Dozen Roses Love Note

Thursday, September 30, 2010

Hajat...

Sebenarnya hajat di hati malam ni nak uploadkan gambar kek karot yang disiapkan hari Selasa lepas, cari punya cari kamera tak jumpa2. Rupanya hari ni hubby bawa kamera ke pejabat sebab dia ada jamuan hari raya jabatan dan kamera pulak tertinggal kat pejabat. Nak buat cammana kan... tunggu esok lusa sajalah.
Bercakap pasal hajat, tengah hari tadi di sekolah cik antan diadakan majlis solat hajat dan doa selamat untuk bakal jemaah haji sekolah cik antan tahun ni, 6 orang semuanya. Alhamdulillah harap semuanya akan mendapat haji yang mabrur. Harapan cik antan akan sampailah pulak giliran cik antan dan hubby nanti.
Malam ni pulak diadakan majlis solat hajat untuk calon2 PMR dan SPM sekolah cik antan. Harapan cik antan biarlah anak2 didik cik antan ni akan berjaya di dunia dan akhirat. Bagi cik antan pulak hari ni si angah mula menduduki peperiksaan PSRA untuk sekolah agamanya. Hajat di hati biarlah ada salah seorang anak lelaki cik antan yang dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah agama.. cuma takut harapan tinggal harapan. Apa-apapun cik antan tetap ingat pesan Ustaz Hasrizal dalam bukunya Murabbi Cinta, ' jangan harapkan anak kita jadi orang agama tetapi didiklah anak2 kita jadi orang yang beragama'

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails