Friday, October 29, 2010

Last minute order...

~25 cupcake~
25 vanilla cc ni order daripada Tini untuk dihantar ke tadika anak-anaknya. Sebabkan last minute order, cik antan hias je lah dgn apa-apa yang ada. Jadi hasilnya 25 vanilla cc dgn strawberry fresh cream, dihiasi dgn fresh strawberry yang memang sedia ada dalam peti sejuk.

Thursday, October 28, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan Kita Ke-20

Tempahan daripada Kak Suhaibah yang menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 hari ini. Didoakan Kak Su dan suami berbahagia hingga hujung nyawa... Di sini cik antan sertakan resepi blueberry cheese cake yang cik antan belajar daripada Chef Asiah.
Resepi Blueberry Cheese Cake
Bahan-bahannya:
A 500gm cream cheese
100gm gula castor
B 40 gm tepung gandum/ superfine
C 3 biji kuning telur (gred A)
1 biji telur
D 400ml sour cream/ yogurt
Merangue
E 3 biji putih telur
70 gm gula castor
30 gm tepung jagung
F 300gm blueberry filling
Cara-cara membuatnya:
Pukul bahan A hingga kembang, masukkan bahan B, kemudian bahan C, dan bahan D dan akhir sekali masukkan sedikit demi sedikit bahan E sambil dikacau menggunakan whisk tangan. Masukkan dalam acuan 10", bakar selama 1 jam 30 minit secara double bath dalam suhu 150 C. Bila masak sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk dan bolehlah dihias menggunakan blueberry filling.

Ultraman dan Ben 10


'Salam Perpisahan'
Tempahan lanjutan daripada Kak Endon untuk putera tunggalnya Adam. Sebiji untuk dihantar ke taska Adam dan sebiji lagi untuk dibawa balik ke kampung.

Sunday, October 24, 2010

Dora The Explorer

Kek edible image Dora The Explorer ni ditempah oleh Kak Endon untuk anaknya Adam yang teringin sangat kek Dora. Yang paling utamanya Kak Endon sebenarnya nak memenuhi permintaan anaknya Adam, kerana Kak Endon nak menunaikan haji tahun ni, jadi Adam akan ditinggalkan di kampung. Semoga Adam suka.....

Tat Nenas

Sebenarnya dah lama cik antan teringin nak buat sendiri tat nenas ni, hari ni barulah hajat kesampaian. Rupanya tak lah cantik, first time buat... rasanya nanti bila2 free dan rajin cik antan akan cuba buat lagi. Resipinya cik antan tak ingat pulak ambil daripada blog siapa. Nanti cik antan ingat cik antan link kat sini ye....

Hari Kokurikulum 2010


Semalam 23 Oktober sekolah cik antan adakan Hari Anugerah Kokurikulum, dari malam sebelumnya cik antan dah caj bateri kamera, nak ambil gambar apa2 yang patut, tapi akhirnya cik antan kena ganti mc yang tak de suara, jadi gambar ni jelah yang dapat cik antan ambik dari atas pentas. Taekwando, bagus jugak cik antan tgk demo diorang ni. Sebenarnya along dgn angah pun masuk taekwando masa di Kuantan dulu, dah sampai tali pinggang biru pun, tapi bila sampai di Kajang semuanya terkubur. Along sekarang sejak masuk STJ ni join balik taekwando dan semalam sepatutnya ada ujian untuk tali pinggang, tapi tak larat la pulak cik antan nak hantar ke Seremban. Sekolah tak sediakan transport sebab kebetulan ujiannya jatuh pada minggu balik bermalam. Lain kalilah long, tapi kesiannya Along kena mula balik daripada tali pinggang putih sebab ada patern yang dia dah lupa... Apo nak dikato....

Talam Peanut Butter


Tak habis lagi aktiviti talam menalam ni, sebenarnya cik antan sekarang ni suka nak mencuba resepi yang ada, bukannya apa sekadar suka2. Bukanlah berniat nak bisnes sgt pun talam ni, sekadar nak mencuba dan merasa. Sekurang-kurangnya dapat melengkapkan diri yang sememangnya tak sempurna ni. Seperti kata rakan baik cik antan Kak Liza sebagai bekalan hari tua sekiranya ditakdirkan umur panjang dapatlah menjamu anak cucu nanti bila diorang balik bercuti. Tentu seronok kan makan hasil tangan sendiri. Jadi janganlah ada sesiapa yang rasa tergugat, sesungguhnya rezeki itu di tangan Allah, kita hanya mampu berusaha dan berdoa.

Laksa Utara

Hari Jumaat hari tu balik dari Kuala Pilah sebab jemput along kat asrama cik antan cuba2 masak laksa utara, walaupun cik antan ni orang Kedah tapi tak pernah sebelum ni cik antan buat kuah laksa utara, kalau laksa lemak tu pernah pulak sebab hubby cik antan kan orang Mentakab. Walaupun percubaan pertama tapi kira oklah jugak, 4 bungkus laksa licin.....

Separuh- separuh

Talam Tokyo
hubby cik antan bawa ke pejabatnya untuk diorang makan-makan
yang dah siap dipotong...separuh talam suji, separuh talam tokyo.

Wednesday, October 20, 2010

Talam Lapis Lobak Merah


Semalam teringat ada lagi baki karot dalam peti sejuk, lebih buat kek karot Kak Liza hari tu, Jadi hari ni cik antan cuba buat talam lapis lobak merah. Jadi inilah hasilnya....
Resipi Talam Lapis Lobak Merah
(sumber : Chef Asma)
Bahan A (Lapisan Tepung)
1. 100 gm gula pasir
2. 300 ml santan pekat
3. 500 ml air
4. 150 gm tepung beras
5. 60 gm tepung gandum
6. 1 tbsp tepung ubi
7. 1/2 tsp garam
Cara2nya
1. Bancuh semua bahan A dan masak hingga naik wap
2. Bahagikan kepada 3 bahagian
Bahan B (Lapisan Lobak Merah)
1. 200 gm gula pasir
2. 1/2 tin susu cair
3. 20 gm lobak merah parut
4. 150 gm tepung beras
5. 60 gm tepung gandum
6. 1 tbsp tepung hoen kwe putih
7. 1/2 tsp garam
8. air secukupnya
9. pewarna oren red secukupnya
Cara2nya
1. Kisar kesemua bahan bersama susu cair dan tambahkan air untuk menjadikan adunan sebanyak 1 liter
2. Akhir sekali masukkan pewarna oren red dan bahagikan kepada 3 bahagian
Cara mengukus
1. Kukus adunan tepung dan adunan lobak merah berselang seli sehingga habis, 3 lapis oren dan 3 lapis putih. Bawah sekali putih dan atas sekali oren.
2. Loyang 10 x 10 inci

Monday, October 18, 2010

Talam Suji

Talam suji yang dah siap dipotong
Baru keluar dari kukusan... ini kali pertama jugak cik antan buat talam ni... esok siapa nak rasa pergi sekolah tau kawan2ku....Nak resepi... klik kat blog Bro Rozzan...

Sunday, October 17, 2010

The Malaysian Cohort

Hari ni pagi2 cik antan dan hubby dah bertolak ke HUKM, bertolak awal sebab kami tak berapa tahu jalan ke HUKM. Hubby cik antan buat appointment medical check up untuk program Malaysian Cohort.
Kami sampai awal jugak sebab sebenarnya tak lah susah sangat nak ke HUKM ni, lagipun dengan pertolongan Mr. Garmin. Walaupun appointment pukul 8.30, tapi pukul 8.00 petugas dah buka kaunter.
Macam2 pemeriksaan dijalankan pemeriksaan tekanan darah, fungsi jantung, fungsi paru2, pemeriksaan darah ( glukos, kolestrol) analisis komposisi badan dan BMI. Apa2 pun yang paling bagusnya ujian2 ni semuanya free. Layanannya pun bagus dan cekap.
Cik antan hari ni awal2 dah sangkut ( memang dah tau tekanan darah cik antan memang tak stabil dan biasanya tinggi, jadi hari ni tinggilah )Ujian darah 2 minggu lg baru tahu keputusannya. Apa2 pun reda je lah dengan keputusanya. Sakit tu kan salah satu cara Allah menghapuskan dosa. Tapi apa2 pun kenalah jaga pemakanan.
Jadi sesiapa yang berminat dan nak kan maklumat lanjut, sila layari http://www.mycohort.gov.my

Saturday, October 16, 2010

For The Rest of My Life - Maher Zain

Lagu yang bagi cik antan begitu menyentuh perasaan. Mungkin lagu ni Maher Zain tujukan untuk isterinya. Tapi tak salah kalau cik antan nak tujukan pada hubby cik antan kan... sekali je dia sebut perkataan wife tu... Sejak belakangan ni banyak peristiwa yang berlaku. 10 Oktober lepas, gempar seluruh negara.. mulanya dengan perkahwinan angkasawan negara kemudiannya dengan kematian yang meragut berbelas nyawa. Tarikh 10. 10 ni setiap tahun cik antan ingat, kerana tarikh ni tarikh hari lahir kawan baik cik antan masa di UPM dulu... jadi selepas ni 10. 10 akan terus diingati rakyat Malaysia. Sedih bila melihat gambar dan video yang diuploadkan di fb.. Mungkin Allah ingin ingattkan pada kita bahawa tiada satu tarikh pun yang membawa tuah kepada manusia... semuanya sama...

