Saturday, August 27, 2011

Salam Aidil Fitri...

Assalamualaikum semua.....
Kak Antan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua... Di kesempatan ini juga akak mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang akak berblog pernah ada tulisan akak yang menyinggung mana2 pihak... Semoga semua terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan selepas raya nanti....Salam Sayang daripada akak

Thursday, August 25, 2011

Alhamdulillah....masih diberi kesempatan....

Assalamualaikum semua....

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan kek untuk hari raya, luangkan jugak masa untuk menulis di sini, sebenarnya semua kerja tergendala sebentar sebab bateri penimbang akak dah abis, tunggu hubby akak balik kerja dan singgah belikan bateri. Hari ni 25 Ogos 2011 dah genap umur akak 40 tahun... Alhamdulillah masih diberi Allah kesempatan untuk menghirup udara dan menikmati keindahan panorama bumi ciptaanNya ini. Sebenarnya sejak awal tahun pun dah ngaku tahun ni dah 40 tahun.  Ye lah kan setiap detik kita semakin tua...

Di kesempatan ini juga akak nak ucapkan terima kasih kepada semua yang wish happy birthday untuk akak di fb, rakan semasa di sekolah rendah dan menengah, rakan2 course mate, rakan2 guru, anak2 murid dan tak ketinggalan jugak rakan2 blogger. Terima kasih atas doa yang dititipkan. Semoga kita sama2 mendapat hidayah daripadaNya, lebih2 lagi pada bulan yang mulia ni. Harapan akak semoga kita hari ini menjadi yang lebih baik daripada semalam.

Untuk semua akak nak ucapkan Selamat Hari Wanita ye.... yang juga jatuhnya pada hari ini... Sayang semua...

Tuesday, August 23, 2011

Ana Muslim

Assalamualaikum semua....

Apa khabar ye semua... bulan2 puasa ni dah lama tak ngemas rumah.... letih... tapi dah dekat nak raya ni kenalah ngemaskan apa2 yang patut. Masukkan n3 tempahan kek hari Sabtu dan Ahad lepas. kedua-duanya ditempah oleh Sal sempena birthday anak bongsunya pada 21 Ogos.
 Pertama kali tengok gambar Ana Muslim ni berkenan sangat. Kek kat atas ni ditempah pada hari Ahad untuk dipotong di Langat.
 Ini pulak tempahan hari Sabtu, dipotong bersama-sama opahnya dari Perak...
Ini pulak talam suji yang ditempah minggu lepas...untuk sesiapa yang inginkan resepi, boleh klik kat sini

Saturday, August 13, 2011

Lagi Rezeki Ramadhan....

Assalamualaikum semua....

Hari ni kat surau taman akak adakan majlis berbuka puasa, dapatlah akak bertarawih kat surau, sebelum ni buat kat rumah jer, tapi seperti yang dijangka, bebudak dua orang tu memang ke hulu ke hilir lah berlarinya masa kat surau.
Petang tadi sempatlah siapkan 3 talam ni yang ditempah untuk majlis berbuka petang tadi, Talam Tokyo, Koleh Kacang dan Seri Muka..
 Ini pulak 4 buku kek karot yang ditempah pada hari Khamis lepas. Terima kasih ye Azlina, Rosmawati, Yati n Noraida.

 Ini pulak tempahan yang dihantar hari Jumaat, 200 pcs krim puff yang ditempah Kak Zihan bagi pihak kakaknya dan 20 pcs untuk Kak Zihan sendiri dan 20 pcs lagi untuk Kak Norzilah.
Dan 6 buku kek karot lagi disiapkan. Terima kasih ye Mahani, Sharizawati, Akmal, Kak An, Lam dan Norizan...

Thursday, August 11, 2011

Talam Durian Gula Merah

Assalamualaikum semua....

