Sunday, July 15, 2012

Kek Coklat Kukus untuk Aqil

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah... hari ni baru settle pemasangan streamyx kat rumah akak ni setelah 3 minggu lebih dah rasanya akak memohon... macam2 masalah... masalah TM lah, masalah van kontraktornya rosaklah...
Kek coklat kukus Aqil ni pun sebenarnya dah lama kat dalam draf, tapi tak ter 'post' sebab akak dok menunggu line internet ni... jadi hari dapatlah akak post kan... untuk birthday Aqil tahun ni akak cuma buat kek coklat kukus je... tapi resepinya akak ubah suai sikit daripada resepi yang akak buat dulu...

Bahan-bahannya
  • 3 biji telur
  • 1 tin susu cair#
  • 1 cawan minyak#
  • 1 cawan serbuk koko#
  • 1/2 cawan susu pekat manis#
  • 1 cawan gula pasir#
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
* Coklat ganache untuk dituang ke atasnya...

Cara-caranya
  1. Bahan yang bertanda # dimasak sekejap sehingga gula hancur dan sejukkan
  2. Pukul telur hingga kembang
  3. Masukkan bahan yang dimasak dan kacau sebati
  4. Masukkan tepung yang diayak bersama-sama soda bikarbonat dan baking powder
  5. Kacau sebati, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam.
  6. Kukusan perlu dipanaskan terlebih dahulu....

Ini pulak puding roti yang akak buat pada hari yang sama, tapi resepinya main agak2 dan campak-campak je....

Tuesday, July 10, 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum semua...

Buat apa ye pagi2 ni? Pasti ramai yang sibuk di pejabat atau ada yang tengah sibuk memasak....
Tajuk tentang ikan patin, tup2 gambar kek pulak... Sebenarnya kek gula hangus dan gulai ikan patin ni akak masak Jumaat lepas sempena pot luck kat sekolah akak...dah licin semuanya...
Bila dah post kat fb, ada kawan akak yang bertanya resepi ikan patin masak tempoyak ni. Jadi akak masukkan kat sini semula... ikut cara akaklah ye... tak taulah sama ke tak dengan resepi orang Temerloh... akak ni anak Kedah yang dah lama merantau... celup sana kejap, celup sini kejap... walau apa-apapun negeri Jelapang Padi tetap tanah tempat tumpah darahku...

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan patin - bersihkan dan potong ikut suka
  • 10 tangkai cili padi - nak pedas boelh tambah lagi
  • 4 sudu makan tempoyak
  • daun kesum dan bunga kantan
  • sedikit kunyit hidup
  • asam keping
  • 2 batang serai

Cara-caranya

  1. Cili padi diblender bersama-sama kunyit hidup.
  2. Masukkan dalam periuk dan masak hingga kering air.
  3. Tempoyak diblender dengan air secukupnya
  4. Kemudian masukkan dalam lada yang dimasak.
  5. Kemudian masukkan ikan patin, daun kesum, bunga kantan dan serai.
  6. Masak sehingga sebati semuanya, kalau suka masam masukkan asam keping.
  7. Perasakan dengan garam dan kalau suka sedikit gula... sedikit je.. jangan sampai manis pulak ye...
Untuk Nita... selamat mencuba kalau dah ada tempoyak nanti kay...

Wednesday, July 4, 2012

Selamat Ulang Tahun Muhammad Aqil Fahmi bin Adnan

Assalamualaikum semua....

Sepatutnya n3 ni dimasukkan semalam, tetapi semalam sibuk sangat dengan seminar dari pagi sampai petang dan Awan pulak demam dan merengek sepanjang masa...
 3 Julai 2012 genaplah 7 tahun umur anak akak yang keempat, Aqil... Anak yang dijangkakan akan lahir di Kuantan tapi dia nak jugak jadi anak Selangor... kelakar pun ada bila mengingatkan kisah kelahiran Aqil. Sebabnya Aqil dilahirkan 3 minggu awal dari jangkaan.
 Masa tu akak baru jugak berpindah ke Kuantan macam sekarang ni, setiap hujung minggu akan balik ke Kajang untuk mengemas rumah... tak sangka pulak dia nak lahir awal 3 minggu, semua barang kelengkapan bayi tak dibawa balik ke Kajang.... jawabnya terpaksalah abahnya shopping baru...
 Aqil seorang anak yang tak banyak kerenah semasa bayi... senang sangat menjaganya..
 Tapi sekarang... nakalnya boleh tahan.... tapi kalau datang rajinnya... senang jugak akak...
Ibu doakan Aqil @ Acik akan membesar menjadi anak yang soleh, baik, bertanggungjawab dan membahagiakan semua orang...