Bagi diri cik antan pula pada akhir bulan lepas dikejutkan dengan berita kematian sepupu suami.. seminggu selepas itu dikejutkan lagi dengan kematian ibu pada si mati ( ibu saudara suami ) Ada peristiwa yang cukup menginsafkan di sebalik dua kematian ini ( tak perlulah cik antan ceritakan di sini ) tapi peringatan untuk semua anak... kenangilah segala jasa ibu bapamu. Kasihnya ibu membawa ke syurga dan air dicincang tidak akan putus. Kita tiada hak untuk memutuskan ikatan kekeluargaan.

Dan untuk suamiku, lagu ni untuk abang hayati... Sesungguhnya kebahagiaan bukan terletak pada harta yang melimpah. Za bersyukur dengan apa yang kita ada, biarpun kehidupan kita tidak semewah orang lain namun kita tetap bahagia dengan anak-anak yang sihat kurniaan Allah. Harapan Za hanyalah abang akan terus menjadi imam untuk solat kami dan menjadi tiang yang kukuh tempat kami berteduh. Semoga kita akan terus bahagia dan tenang di bawah lindunganNya... Amin...

Blueberry Cheese Cake

Order daripada cikgu Norliza, SK Taman Jasmin

Order Blueberry Cheese Tart....

order daripada Angie... taukeh kedai bunga kat bawah tu... salah faham bila dia nak, sori ye Angie....
untuk dibawa ke Pilah....

Semoga Terus Berjaya

CMC... cik antan kenduri untuk anak2 murid cik antan semalam.... diorang baru habis percubaan SPM....

Thursday, October 14, 2010

Happy Birthday Zana


Cappuchino cheese cake... ditempah oleh Zawiyah untuk birthday Zana.
Happy Birthday Zana...
Untuk kek ni resepinya cik antan ambil dari buku Cheese Cake by Kevin Chai
Cappuchino Cheese Cake
Base :
130 g crushed marie biscuits, 30 gm brown sugar, 80 gm melted butter
Filling :
450gm cream cheese, 100gm caster sugar, 40gm cocoa powder. 11/2 tbsp instant coffee powder, 3 eggs, 160gm whipping cream
Method :
1. To make base, stir all ingredient until combined. Press mixture into base of 7" cake tin
2. To make filling, beat cream cheese, sugar, cocoa powder and coffee powder until smooth. Beat in eggs, one in a time, beating well after each addition.
3. Beat in whipping cream, mix well.
4. Pour filling into tin. Bake in preheated oven at 170C for 40-45 minutes or untul cooked. Remove from heat and leave to cool. Chill in fridge.

Wednesday, October 13, 2010

Seri Muka Gula Kabung....


Cik antan cuba2 buat seri muka lagi, tapi kali ni bahagian atasnya cik antan gantikan dengan gula kabung, rupanya memang cantik tapi rasanya kurang sikit pada tekak cik antan... maknanya kena ubah suai sikit lain kali.... macam mana ye.....

Happy Birthday Abah....

Tempahan daripada Kak Liza untuk suami tercinta...

Serawa Pisang

Serawa pisang?... tentu ramai yang tak tau.. serawa tu sebenarnya pengat... Pengat pisang ni cik antan buat hari Isnin ari tu untuk minum petang... dapat pisang sebab Tini bawa ke sekolah... TQ Tini...

Sunday, October 10, 2010

PMR dah dimansuhkan......

Di akhbar hari ini berita tentang pemansuhan PMR menjadi tajuk utama... dah tentu ramai cikgu yang tidak berpuas hati. Mana taknya sedikit sebanyak hal ini akan menjadikan murid2 sekarang yang sememang malas bertambah malas. Seperti yang dirungutkan oleh sebahagian guru, sekarang pelajar acuh tak acuh menjawab soalan peperiksaan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni kerana alasannya tiada dalam PMR, selepas ini?????
Yang paling utama apabila penilaian berasaskan sekolah diperkenalkan tugas guru semestinyalah semakin bertambah... bukan saja tugas silap2 dosa pun semakin bertambah.....
Bagaimana pula nak menentukan hala tuju pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM nanti? kalau dulu PMR dijadikan kayu pengukur untuk menentukan aliran yang bakal dipilih. Apa2 pun kita tunggu sahajalah pelaksanaannya nanti.
Format untuk peperiksaan UPSR juga akan diubah dan akan bermula pada kohort tahun 2011, jadi anak keempat cik antan yang akan memasuki tahun satu pada tahun 2012 sudah pastilah bakal menduduki UPSR format baru. Walau apa-apapun, cik antan harap pelaksanaannya nanti biarlah dapat menghasilkan anak-anak yang cemerlang akademik dan akhlaknya....