Hari ni masukkan n3 tentang tempahan dalam bulan puasa ni... taklah banyak sangat... sebenarnya Talam Durian ni tempahan daripada Kak Endon kaunselor sekolah akak. Talam ni tempahan kedua Kak Endon, hari kedua puasa hari tu Kak Endon dah menempah cream puff 100 biji.
Talam ni dibahagi empat... diorang agih-agihkan... yelah bulan puasa kan... akak pun tak tau apa rasanya... untuk resepinya...

Talam Durian Gula Merah

Bahagian bawah
Bahan-bahannya:
  • 220 gm tepung beras
  • 30 gm tepung ubi
  • 1/2 sudu teh garam
  • 5 sudu besar gula pasir (optional)
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air
  1. Campurkan kesemua bahan dan tapis.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
  3. Tuangkan ke loyang dan kukus selama 30 minit

Bahagian atas
Bahan-bahannya:
  • 100 gm tepung kastard
  • 200 gm gula merah
  • 20 gm gula pasir
  • 300 ml santan pekat
  • 500 ml air ( masak bersama gula merah )
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 160 gm isi durian 
  1. Isi durian diblender dengan telur.
  2. Campurkan bahan blender dengan bahan2 lain dan tapis
  3. Masukkan bahan ke dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
  4. Tuang ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 30 minit.

Tuesday, August 9, 2011

Ikan Bakar

Assalamualaikum semua...

Masukkan n3 menu berbuka puasa semalam, ikan bakar..
Tapi untuk pengetahuan semua... ikan bakar ni bukan akak masak ye.... hubby akak beli daripada anak buahnya yang berniaga di Bazaar Ramadhan Puchong Perdana kot, jadi sesiapa yang nak merasa bolehlah ke Bazaar Ramadhan kat situ... sedap...

Sunday, August 7, 2011

Lepat Pisang

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah dah seminggu kita berpuasa... terasa cepatnya masa berlalu.. seolah2 masih terasa macam baru je nak sambut Ramadhan... tetiba je esok dah hari Isnin balik... nanti tetiba jer semua dah sibuk nak sambut raya kan...
 Dah 2-3 hari akak tak update blog, sejak bulan puasa ni masak pun yang biasa2 jer... ditambah pulak dengan kesibukan kerja di sekolah... kat fb pun kadang2 jer update status.. tengok kat fb ramai kawan2 yang sibuk dok menyiapkan tempahan biskut raya... alhamdulillah rezeki Ramadhan kan.... untuk menyambut Aidil Fitri.
 Berbalik pada juadah yang akak buat hari ni, kebetulan along pun balik hujung minggu ni, jadi tadi sempatlah jugak akak buatkan lepat pisang ni untuk dia bawa bekal balik ke asrama dan untuk MIL akak bawa ke rumah adik ipar akak di Klang. Dah lama sebenarnya akak tak buat lepat pisang ni.... rasa2nya last sekali akak buat pun masa belum kahwin lagi... kalau tak silap akak masa tengah tunggu result STPM kot... isshhh dah lama tu... dah dekat 20 tahun rupanya.....
 Bagi akak buat lepat pisang ni taklah sesusah mana cuma cara akak ni yang tak de sukatan khusus tu yang buatkan jadi susah... samalah jugak hari ni, akak masak ikut agak2 jer.... bila part nak masuk tepung yang susahnya sebab main agak2 jer....alhamdulillah elok pulak kejadiannya, sebab akak tak suka lepat yang keras, akak lebih suka lepat yang terasa pisangnya.... bukan tepungnya.
Jadi untuk bahan agak2 tu...

20 biji pisang dilenyek
200 ml santan pekat
5 sudu besar gula pasir
sedikit garam
tepung gandum ( ini yang main agak2 ni, jangan terlalu lembek, jgn terlalu keras)
Daun pisang untuk membungkus

Jadi semuanya dicampur dan dibungkus dalam daun pisang. Kemudian dikukus lebih kurang 25 minit...

Thursday, August 4, 2011

Genap 4 tahun...

Assalamualaikum semua...

