Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Pada kesempatan ini, ingin sekali cik antan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru cik antan yang pernah berjasa dalam hidup cik antan. Bermula dari Tadika di Masjid Zahir pada tahun 1977, kemudian di SRK St. Nicholas Convent, Alor Setar. Masih cik antan ingat ketika cik antan dalam darjah 1 Merah, buku tulis cik antan sering melayang di dalam kelas kerana tulisan cik antan yang ketika itu sangat buruk dan kerja cik antan sangat kotor. Guru kelas cik antan ketika itu Miss Cheah sering memarahi cik antan dan akibatnya dia sering melempar buku tulis cik antan. Namun berkat kemarahannya alhamdulillah cik antan dapat membaiki tulisan cik antan. Begitu juga cikgu2 kelas cik antan yang lain, Pn. Maimun, Miss Kung, Puan Fauzi dan akhir sekali di darjah 6 Puan Normah. Maaf cik antan tidak ingat nama guru kelas cik antan ketika cik antan dalam darjah 5. 1984 cik antan melangkah ke sekolah menengah. Selama hampir 9 bulan di SMK St. Nicholas Convent, kemudian cik antan ditawarkan ke SBP SM Sultan Abdul Halim, kemudian akibat keputusan SPM cik antan yang agak tidak memuaskan, cik antan terpaksa melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di STAR Alor Setar. Mungkin sudah tersurat rezeki cik antan untuk menjadi seorang guru akhirnya cik antan ditawarkan tempat di UPM untuk mengambil kursus perguruan. Hingga kini cik antan masih lagi berdiri sebagai seorang guru setelah 15 tahun cik antan memegang status itu. Untuk semua guru cik antan yang antaranya Cikgu Rahim. Cik Sofiah, Cikgu Normala, En. Chow, Cikgu Azmi, Ustazah Aishah dan yang selainnya yang tidak mampu cik antan sebut semuanya.....

Selamat Hari Guru jasa kalian tetap kukenang......

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...