Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Assalamualaikum semua....

Esok 1 Ogos 2011, umat Islam di Malaysia akan mula menyambut 1 Ramadhan. Walaupun anak bulan dijadualkan dilihat pada petang ni, namun apa yang pasti, esok umat Islam akan mula berpuasa. Kecanggihan sains dan teknologi telah mengubah cara tradisi. Masih ingat lagi ketika kecik2 dulu, saat pengumuman anak bulanlah yang ditunggu2 terutamanya pada malam raya... kalau diumumkan anak bulan Syawal telah kelihatan, satu kampung akan kedengaran bersorak keriangan, terutamanya anak2 kecil... namun sekarang segalanya telah sedikit sebanyak berubah...Namun itulah yang dikatakan kemajuan kan...

Di kesempatan ini, akak ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan blogger dan pengunjung blog Antan Bertingkah... semoga di bulan yang mulia ni dapatlah kita semua melipatgandakan amal ibadat di samping tugasan seharian.

Akak juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, sekiranya pernah tulisan2 akak dalam blog akak ni yang menyinggung mana2 pihak secara tidak langsung. Tak pernah terniat di hati untuk melukakan hati sesiapa tambahan pula persahbatan yang indah ini terbina di alam maya...

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum semua....

N3 hari ni tentang tempahan terakhir yang akak terima menjelang Ramadhan esok. Semuanya akak buat pada hari Jumaat dan dihantar dan diambil pada pagi semalam, Sabtu.
CMC, ditempah oleh Kak Habsah, cikgu SMK Taman Jasmin 2 untuk majlis pertunangan adik iparnya semalam.
dari pihak perempuan
dari pihak lelaki... harap semuanya berpuas hati..
Selamat bertunang untuk Zarina dan Zulkifli....
Semua yang kat atas ni ditempah oleh Kak Ros, Ketua Bidang akak untuk dibawa ke rumah kakaknya yang mengadakan kenduri sambut Ramadhan.
100 pcs apam polkadot
Talam Lapis Coklat
Seri Muka
Terima kasih Kak Ros... harap semuanya berpuas hati....

Saturday, July 30, 2011

Makan-makan lagi....

Assalamualaikum semua....

N3 kali ni masih lagi tentang makan2 @ lebih senang dipanggil pot luck... tapi  kali ni kek yang akak buat untuk hari Jumaat semalam ditempah oleh cikgu SMK Taman Jasmin... untuk pot luck kat sekolahnya.... kat sekolah akak pun ada jugak pot luck. Untuk hari semalam... kami makan mi kari dan nasi ayam...
Kek karot 2 kg
CMC 1 kg

Makan-makan

Assalamualaikum semua.....

Dah agak lama tak update blog.... boleh dikatakan dilanda kesibukan yang melampau... baik dengan kerja-kerja di sekolah dan jugak dengan tempahan-tempahan yang datang... namun berpegang pada kata-kata pengetua akak... pengurusan masa yang paling penting... biar semuanya mampu berjalan seiring.... waahh... dan macam pakar motivasi pulak.....
 Oklah berbalik pada gambar kat atas ni... menjelangnya Ramadhan Isnin nanti kat sekolah akak ramai yang bermurah hati nak menjamu kami makan-makan... hari Rabu kami semua dapat makan nasi kerabu, hari Khamis... nasi lemak dan seri muka kat atas ni pun ditempah untuk makan-makan...ramai yang belanja sebab ramai yang baru dapat anugerah perkhidmatan cemerlang... yang bagusnya diorang ni tak buat serentak... jadi dapatlah 3 hari kami makan2 dan taklah banyak sangat makanan yang kami perlu habiskan dalam masa sehari... terima kasih ye....
4 biji pai nenas ni ditempah oleh Kak Suriyaton

Wednesday, July 27, 2011

Krim Puff dan CMC

Assalamualaikum semua....

Masukkan tempahan semalam
 60 pcs krim puff tempahan Fadhillah
 CMC yang dihantar tadi tempahan Ustazah Noraisah
Sorry ye Shah... deconya simple sesangat...

Monday, July 25, 2011

Kembali...

Assalamualaikum semua...

Masukkan n3 kedua tentang tempahan hari Sabtu hari tu...
 Koleh Kacang
Talam Tokyo...

Pai lagi...dan resepi inti Pai Ayam

Assalamualaikum semua....

