Wednesday, March 16, 2011

Tokyo lagi....

Assalamualaikum semua

Maaf lah mesti semua dah boring kan.... asal datang rumah kak antan ni tengok Talam Tokyo, asal tengok Talam Tokyo ingat rumah kak antan. Kebetulan pulak kan.. ketika semua mata tertumpu ke negara Jepun, talam tokyo pun hangat di pasaran. Kebetulan je tu... tak de kena mengena dengan sesiapa pun...
Dalam hati ni sentiasa berdoa agar semua rakyat Malaysia dilindungi Allah hendaknya. Memang ada rakan2 sekolah kak antan di sana, anak murid... tak dapat dipastikan... namun walau apapun diharapkan semuanya selamat. Rumah kak antan sekarang hijau je kan... dek penangan talam tokyo ni... dah dok menggodak-godak dapatlah gunakan template baru tu.. dah macam dalam taman bunga la pulak kan...(kadang-kadang cikgu BM pun bahasa dia tak betul jugak... harap maaf lah ye sifu2 bahasa)
Berbalik pada talam di atas, Talam Tokyo ni ditempah oleh Kamaliza, kawan sekolah kak antan... terima kasih ye...Nak resepi klik sini atau sini.

Monday, March 14, 2011

Talam Keladi...tapi....

Assalamualaikum semua...

N3 kedua hari ni, juga tentang talam. Sebab keladi untuk Talam Keladi semalam masih berbaki jadi hari ni teringin pulak nak buat talam keladi, tapi..... akak suka2 je tukar kepala dia...
dah tak warna purple, akak ganti dengan kepala gula merah... tapi rasa dia ok jugak... resepi daripada Chef Asma, tapi bertukar pasangan lagilah nampak gayanya, bawah guna talam keladi, atas guna talam cendol, tapi.... banyak pulak tapinya kali ni, tapi akak ubah suai sukatan bahannya ikut apa yang ada kat dapur akak. Jom layan resepi...
Lapisan Bawah

Bahan-bahannya

  • A
  • 220 gm tepung beras cap bunga teratai
  • 40 gm tepung ubi
  • 1 1/2 tsp garam
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air
B
  • 300 gm keladi ( buang kulit, potong kiub dan kukus )

Cara-caranya

  1. Satukan semua bahan A
  2. Tapis ke dalam periuk. Masak hingga naik wap dan masukkan bahan B
  3. Kacau rata, tuang dalam loyang 10 x 10 " dan kukus selama 30 min.
Lapisan Atas

Bahan-bahannya

A
  • 250 gm gula merah
  • 50 gm gula perang
  • 50ml air
  • 2 helai daun pandan disimpul
B
  • 150 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam

Cara-cara membuatnya:

  1. Masak bahan A sehingga gula hancur
  2. Satukan bahan B dan kacau sebati
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis
  4. Kacau rata dan masak hingga naik wap
  5. Tuang ke atas lapisan bawah yang telah dicakar dengan garfu dan kukus selama 30 min.

Lagi....

Assalamualaikum semua

N3 kali ni masih lagi tentang tempahan Talam Tokyo. Seminggu dua ni, tinggi pulak permintaan untuk talam ni...
kali ni ditempah oleh kawan sekolah kak antan Rozita.
yang dah siap dipotong... masa kak antan masukkan n3 ni, kak antan tengah tunggu Ita datang rumah ambik talam ni... TQ Ita...

Sunday, March 13, 2011

Ole-ole dari Kota Bharu

Assalamualaikum semua....

Apa tu? Pernah tengok tak? Macam kepala sesuatu kan....
Kak antan pun tak pernah tengok...
Hubby kak antan belikan masa dia ke KB semalam.
nak tahu apa benda ni?
Alat pemerah limau....
Bayangkan berapa banyak limau nak diperah ni ye....
Apa2pun orang dah belikan ....terima kasih ye....

Talam Keladi dan Talam Tokyo...Tempahan

Assalamualaikum semua....

Tempahan talam yang baru dihantar pagi tadi....
Talam Keladi
Talam Tokyo
Kedua-duanya ditempah oleh Kak Nor, jiran kak antan untuk kenduri arwah di rumah kakaknya di Melaka.
Untuk kali ni, untuk kedua2nya kak antan gunakan resepi daripada Chef Asma...lain kali
kak antan masukkan resepi ye sebab resepi chef Asma kena menaip, itulah yang malas tu...

Friday, March 11, 2011

Simple je..

Assalamualaikum semua.....

Tiba-tiba ku terasa sunyi dalam keriuhan....eh eh eh mesti semua heran kan....
Bukan apa tetiba je kak antan terasa sunyi hari ni, walaupun dikelilingi keriuhan anak-anak.
Hubby kak antan tak de, outstation lagi...kali ni ke New Castle eh Kota Bharu je.
Kerap sangat bulan ni dia outstation. Minggu lepas ke Penang, awal minggu ni ke PD. Jadi tiba2 je rasa sunyi. Jadi hari ni nak masak pun rasa malas. Tapi sebab anak-anak nak makan digagahkanlah jugak diri yang malas ni memasak. Sebab tu yang terhasilnya, hanya menu yang simple ni...
Ayam masak kicap, campur kentang dengan suun...tak payah resepi lah kan... semua pandai masak kicap ni...macam biasa kak antan masukkan cili padi dengan serbuk lada hitam.
Satu lagi menu, kak antan goreng je tempe... cukup lah untuk anak-anak makan malam ni kan...

Wednesday, March 9, 2011

Serampang Tiga Mata

Assalamualaikum semua...

Akhirnya selepas 3 kali mencuba, barulah berjaya nak upload gambar2 ni... Dari malam tadi mencuba, ada je yang kena...Semalam kak antan cuba buat cendol sendiri..alhamdulillah menjadi..tapi buruk je rupanya ye...

Sebahagiannya dibuat untuk minum

Sebahagiannya dapatlah dibuat kuih talam....

Resepinya sama macam kat blog Bdaria...nanti akak c n p. Nasib baiklah cendolnya sekata, akak pernah buat dulu, cendol semua naik ke atas, jadi macam 1 layer pulak...ok resepinya kat bawah ye...

TALAM CENDOL
Sumber: Kelas talam chef asma

Lapisan bawah
Bahan A
·         200gm tepung beras*
·         250ml santan pekat*
·         450ml air*
·         1 tbsp tepung jagung*
·         150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
·         1 tsp garam

Bahan B


200gm cendol @ 1 paket kecil



Cara-caranya:-
1.        Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
2.       Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
3.       Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
4.       Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
5.        Kukus selama 25 minit
6.       Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu

Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-



Bahan A
·         300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
·         50gm gula castor
·         500ml air
Bahan B
·         150gm tepung gandum
·         3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
·         250ml santan pekat
·         1/2 tsp garam
Cara-caranya:-

1.        Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
2.       Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
3.       Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
4.       Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
5.        Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...