Monday, February 18, 2013

Jom pergi....

Assalamualaikum semua...
Hari ni masukkan n3 tentang aktiviti akak semasa cuti minggu lepas. Hari Sabtu tu lepas menghantar semua tempahan... ( macam banyak sangat kan ) akak sekeluarga balik ke Mentakab. Hari Ahad tu ada kenduri kahwin anak sedara sepupu suami, lepas ni dapat cucu lah ye... sebenarnya dah ada pun kalau cucu sedara sepupu tu.... Balik dari kenduri, kami ke Santuari Gajah di Kuala Gandah... dah lama jugak dok dengar nama jer, jadi hari Ahad tu berkesempatanlah jugak ke sana....
Ini sticker yang akan kita dapat bila mendaftar di santuari tu.... ada yang cakap eloknya simpan ni kan... satu hari nanti boleh dijadikan kenangan.. kenang balik masa bersama-sama keluarga... betul gitu? 
Sebenarnya muka tak puas hati tu.... sebab tak dapat bagi gajah makan... suami akak malas nak beratur belikan tebu, ramai sangat orang katanya.. 
 Dok tengok orang bagi makan je lah.... Kesian anak ibu....
 Sepatutnya boleh tunggu turn mandikan gajah... tapi Ahad tu ramai betul pengunjung... cuti CNY kot... kalau tak silap akak mandikan gajah kena bayar... sebenarnya bukan sebab bayaran, tapi akak malas nak basah2, mana bawa baju tukar pun...
 Jadi tengok je lah belalai gajah ni....
 Balik dari Santuari Gajah, kami singgah di Deerland, dewasa bermula dari 12 tahun kena bayaran rm6 dan 3 - 11 tahun kena bayaran rm3. Dengan tiket yang dibeli tu akan diberikan kentang yang dah dipotong untuk diberi makan kepada rusa2 di situ... Sini barulah diorang puas hati dapat bagi makan.
 Sedar2 dah tak ada kat sebelah... nun di hujung, seronok sangat bagi makan rusa.
 Deerland ni mcam mini zoo, macam2 haiwan ada kat situ... nak tengok burung unta boleh....
 kalau nak peluk ular sawa albino ni pun boleh
 Tak tau burung apa, tapi cantik sangat.
 Diorang suka tengok farret ni, sebab sama macam kat dalam cerita zoo...
 Diusap2nya farret, macam Mia Sarah buat...
Ini pulak kat tempat arnab....

Jadi... sesiapa yang berkesempatan, bolehlah bawa anak jalan2....

3 comments:

  1. Salam.Dah lama tak singgah kat sini.Budak2 mmg seronok klu dapat tgk binatang2 camni..happy jer klu dpt g zoo

    ReplyDelete
  2. Betul tu Atie, anak2 akak suka sangat main2 dengan binatang2 tu...

    ReplyDelete
  3. Assalamuaalaikum..emmm budak2 memang suka aktiviti gini lebih2 lagi klu dapat bagi makan kat haiwan2 tu..bukan main seronokkk lagi mereka...

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...