Pengukus Trio
Semasa cik antan mencari2 resepi talam ( kononnya nak cuba buat talam), cik antan terbaca tentang pengukus trio ni dalam blog Journal Resipi Bdaria, rupanya dia beli dpd Chef Asma, jadi cik antan pun menyimpan hasrat untuk memilikinya. Bila diberitahu pada suami cik antan yang chef Asma ada di Puchong dia pun terus bersetuju untuk tolong belikan sebab staff pejabat dia ramai yang tinggal di Putra Perdana dan salah seorangnya jiran belakang Chef Asma rupanya. Jadi tertunailah impian cik antan...cuma sekarang ni impian baru ialah belajar buat talam. Chef Asma akan buat kelas pada 23 Oktober tapi cik antan tak pasti boleh join ke tak sebab biasanya masa tu sibuk sikit dengan tugas2 rasmi......

No comments:
Post a Comment