Monday, July 2, 2012

Pulut Sekaya

Assalamualaikum semua....

Hari ni masukkan n3 Pulut Sekaya ataupun ada yang panggil Seri Muka. Akak buat ni hari Jumaat lepas, dah habis dah pun.... tengok gambar je lah ye... Ramai jugak yang bertanya resepi. Akak masukkan kat sini ye...
 Bahan A

  • 500 gm beras pulut - rendam sekurang-kurangnya 4 jam ( akak rendam semalaman )
  • 400 ml santan pekat
  • 100 ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:

  1. Gaulkan kesemua bahan A, masukkan ke dalam loyang 10 x 10 inci dan kukus selama 30 mint
  2. Kemudian pulut ditekan-tekan supaya padat.

Bahan B
  • 140-150 gm tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 250 ml santan pekat
Campurkan kesemua bahan B dan kacau rata.

Bahan C
  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula pasir
  • 500 ml air
Cara-caranya
  1. Kesemua bahan C direndam @ dimasak untuk melarutkan gula.
  2. Campurkan ke dalam bahan B dan tapis ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sehingga pekat.
  4. Tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
  5. Kukus selama 30 minit.




Rutin tetap sama

Assalamualaikum semua..

Dah lebih tiga minggu tak bersiaran, sejak memulakan kehidupan di Kuantan. Walau apa-apapun rutin tetap sama sebab akak tetap mengajar sesi petang.Walaupun di Kuantan ni hanya kes2 terpencil je sekolah yang sesi persekolahannya dua sesi, tapi alhamdulillah akak ditempatkan di sekolah yang mempunyai dua sesi.
Sejak memulakan tugas di sini, aktiviti memasak belum dimulakan lagi. Hanya untuk makan2 je... Gambar koleh kacang kat atas tu lah yang saja2 akak masak untuk dimakan di sekolah.
Tapi yang menariknya di sini, akak mengajar di sekolah yang pelajarnya semua lelaki...
Ini aktiviti pertama akak di  SMK St Thomas... Sukan Tahunan... ini pasukan rumah akak... terpaksa lelaki pakai baju perempuan, hehehe.... kelakar pun ada... tapi memang sporting kan... 

Friday, June 8, 2012

Menggamit Rindu....

Assalamualaikum semua...

Pasti semua bergembira cuti-cuti sekolah ni kan... Dapat bersama-sama keluarga tersayang. Ada yang sempat pergi bercuti ke tempat-tempat percutian. Bagi akak sekeluarga, cuti kali ni di rumah sahaja, cuma sempatlah akak sekeluarga balik sekejap ke Alor Setar untuk menjenguk keluarga.
 Keindahan sawah padi yang sering menggamit rindu akak pulang ke kampung..
 Walaupun akak bukanlah anak kepada pesawah padi, tapi pemandangan sawah padi yang saujana mata memandang membuatkan akak berbangga menjadi anak negeri Jelapang Padi... tenang dan damai je bila menantap pemandangan ni...
Tapi... kadangkala akak terfikir, sampai bilakah semua ini mampu bertahan... Akibat pembangunan dan pemodenan, sawah-sawah dah banyak yang ditimbus untuk dijadikan kawasan perumahan...

Friday, June 1, 2012

Yang Terakhir...

Assalamualaikum semua...

Sebelum bertolak ke Alor Setar, akak masukkan dulu n3 tentang tempahan terakhir sebelum akak sekeluarga berkelana di Kuantan pulak....


 CMC tempahan Kak Endon untuk birthday anaknya Adam...
 Blueberry cheesecake, tempahan cikgu SMK Taman Jasmin 2... sorry tak sempat tanya nama..
 Kek buah kukus dan carrot cake tempahan cikgu2 sekolah akak hari Jumaat lepas..
Yang paling akhir... cream puff tempahan Saleza dan Kartini pada hari Ahad...

Terima kasih semua... sehingga berjumpa lagi...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...