Hari ini cik antan ke Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat ada perkongsian ilmu tentang Program Peningkatan 2Q BM PMR dan SPM. 2 orang penceramah yang terlibat. Ceramah yang diberikan pun ok, dapat menambahkan pengetahuan, lebih2 lagi dalam tatabahasa BM.
Tapi apa yang menarik perhatian ck antan ialah lagu yang dipasang penceramah yang kedua Puan Zahariah dari SMK Darul Ehsan iaitu lagu Jasa Bonda. Cik antan dah pernah dengar lagu ni dulu masa di Kuantan, memang menyentuh perasaan. Naluri keibuan pasti akan tersentuh. Jadi untuk anak-anak didikku yang mungkin membaca blog ini hayatilah lagu ini sebaik-baiknya... juga pada rakan-rakan yang lain kenanglah jasa ibu.... pulanglah sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang tak lama lagi... ciumlah tangan ibumu....
No comments:
Post a Comment