Saturday, May 1, 2010

Kami Guru Malaysia

"Kami Guru Malaysia" lagu yang pasti dinyanyikan pada setiap 16 Mei iaitu pada hari guru setiap tahun. Cabaran bagi kami guru-guru di SMK Jalan Bukit, Kajang agak besar kerana majoriti pelajar-pelajar kami bukan berbangsa Melayu. Oleh itu pelbagai cara yang cuba kami lakukan untuk membantu pelajar-pelajar ini menguasai Bahasa Melayu. Jadi pada 27 April yang lalu kami guru-guru Bahasa Melayu telah memasukkan perisian untuk membantu pelajar-pelajar kami menguasai komsas. Perisian ini hanya terdapat untuk Komsas Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Kelihatan Puan Mumtaz dan Puan Roslina, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan GKMP Bahasa



Puan Hajah Saliha Mansur, Penolong Kanan merangkap pemangku Pengetua. Walaupun sibuk dengan tugasnya tetapi masih bersedia untuk mengajar subjek teras iaitu Bahasa Melayu. Seorang ketua yang sangat sabar menghadapi karenah anak-anak buahnya.

Ben, wakil syarikat yang memasukkan perisian ke dalam komputer kami bersama-sama dengan Tuan Haji Elias. Kesian Ben penat melayan karenah guru-guru yang 'hyperactive'. Mungkin Ben perlu belajar cara untuk mengawal kelas selepas ini





Puan Azlina Nee, Ketua Panitia PSV, yang juga membeli perisian untuk panitia tersebut.
Di sebelah kanan, Puan Siti Karteni, selain perisian untuk BM, beliau yang juga KP Sejarah telah membeli perisian untuk subjek Sejarah. Kelihatan juga cik antan bersama-sama Puan Kamaliza yang pasti tidak melepaskan peluang untuk memasukkan perisian tersebut.

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...