Hari ini 4 Ogos 2011 genaplah umur si bongsuku 4 tahun... Tak adalah dibakarkan kek untuknya sebab dah bulan puasa. Kebetulannya pun dia dah potong kek sebulan yang lepas semasa birthday abangnya Aqil. Lagipun dia tinggal kat rumah jer sekarang ni sebab ada wannya kat rumah.
 Awan atau nama penuhnya Muhammad Zaqwan Fikri bin Adnan, seorang anak yang sangat aktif, tak pernah duduk diam. Namun keletahnya sering membuatkan kami bahagia. Along selalu cakap, Awan janganlah besar.. maknanya dia nak bermain dengan Awannya yang sentiasa kecil...namun masa tetap berlalu dan anak ibu ni tetap membesar..
Harapan ibu Awan akan membesar menjadi anak yang baik, soleh dan membahagiakan ibu dan abah...

Seri Muka

Assalamualaikum semua...

Untuk berbuka semalam, akak buat seri muka. Ikut resepi Chef Asma
 Bahagian bawah
  • 500 gm tepung pulut direndam dan toskan
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air 
  • garam secukupnya
Campurkan semua bahan dan dikukus 30 minit. Bila sudah masak tekan2 dengan sudu supaya mampat.

Bahagian Atas

  • 100 gm tepung kastad
  • 4 biji telur
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air yang bercampur air daun pandan yang diblender
  • 220 gm gula pasir
  • sedikit garam
  • pewarna hijau
Campur semua bahan, tapis dan masak hingga naik wap dan tuangkan ke atas pulut dan dikukus selama 30 minit.

Tuesday, August 2, 2011

Semalam dan Hari Ini

Assalamualaikum semua...

Masukkan n3 menu semalam dan hari ni.... akak masak simple2 je....
 Semalam akak buat puff ayam, inti pai ayam dulu ada lebih dan akak frozenkan, jadi keluarkan pastry puff, buatlah dalam 5 ketul... hubby akak kalau tiap2 hari buat jemput2 ikan bilis pun tak per... itu feveret dia... jadi semalam MIL akak gorengkan sikit untuk dia... tak sempat nak ambik gambar...
 Lauknya pulak sayur lemak pucuk labu... MIL akak bawa dari kampung... dia berpuasa awal ni kat rumah akak... sekali sekali makan sayur kampung ni... sedap....
Ini pulak menu hari ni... asam pedas ikan kembung rebus... hubby akak beli ikan rebus semalam dari pejabat dia... kuihnya hari ni MIL akak suruh beli jer... jadi akak jejakkan lah jugak kaki ke Bazaar Ramadhan hari ni.....

Monday, August 1, 2011

Selepas 23 tahun....

Assalamualaikum semua....

Baru berkesempatan nak masukkan n3 tentang gathering yang akak join Sabtu 23 hb yang lepas.
Selepas 23 tahun kami semua menduduki SPM atau dengan kata lain meninggalkan sekolah tercinta, jadi pada 23hb lepas kawan akak si Faiz dan Huzai buat rancangan nak adakan gathering ni....
 Alhamdulillah... walaupun hanya melibatkan kami yang di kawasan tengah je, tapi boleh dikatakan agak meriah, walaupun dengan kehadiran 11 orang sahaja. Kami hanya libatkan yang perempuan je... kalau dibuka untuk lelaki mungkin lebih ramai...
Masing2 sibuk bercerita bila berjumpa... tambah nostalgik bila ada yang bawa album gambar lama masa kami f5 dulu... berderai tawa masing2...
 Semuanya bergembira.. kerana masing2 dah menggandakan saiz masing2 selepas 23 tahun...
 Bergambar kenangan....
 Bersama Nurul @ panggilannya Yod yang maintain ayu....
 member sekelas semasa tingkatan 4 dan 5, kelas yang menjadi kenangan indah... 5 Sc 3
 Ini pulak rakan2 satu dorm dari f1 sampai f5.... Rumah Sateria....
Si comel Zaira... yang sentiasa mencuri tumpuan...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...