Sunday, April 3, 2011

Padat...


Assalamualaikum semua....

Baru ada kelapangan untuk masukkan n3, untuk 2 hari ni aktiviti kak antan padat sangat. Sekarang ni badan terasa letih sangat..mata dah ngantuk ni..tapi gagahkan jugak masukkan n3 hari ni sebab gambar dah diupload semalam.
Gambar kat atas ni, gambar kek karot yang juga tempahan daripada Ustazah Nazuha. Nazuha nak petang semalam. Jadi bangun pagi2 selepas solat subuh, kak antan dah mulakan operasi untuk kek karot ni. Janji nak jumpa dia pukul 6 petang

Tengah harinya pulak kak antan mengajak hubby ke Bandar Manjalara, Kepong, ada majlis perkahwinan anak kawan kak antan yang sama2 ngajar masa kat Kuantan dulu. Sebenarnya anak kak di ni ialah Iera, pemilik blog little sweet brown. Sesat2 jugak kami sebab tak tau tempat. Puaslah pusing2 kat Bandar Manjalara tu.

Dari kenduri kami bergegas pulak ke Kuala Pilah sebab nak jumpa along. Along pesan belikan baju kemeja dan baju melayu. Sampai kat Pilah dah pukul 4.30 ptg. Kak antan terpaksalah sms Nazuha cakap rasanya tak sempat nak jumpa pukul 6, lewatkan sikit ke 6.30 ptg.

Balik dari Pilah, sampai rumah dah pukul 6. Sempatlah jumpa Nazuha pukul 6.30 petang. Kesian dia, rupanya kek tu cuma untuk makan2.
Sebenarnya malam tadi ada ceramah kat surau kat perumahan kak antan ni, tak dapatlah kak antan pergi menolong memasak. Tapi si kecik awan nak pulak tinggal dengan angahnya di rumah, jadi dapatlah kak antan ke surau semalam, jemaah maghrib, dengar ceramah dan jemaah isyak..balik rumah awan dah meragam..letih jangan cakaplah.... selesai sehari Hari Sabtu yang cukup padat. Untuk aktiviti hari ni...tunggu n3 esoklah lah ye....kak antan dah betul2 letih ni....

2 comments:

  1. cantik kek ni...hiasannya simple but yet it is sooooo sweet...pandai antan buat..more is less & less is more.....jumpa lagi/

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...