Tuesday, May 17, 2011

Hari terakhir seorang insan bernama guru di sekolah....

Assalamualaikum semua....

Sebenarnya majlis ni diadakan Jumaat lepas, tapi baru berkesempatan nak masukkan n3, asalnya ingat nak masuk kat blog sekolah jer, tapi kalau kat blog sekolah tak boleh nak cerita ceriti, tak boleh nak emo sikit-sikit, jadi masukkan jugaklah kat blog AB ni ye...Yelah katanya blog ni tentang rencam kehidupan, bukan masak2 je kan....
 Puan Veerbala Kiran Jetly, berumur 34 tahun 58 tahun...dah 34 tahun jadi cikgu, mula mengajar semasa umur 24 tahun...sama macam kak antan tu... tapi kak antan ni mampu tak ye bertahan hingga ke usia emas itu...sekarang bila tegur budak je dah kena maki...hehehe....nasib baik tak faham...kalau tak rasanya masuk paper dah akak ni....titlenya...Guru Dilempang Melempang Pelajar Sekolah....sapa salah? cikguuuu salah.....eh eh melalut-lalut pulak ye....
 Haa... tengok tu, sapa tu, mc tak bertauliah kat atas pentas....kebetulan akak bertugas minggu lepas, terpaksalah jadi mc, dengan sengaunya sebab selesema belum baik, dengan batuknya...ntah macam manalah rupanya ye orang tengok akak kat atas stage tu..apa-apalah kan....cikgu kan macam astro, macam2 ada...jadi mc, jadi ceti, jadi guard jaga pagar, jadi kerani dan macam-macam lagi....best tau jadi cikgu ni, macam2 boleh rasa..tak caya? Tanya Puan Kiran.....jangan marah Puan Kiran...Puan Kiran tak baca pun blog ni.. Kalau ikut jadual peperiksaan kat sekolah akak,hari Jumaat lepas langsung tak ada periksa, tapi kalau macam tu mesti tak ramai pelajar yang datang ke sekolah, jadi terpaksalah jugak ditunda dan diawalkan kertas2 tertentu, bukannya apa, nak jaga jugak hati cikgu yang nak bersara kan.....dah.... cikgu jadi kaunselor pulak. 
 Banyak pulak akak melalut ye... oklah ini penghargaan pihak sekolah untuk Puan Kiran...banyak lagi hadiahnya...tak perlulah akak masuk banyak2...bayangkan ajelah ye....
 Persembahan daripada guru-guru Panitia BI...Puan Kiran ni cikgu BI..
 Bergambar kenangan bersama pentadbir
Lambaian terakhir....bye....

* Maaf, kalau dirasakan n3 ni agak emo, cuma nak menzahirkan apa yang ada sebenarnya di sebalik tugas seorang guru. Kami semua tidak pernah mengharapkan balasan atau sanjungan, hanya sekadar sedikit rasa hormat kepada profession kami. Hanya guru yang memahami tugas guru. Seboleh-bolehnya kami cuba mendidik, tapi sejak awal kami sudah diingatkan...jangan marah, jangan membebel, jangan menjeling, jangan menyindir...apatah lagi merotan atau mencubit..Jadi apa lagi yang boleh dibuat...senyum je lah kan....walau apa-apa pun telan jer...perlu sentiasa berdoa supaya dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi supaya komitmen kepada tugas ini tidak pernah luntur. Jadi untuk orang di luar sana, jangan disebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

* Akak nak buat tag barulah...Guru Ibarat Penyu...SEBAB....Penyu menangis siapalah tahu....nanti tak nak jadi pengetua...jadi lah penyu tua... hehehe...jangan marah cikgu-cikgu ye...gurau hari guru...

2 comments:

  1. Assalam,

    Selamat Hari Guru.

    Suara hati anak2 We Want Jeya!

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/05/we-want-jeya-we-want-jeya.html

    ReplyDelete
  2. Salam..terima kasih

    Panas setahun hapus kerana hujan sehari...

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...