Tuesday, May 18, 2010

Tanda Ingatan

Sebenarnya tempahan kek ni dibuat pada 12 Mei lepas.... cupcakes yang dioder oleh Salbiah untuk harijadi kawan-kawannya
chocholate moist cake + carrot cake
Chocolate Moist Cake untuk pelajar-pelajar cik antan, Tingkatan 5 Naluri



Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Pada kesempatan ini, ingin sekali cik antan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru cik antan yang pernah berjasa dalam hidup cik antan. Bermula dari Tadika di Masjid Zahir pada tahun 1977, kemudian di SRK St. Nicholas Convent, Alor Setar. Masih cik antan ingat ketika cik antan dalam darjah 1 Merah, buku tulis cik antan sering melayang di dalam kelas kerana tulisan cik antan yang ketika itu sangat buruk dan kerja cik antan sangat kotor. Guru kelas cik antan ketika itu Miss Cheah sering memarahi cik antan dan akibatnya dia sering melempar buku tulis cik antan. Namun berkat kemarahannya alhamdulillah cik antan dapat membaiki tulisan cik antan. Begitu juga cikgu2 kelas cik antan yang lain, Pn. Maimun, Miss Kung, Puan Fauzi dan akhir sekali di darjah 6 Puan Normah. Maaf cik antan tidak ingat nama guru kelas cik antan ketika cik antan dalam darjah 5. 1984 cik antan melangkah ke sekolah menengah. Selama hampir 9 bulan di SMK St. Nicholas Convent, kemudian cik antan ditawarkan ke SBP SM Sultan Abdul Halim, kemudian akibat keputusan SPM cik antan yang agak tidak memuaskan, cik antan terpaksa melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di STAR Alor Setar. Mungkin sudah tersurat rezeki cik antan untuk menjadi seorang guru akhirnya cik antan ditawarkan tempat di UPM untuk mengambil kursus perguruan. Hingga kini cik antan masih lagi berdiri sebagai seorang guru setelah 15 tahun cik antan memegang status itu. Untuk semua guru cik antan yang antaranya Cikgu Rahim. Cik Sofiah, Cikgu Normala, En. Chow, Cikgu Azmi, Ustazah Aishah dan yang selainnya yang tidak mampu cik antan sebut semuanya.....

Selamat Hari Guru jasa kalian tetap kukenang......

Sunday, May 9, 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Minggu ini hujung minggu cik antan dipenuhi dengan aktiviti dengan oven cik antan dan dipenuhi juga dengan aktiviti ladap di sekolah. Bermula pada hari jumaat cik antan telah mula membakar 3 buku kek karot. Sebuku telah ditempah oleh Azlina dan niat cik antan sebuku ingin cik antan hadiahkan kepada Wan Nazrul kerana menolong membaiki CPU cik antan yang rosak. Tapi dek kelam kabut pada hari Sabtu, cik antan tidak sempat memberikan kepadanya. Mungkin bukan rezekinya. Lain kali ye Wan.... 2 buku kek karot yang telah siap disapu cream
Pada hari Sabtu 8 Mei pula cik antan menghadiri ladap yang dirancangkan oleh pihak sekolah. Kali ini ladap kami adalah berkaitan dengan pendokumentasian dan penggunaan komputer. Kak Tinie dan Kak Zaharah bersedia dengan PC masing-masing
Cik antan dan Kak Khobsah juga pasti tidak terkecuali
Mr. Theng PK Hem kami juga turut menyertai bengkel tersebut
Kak Suriyaton dan Kak Zana
Wan Nazrul, salah seorang penceramah pada hari tersebut
Balik daripada bengkel tersebut, cik antan menerima tempahan 25 cupcakes daripada Salbiah pemilik SNSS Beauty House, kerana stok karot tak ada di rumah cik antan pun terus ke kedai. Menjelang pukul 11.00 malam, terhasillah 25 cupcakes di atas.

Lebih kurang pukul 10.30 malam, cik antan menerima panggilan telefon daripada cikgu Khairiah yang ingin menempah sebiji kek untuk ibunya. Untuk tidak menghampakannya cik antan terima juga tempahan tersebut tetapi cik antan terpaksa meminta masa penghantarannya dilewatkan ke pukul 12.00 tengah hari kerana bekalan telur di rumah cik antan telah habis.
Inilah kek Cikgu Khairiah. Kek ini telah diambilnya pada pukul 3.40 petang kerana dia ke Bangsar pada awalnya.