Hari ni masukkan semua n3 minggu lepas. Minggu lepas sangat sibuk dengan tempahan pai.
Kat atas ni campuran antara pai ayam, epal dan nenas... tempahan untuk hari Khamis... tak banyak akak buat untuk 16 biji jer...
Ini pulak tempahan untuk hari Jumaat... pai ayam, nenas dan epal...
Semuanya akak siapkan 64 biji.... letih....
Hari tu akak janji nak masukkan resepi inti pai ayam kan... oklah resepi cara akak...


Inti Pai Ayam
Bahan-bahannya
  • 1 paket ayam kisar jenama Ramly
  • 1 tin cendawan butang di potong
  • 1 tin sup cendawan 
  • 3 labu bawang besar didadu
  • 2 biji kentang didadu dan digoreng sebentar
  • tepung gandum dan air untuk memekatkan ( 2 @ 3 sudu besar tepung)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit butter untuk menumis.
Cara-caranya
  1. Panaskan butter dan tumiskan bawang besar yang didadu hingga layu.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga kering
  3. Masukkan sup cendawan yang telah dikacau dengan sedikit air.
  4. Masukkan cendawan yang telah dipotong dan kemudian kentang.
  5. Masukkan serbuk lada hitam mengikut selera, boleh tambah garam mengikut selera.
  6. Masukkan tepung gandum yang telah dikacau dengan air untuk memekatkan.
  7. Sejukkan dan sedia untuk diisi ke dalam pastry.

Thursday, July 21, 2011

Pai, Pai dan pai

Assalamualaikum semua....

Cuba jugak masukkan n3 untuk hari ni, walaupun sangatlah sibuknya....
 Dua tiga hari ni sibuk dengan tempahan pai... yang kat atas ni, pai epal
 Yang ini pulak pai ayam..
 Yang bertitik2 ni, pai nenas...

 Yang dah dimasukkan ke dalam kotak...
 Giant pai epal... tempahan Kak Hajar... yang kat atas tu ramai yang menempah... maaflah tak dapat nak sebutkan nama semuanya...
Kegilaan terhadap pai, sudah sedikit menenggelamkan kepopularitian krim puff. Ini yang ditempah pada hari Selasa lepas. Pai2 kat atas tu, tempahan semalam... terima kasih semua...

Monday, July 18, 2011

Pai Ayam

Assalamualaikum semua...

n3 hari ni tentang pai ayam yang dibuat malam tadi untuk tempahan hari ni. Akak sememangnya tak pernah buat pai ayam ni... tapi bila ada yang dah merasa pai epal hari tu, terus pulak menempah pai ayam.
Kulitnya sama je macam kulit pai epal, cuma dikurangkan gula jadi 1 sudu teh.
Untuk intinya nanti akak masukkan resepinya ye... sibuk sikit malam ni...
isi dalamnya....
Ini pulak Kek Coklat Durian yang ditempah oleh Kak Endon sebab anaknya Adam nak makan kek durian..
Kek ni sebenarnya dilapis kek sponge coklat dengan isi durian fresh yang dicampur dengan whipping cream dan sedikit gula..

Saturday, July 16, 2011

Pai Epal

Assalamualaikum semua...

Masukkan n3 pai yang dimasak pada hari Khamis lepas.... 
Ketua-ketua bidang akak teringin nak makan pai epal dan kak pun cuba-cubalah membuatnya sebab akak tak pernah pun masak pai sebelum ni.... akak godak2 jumpalah resepi kat blok Kak Zai - Teratak Impian
 Inilah hasilnya pai yang akak buat....
 dapatlah 2 ketul kecik untuk dimakan kat rumah... anak2 akak memang tak suka...
 Sesiapa yang nak resepi asal Kak Zai, bolehlah rujuk di sini...
Ini masa dah dimakan2 kat bilik Ketua Bidang...

Akak c n p resepi kat sini ye...

Pai Epal
Sumber : Kak Zai - Teratak Impian
Sumber : Antan Bertingkah
bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 boleh kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang ( akak tak letak)

Cara-cara

·                    U ntuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
·                     Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
·                     Bakar 15 minit.
·                     Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
·                     canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)
Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (dipotong dadu)
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis - (akak letak 1/8 sudu)
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)- x letak
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:

·                     Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
·                     Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
·                     Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
·                     Sejukkan.

