Tuesday, November 15, 2011

Sorry, miss communication....

Assalamualaikum semua.....

Ini pulak n3 tentang tempahan kek cikgu-cikgu Ateh minggu lepas untuk hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
 Sebenarnya berlaku kesilapan dalam akak memenuhi tempahan ni. Memang salah akak... yelah adakalanya kita sebagai manusia pasti melakukan kesilapan.
 Cheese cake tempahan cikgu Sharidah.
Maaf ye Cikgu Rafidah dan Cikgu Maslina... mungkin kesibukan membuatkan akak sedikit cuai dan lalai....

Jamuan Aidil Adha

Assalamualaikum semua....

Masukkan n3 tempahan minggu lepas. 120 pcs cream puff dan seri muka, ditempah oleh staff pejabat dan makmal untuk Jamuan Aidil Adha kat sekolah Rabu lepas...
Tq Fira dan Ani..


Graduasi Aqil

Assalamualaikum semua....

Kalau ikutkan sekarang ni kat mana2 pun sibuk dengan graduasi kan.. Jadi akak masukkan n3 tentang graduasi Aqil sebagai kenangannya nanti.
Adiknya Awan...
Acara yang disertainya... jimnastik..
Tarian...
Sebenarnya graduasi ni dah lama... 30 Oktober hari tu....
Akak tak dapat nak hadirinya sebab mesyuarat... abahnya je yang pergi....
Harapan ibu... Aqil menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat...

Sunday, November 13, 2011

Sedih... kecewa... berbaur dan semuanya jadi bisu

Assalamualaikum semua....

Dah seminggu rasanya blog ni menyepi, jadi malam ni cuba jugak masukkan n3, tapi bukan n3 masak-memasak, n3 tentang permohonan pertukaran akak ke Kuantan. Hari Khamis lepas keputusannya dah keluar, dan keputusannya..." Permohonan pertukaran anda ke negeri Pahang tidak diluluskan ". Bila baca je kenyataan tu, gelap sekejap rasanya, dah tak tau apa nak kata lagi dah. Terus call suami, bagi tahu... dan... dia pun terus balik ke Kajang malam tu jugak sebab esoknya, Jumaat nak cuba ke KPM, kat Putrajaya untuk buat rayuan. Jadi, rayuan dah dibuat dan akak terpaksa menunggu lagi hingga bulan Disember nanti untuk keputusannya. Jadi sekarang apa lagi yang boleh akak buat melainkan berdoa semoga permohonan rayuan tu diluluskan.
Kalau dulu selalu berkira-kira apa nak dibuat bila keputusan tu diumumkan... pertamanya nak uruskan persekolahan anak-anak, kemudian dah tentulah dan kemaskan barang-barang apa yang patut... tapi sekarang akak rasa kosong... tak tau apa nak diharapkan dan difikirkan, apa nak dibuat selepas ni... nak uruskan pertukaran anak... nak kosongkan meja kat sekolah.... nak kemas barang masuk kotak... rasanya semua tak boleh nak buat lagi.... sebab... keputusannya masih belum pasti.... tapi yang paling pasti...akak akan terus berdoa semoga permohonan rayuan akak diterima dan akak selalu berharap akan terbit sinar mentari di celah-celah awan mendung dan gerimis semalam yang akan memancarkan sinar pelangi indah dalam kehidupan akak sekeluarga... insyaAllah.... Jadi untuk sesiapa yang membaca n3 akak kali ni, tolong doa-doakan ye, semoga rayuan akak diterima. Terima kasih...

Tuesday, November 8, 2011

Pertembungan antara.....

Assalamualaikum semua....

Masukkan n3 tentang tempahan hujung minggu lepas. Pertembungan antara tempahan untuk hari raya Aidil Adha dan Hari Kanak-Kanak. Alhamdulillah dapat jugak akak selesaikan semuanya....
 Kek karot 1 kg,ditempah oleh Ustazah Nazuha dan diambil pada malam Jumaat lepas
 Kek karot 2 kg ditempah Cikgu Hariati
 Kek coklat 2kg ditempah Cikgu Suhaiza, guru kelas Ateh
 Kedua-duanya ditempah untuk sambutan Hari Kanak-Kanak SK Taman Jasmin pada hari Jumaat lepas. 
Tempahan-tempahan lain yang dihantar pada hari Jumaat
 2 buku kek karot dan 2 buku CMC tempahan Kak Zaharah
 30 pcs krim puff dan sebalang samperit tempahan Kak La
 50 pcs krim puff tempahan Kak Norzihan
 50 cupcake ni pulak ditempah oleh Cikgu Nur Riza, guru kelas angah pada petang hari Jumaat, katanya untuk dibawa balik ke Kedah.
 Ini pulak 10 buku kek, 8 kek karot dan 2 CMC yang juga ditempah Ustazah Nazuha pada hari Jumaat malam Sabtu. Katanya untuk dibawa balik kampung ke Johor
 Ini pulak 1 1/2 kg Blueberry cheesecake tempahan Kak Liza pada hari Sabtu sempena birthday anaknya Hadi.
1/2 kg butter cake tempahan Kak Jam... 
Terima kasih semua kerana mewarnai kewujudan Antan Bertingkah...

Tempahan Bos....

Assalamualaikum semua...

Hari ni cuba masukkan n3 yang dah lama, sebenarnya tempahan talam ni pada 30hb Okt yang lepas.
 Keempat-empat talam ni ditempah oleh bos suami akak. 2 loyang talam keladi dan 2 loyang seri muka.
Tempahan talam ni, sempena majlis perkahwinan anaknya... Terima kasih...

Monday, November 7, 2011

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum semua....

Salam Aidil Adha untuk semua...mesti banyak makan daging kan... 
Dah lama akak tak update blog... sangat sibuk sekarang ni dengan tugasan rasmi yang perlu disiapkan dan pelbagai perkara yang perlu diberekan sebelum cuti ni.
Tapi hari cuba jugak update blog dengan masukkan aktiviti yang akak cuba lapangkan diri jugak semalam, aktiviti korban kat taman perumahan akak.

 Golongan lelaki sibuk melapah tiga ekor lembu yang ditumbangkan semalam.
 Ibu2 pulak sibuk memasak untuk santapan tengah hari...sup tulang
daging masak kicap.

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...