Talam Tokyo lagi......

Cubaan ketiga... kali ni barulah betul2 puas hati...
loyang yang betul 10 x 10 inci dan sukatan untuk bahannya pun betul
untuk hidangan adik ipar cik antan yang terbang dari Kota Bharu.... nanti cik antan c & p resepinya sekali lagi. Resepinya dari blog Ilham Dapur. Tima kasih ye.....
Resipi Talam Tokyo

Lapisan Bawah

60g suu'un - rendam selama 15-20 minit - gunting kecik-kecik
250g sagu kecil - cuci dan rendam 30 minit dan toskan
100g kelapa parut -amik yang putih je
1 sudu kecil garam
400ml santan

Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)

Lapisan Atas
250g gula pasir
100g tepung kastard
800ml santan
2 @ 3 biji telur (gred A)
1/8 sudu kecil air abu
1/2 sudu kecil garam
sedikit pewarna hijau
sedikit paste pandan @ blend daun pandan dengan santan

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk
2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat)
3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong.

Fatin 8 B'day


50 cc blueberry cheesecake
order daripada Wan Nazrul untuk puteri sulungnya Fatin. Happy Birthday Fatin...

Seri Muka

Kali pertama cubaan cik antan mengukus seri muka
cantikkan.... resepi? cik antan ambik dari MyResepi... nanti cik antan linkkan kat sini...


Kek Karot Nazuha lagi....

Terima kasih ye Nazuha... tak putus2 menempah kek karot daripada Antan Bertingkah

Monday, October 4, 2010

Cubaan kedua Talam Tokyo

gambar yang blur....
Cubaan kali kedua cik antan, alhamdulillah menjadi. Kali ni cik antan buat satu adunan, nampaklah tebalnya....

Sunday, October 3, 2010

Restu....

Pada hari Jumaat lepas, di sekolah cik antan diadakan Majlis Restu Ilmu untuk pelajar2 Tingkatan 3 yang akan menghadapi Peperiksaan PMR Selasa minggu hadapan. Majlis diadakan lebih kurang pada pukul 12.00 t hari selepas selesai menyusun kerusi dan meja dan pemeriksaan fizikal terhadap mereka.
Sesungguhnya ini bukanlah kali pertama majlis ni diadakan dan cik antan sendiri bukanlah kali pertama mengikutinya. Tapi apa yang cik antan rindui ialah suasana Majlis Restu Ilmu semasa cik antan mengajar di SMK Astana Kuantan dulu. Majlis ini dirancang dengan penuh teliti oleh kaunselor2 sekolah dan sememangnya sedikit sebanyak majlis ini akan meninggalkan kesan kepada calon2 PMR, SPM mahupun STPM. Linangan air mata pasti akan mengiringi perjalanan majlis ini sama ada pada diri calon2 mahupun para guru. Sudah pastilah akan lenyap segala kemarahan yang mungkin sebelumnya wujud dalam diri guru2 dan yang tinggal hanyalah restu yang akan terus mengiringi setiap langkah pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan.
Namun, segalanya kini hanya tinggal kenangan, situasi di sekolah cik antan sekarang jauh berbeza dengan situasi dulu. Majlis Restu Ilmu yang diadakan dapat diibaratkan seolah2 hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Seolah2 apa yang dicurahkan oleh guru2 selama ini langsung tidak berbekas dalam diri pelajar2. Hinggakan cik antan tertanya-tanya dalam diri seikhlas manakah restu yang diberi atau hanya sekadar ucapan di bibir tapi dalam hati entah siapa yang tahu. Mungkin inilah juga akibatnya jika mengajar di sekolah yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar bukan Islam. Hebatnya Islam kerana sentiasa mengajar umatnya bersyukur dan menghargai.

Saturday, October 2, 2010

Lagi Tiga.....

Sekali lagi Sal menempah 3 biji kek daripada Antan Bertingkah kek karot tanpa topping

2 biji blueberry cheese cake untuk dihadiahkan kepada kawannya yang mengadakan jamuan rumah terbuka. TQ Sal...

Jamuan Silaturahim

Kek karot 1.5 kg ditempah oleh Kak Tinie untuk jamuan di kejiranannya...

Friday, October 1, 2010

Kek Karot Lagi...

Tempahan kelima Ustazah Nazuha untuk kek karot. Terima kasih daun keladi Nazuha....

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...