Thursday, July 14, 2011

4 Jam

Assalamualaikum semua.....

Masukkan n3 tentang kek yang ditempah pada hari Selasa lepas. Akak dapat tempahan dalam pukul 3.30 petang. Masa tu akak masih ada kat kedai... kek nak diambil pukul 6 petang... akak minta tangguh sampai pukul 7.00.
 Bayangkan macam mana akak bekerja nak menyiapkan kek ni... kesian pulak kalau tak dipenuhi, kat kawasan akak ni memang ada kedai kek, tapi mungkin lebih selesa dengan yang homemade ni kan...
 Kek ni sebenarnya ditempah oleh cikgu SMK Taman Jasmin... namanya akak lupa... sorry ye...nanti akak tanyakan Kak Nor... ditempah sempena birthday anak saudaranya, yang menolongnya menjaga anaknya. Akhirnya kek ni diambil jam 8.00 malam, bernafaslah sikit akak... anyway terima kasih ye...
 Ini pulak kek coklat yang ditempah oleh Zawiyah dan dihantar tadi....
sebelum di touch up..
 selepas di touch up
120 pcs cream puff kat atas ni pulak ditempah oleh Kak Zihan, yang juga dihantar tadi.... terima kasih semua...

Monday, July 11, 2011

Apple Puff

 Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah dah kenyang pun berbuka hari ni... Untuk berbuka petang tadi akak cuba2 buat epal puff ni... dah lama teringin nak mencuba tapi tak kesampaian sebab sekian lama akak dok mencari kulit puff pastry tu. Rupanya banyak pun kat Tesco, cuma akak kot yang rabun... tak nampak... bila bulan lepas ronda2 kat bahagian sejuk beku tu dan ternampak puff pastry ni, rasa macam nak menjerit nak bagi tau semua orang kata dah jumpa.... punyalah jakunnye kan... orang lain dah lama pun buat.
 Untuk resepi intinya rujuk macam2 blog tapi akhirnya ikut suka sendiri je, ikut apa yang ada...
ternganga-nganga puffnya sebab tak ditekan kuat dengan garfu.
 Tapi sedihnya anak2 tak berapa suka sebab mungkin rasa kulit kayu manis tu... jadi terpaksalah akak habiskan di sekolah esok...harap2 tak timbul kontroversi pulak ye.... orang2 tertentu je yang faham ni... setahu akak tak salah kan masak bagi orang makan... cuma tak boleh lah nak menjamu semua orang kalau bendanya sikit.
Kalau nak resepi inti cara akak, senang jer... resepi orang lain pun sama je sebenarnya...

Apple Puff

Bahan-bahannya
  • 3 biji epal hijau dikupas dan dipotong dadu
  • 1 sudu besar butter
  • 5 sudu makan gula pasir ( ikutkan akak nak masukkan gula perang, tapi xde stok) 4 sudu dah cukup kot, sebab akak rasa agak manis... tadi tak boleh nak rasa
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 paket puff pastry jenama Kawan
Cara2nya
  1. Cairkan butter, dan kemudian masukkan kulit kayu manis
  2. Masukkan epal bersama2 sedikit air dan masukkan gula
  3. Masukkan garam dan masak hingga lembut dan kering
  4. Sudukan ke atas kulit pastry, dan lipat 2, tekan sekelilingnya dengan garfu, torehkan bahagian atasnya dan sapukan telur dan bakar dalam suhu 180' celcius sehingga garing di atasnya


Selamat Hari Lahir ke-27

Assalamualaikum semua...

Masukkan n3 tentang cmc yang disiapkan malam tadi dan dibawa pagi tadi. Pukul 5 petang semalan diode Kak Saliza... ada kisah tersirat kenapa dia lambat ode... tak per kita je yang tahu...
Selamat Hari Lahir ke-27
Sebenarnya Kak Saliza ni ode bagi pihak kawannya...
Ditempah jugak sebuku cmc... terima kasih Kak Saliza..

Saturday, July 9, 2011

Krim Puff dan Apam Dot-dot lagi...

Assalamualaikum semua....

Tempahan yang disiapkan hari ini... lepas ni baru boleh nak rehat...
 100 pcs krim puff, ditempah Kak Milah
 apam dot-dot lagi..


kedua-duanya ditempah oleh Ummi... terima kasih semua...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...