Thursday, August 25, 2011

Alhamdulillah....masih diberi kesempatan....

Assalamualaikum semua....

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan kek untuk hari raya, luangkan jugak masa untuk menulis di sini, sebenarnya semua kerja tergendala sebentar sebab bateri penimbang akak dah abis, tunggu hubby akak balik kerja dan singgah belikan bateri. Hari ni 25 Ogos 2011 dah genap umur akak 40 tahun... Alhamdulillah masih diberi Allah kesempatan untuk menghirup udara dan menikmati keindahan panorama bumi ciptaanNya ini. Sebenarnya sejak awal tahun pun dah ngaku tahun ni dah 40 tahun.  Ye lah kan setiap detik kita semakin tua...

Di kesempatan ini juga akak nak ucapkan terima kasih kepada semua yang wish happy birthday untuk akak di fb, rakan semasa di sekolah rendah dan menengah, rakan2 course mate, rakan2 guru, anak2 murid dan tak ketinggalan jugak rakan2 blogger. Terima kasih atas doa yang dititipkan. Semoga kita sama2 mendapat hidayah daripadaNya, lebih2 lagi pada bulan yang mulia ni. Harapan akak semoga kita hari ini menjadi yang lebih baik daripada semalam.

Untuk semua akak nak ucapkan Selamat Hari Wanita ye.... yang juga jatuhnya pada hari ini... Sayang semua...

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...