dari Tadika Aqil...
 1 kg kek karot beserta 4 buku kek karot dan 3 buku kek coklat, ditempah oleh Ustazah Nazuha pagi Ahad lepas, sebelum akak balik beraya....
Terima kasih semua.... 


2 kg blueberry cheesecake kat atas ni ditempah oleh Kak Mala semalam. Sempena birthyday 2 orang anaknya dan juga sempena Salahuddin yang dah nak balik ke asrama....

Kembali.....

Assalamualaikum semua...

Apa khabar? Pasti semuanya sihat kan.... Rata2nya minggu ni semuanya dah mula bekerja.... rutin harian biasa dah bermula.....namun mood raya pasti masih ada....
Semua yang lain masukkan gambar raya kan... akak tak sempat pun nak bergambar masa hari raya, kelam kabut sangat... yang kat bawah ni aktiviti akak sekeluarga pada hari raya ketiga, sehari sebelum balik ke Kajang. Kakak ipar akak mengajak ke kolam ikan patinnya menangkap ikan....
 Angsa.... 
Bila tengok angsa2 ni teringat zaman kecik2 dulu, selalu kena kejar dan kena sudu dengan angsa...
 Angsa takut dengan kamera ye? Bila akak mula ambik gambar je... semua angsa2 ni lari... atau.... angsa ni takut dengan akak....
 Haaa.... inilah ikan patin yang berjaya hubby akak sauk....besar kan....
 angah tolong bawakan....
 Ini yang tak disangka2 akak letak jer sauk tu.... ada pulak yang masuk.... dapatlah kami menangkap sorang seekor... seekor lagi masuk jala abang ipar akak....dapat 8 ekor ikan talapia yang masuk ke dalam jala...
Kegembiraan petang tu bertukar sedih pada sebelah malamnya untuk akak sebab mendapat berita anak pengetua akak kemalangan di Highway Plus,berhampiran R n R Seremban, 3 hari sebelum hari raya... keretanya hangus terbakar namun alhamdulillah anakandanya sempat menyelamatkan diri.... Harapan akak semoga Puan Latifah sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya Allah hanya menguji hambanya yang mampu menanggungnya. Sungguhpun begitu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ini jer gambar hari raya yang sempat diambil.... gambar anak dara akak dengan sepupunya.... masa kat kampung, diorang berdua ni dah macam kembar....

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...