Friday, May 7, 2010


Glitterfy.com - Glitter Graphics

Selamat hari ibu untuk semua ibu yang membaca blog cik antan ini. Menjelangnya Hari Ibu pada Ahad ini menambahkan kerinduan cik antan kepada ibu cik antan yang berada nun jauh di utara. Seorang ibu yang begitu banyak berjasa dalam hidup cik antan sehingga menjadikan cik antan seperti sekarang. Memang sejak kecil cik antan dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah kerana jodoh antara ibu dan ayah cik antan tidak panjang. Namun begitu, cik antan tidak pernah menyalahkan takdir. Sesungguhnya cik antan amat bersyukur kerana dikurniakan ibu, datuk dan nenek yang membesarkan cik antan dengan sepenuh kasih sayang. Mak..masihku ingat jerit perihmu membesarkan kami dua beradik. Sesungguhnya dirimu tiada galang gantinya di dunia ini. Selamat Hari Ibu....Tiada bahagia jika tiada doa puja restu, syurga itu di telapak kaki ibu....

Tuesday, May 4, 2010

Aqil....yang sering mengejutkan....

Pada 1 Mei yang lepas kejiranan cik antan telah mengadakan Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan bersempena majlis tersebut telah diaadakan juga Program Larian Mesra untuk penduduk setempat. Cik antan tidak dapat bersama-sama di majlis tersebut kerana sibuk menyiapkan tempahan kek. Kelima-lima anak cik antan telah mengikuti program tersebut dan 4 daripada mereka telah menyertai Larian Mesra yang diadakan. Apa yang mengejutkan cik antan adalah ketika suami cik antan pulang, dia memberitahu bahawa Aqil anak keempat cik antan telah memenangi tempat ketiga dalam kategori bawah 12 tahun. Cik antan seolah-olah tidak percaya kerana setahu cik antan dalam keluarga cik antan tidak ada seorang pun yang pantas berlari dan Aqil telah mengalahkan Angah yang berusia 12 tahun. Suami cik antan juga sebenarnya tidak menyangka dan dia sememangnya tidak mendaftarkan nama Aqil untuk larian tersebut.
Angah juga memberitahuku bahawa dia terkejut kerana Aqil kelihatan langsung tidak penat ketika berlari (mungkin kerana latihan yang sering dibuat apabila sering berlari-lari di dalam rumah hingga memeningkan kepala ibunya). Tapi sayangnya, hadiah yang telah dimenangi oleh Aqil telah direbut oleh Awan dan akhirnya hilang.
Aqil menghampiri garisan penamat
Selesai larian...tiada riak keletihan di wajah Aqil
Aqil...ketika menerima hadiah
Awan yang sering berebut barang abang-abangnya.

Itulah kisah anakku Aqil yang sering mengejutkan seperti peristiwa pertama yang aku tulis (telinga dan payung) Kenakalan anak-anakku memang sering memeningkan kepalaku tapi itulah sebenarnya kebahagiaanku. Aku sentiasa bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku anak-anak yang sihat. Ketika ini kisah remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis sedang hangat dibicarakan. Sedih bila mengenangkan perasaan ibu yang kehilangan anak. Namun kita semua sebagai ibu mestilah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak kita. Aku sering mengingatkan diriku sendiri bila aku menegur kesalahan anak-anak didikku di sekolah. Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran untuk kita semua.

Sunday, May 2, 2010

Carrot Cake dan Chocolate Cake

Pada hari Jumaat lepas juga Kak Saliza telah menempah 14 buku kek, iaitu 8 buku kek coklat dan 6 buku kek karot. Kek-kek tersebut akan diambilnya pada hari Sabtu 1 Mei. Katanya kek-kek tersebut untuk kawannya.

Kek Coklat yang dah disapu dengan chocolate ganache dan kek karot yang sudah disapu cream cheese frosting
Carrot Cake
Chocolate Cake
Kek yang baru dimasukkan ke dalam bekas

Kek yang diorder kawan-kawan

Mulai hari Rabu minggu lepas cik antan sudah mendapat tempahan daripada cikgu-cikgu anakku dari SK Taman Jasmin. Jadi pada hari Khamis anak cik antan Luqman telah menghantar 2 biji kek iaitu Blueberry Cheesecake dan Carrot Cake.

Carrot Cake yang ditempah oleh Cikgu Norliza juga cikgu dari SK Taman Jasmin. Kek ini ditempah pada 1hb Mei dan cik antan telah menghantar kek ini ke rumahnya di Taman Jasmin.
Carrot Cake ini ditempah oleh Kak Liza untuk hari jadi anaknya Hani Yasmin. Menurut Kak Liza Yasmin akan menyambut hari jadinya pada awal Mei tetapi kerana dia sedang belajar di MRSM Jasin dan pulang bercuti pada hujung minggu ini, jadi hari jadinya disambut lebih awal.

Figurine cake ini ditempah oleh Wan Nazrul atas permintaan anaknya Zaim yang inginkan kek yang ada air laut.
Carrot Cake di atas ditempah oleh Kak Tinie hanya untuk makan-makan sekeluarga di hujung minggu.

Cupcake iringan yang ditempah oleh Kak Liza untuk birthday Yasmin

p/s : Terima kasih semua kerana sudi membuat tempahan. Aku sebenarnya masih baru dalam bidang ini jadi sekiranya ada kekurangan harap dimaafkan.

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...