Pada 1 Mei yang lepas kejiranan cik antan telah mengadakan Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan bersempena majlis tersebut telah diaadakan juga Program Larian Mesra untuk penduduk setempat. Cik antan tidak dapat bersama-sama di majlis tersebut kerana sibuk menyiapkan tempahan kek. Kelima-lima anak cik antan telah mengikuti program tersebut dan 4 daripada mereka telah menyertai Larian Mesra yang diadakan. Apa yang mengejutkan cik antan adalah ketika suami cik antan pulang, dia memberitahu bahawa Aqil anak keempat cik antan telah memenangi tempat ketiga dalam kategori bawah 12 tahun. Cik antan seolah-olah tidak percaya kerana setahu cik antan dalam keluarga cik antan tidak ada seorang pun yang pantas berlari dan Aqil telah mengalahkan Angah yang berusia 12 tahun. Suami cik antan juga sebenarnya tidak menyangka dan dia sememangnya tidak mendaftarkan nama Aqil untuk larian tersebut.
Angah juga memberitahuku bahawa dia terkejut kerana Aqil kelihatan langsung tidak penat ketika berlari (mungkin kerana latihan yang sering dibuat apabila sering berlari-lari di dalam rumah hingga memeningkan kepala ibunya). Tapi sayangnya, hadiah yang telah dimenangi oleh Aqil telah direbut oleh Awan dan akhirnya hilang.
Aqil menghampiri garisan penamat
Selesai larian...tiada riak keletihan di wajah Aqil
Aqil...ketika menerima hadiah
Awan yang sering berebut barang abang-abangnya.
Selesai larian...tiada riak keletihan di wajah Aqil
Aqil...ketika menerima hadiah
Awan yang sering berebut barang abang-abangnya.
Itulah kisah anakku Aqil yang sering mengejutkan seperti peristiwa pertama yang aku tulis (telinga dan payung) Kenakalan anak-anakku memang sering memeningkan kepalaku tapi itulah sebenarnya kebahagiaanku. Aku sentiasa bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku anak-anak yang sihat. Ketika ini kisah remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis sedang hangat dibicarakan. Sedih bila mengenangkan perasaan ibu yang kehilangan anak. Namun kita semua sebagai ibu mestilah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak kita. Aku sering mengingatkan diriku sendiri bila aku menegur kesalahan anak-anak didikku di sekolah. Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment