Wednesday, March 14, 2012

Kuantan dan ke Kota Bharu

Assalamualaikum semua....

Semalam sekadar mengucap salam,hari ni cuba masukkan gambar2 kenangan...
 Kesesakan jalan raya pada hari Jumaat malam Sabtu, ketika akan sekeluarga nak ke Kuantan. Suami akak cakap ini fenomena biasa untuk setiap Jumaat malam Sabtu, bukan sebab cuti sekolah. Sepanjang dia berulang alik dari Kuantan ke Kajang, inilah situasi yang terpaksa dilaluinya...
 Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan hambanya... pada perancangan awal, akak yang akan drive malam tu dengan anak2 untuk ke Kuantan, tapi akak bernasib kerana kebetulan suami akak ada seminar di Nilai sehingga hari Jumaat, jadi dapatlah dia bawa kami balik bersama-sama...alhamdulillah, tak dapat dibayangkan akak terpaksa memandu dalam kesesakan ini pada waktu malam dalam keadaan badan yang letih, kerana sebelah paginya akak dah ke Pilah menjemput along dan bergegas balik ke sekolah.
 Ini pulak pemandangan di Pasar Siti Khatijah, ketika akak sekeluarga ke situ. Gambar hanya diambil menggunakan hp dari tingkat 2, jadi sebab itulah kecik je jadinya... kalau pakai kamera yang canggih tu mesti lagi cantik pemandangannya..
 Semuanya perempuan kan... akak terkilan sebab semasa ke Pengakalan Kubur, hp akak tertinggal dalam kereta, tak dapatlah nak merakamkan apa2 di sana. Kami sekeluarga sempat makan air krim yang agak unik kerana dalam air krim tu diletakkan pulut, roti dan termasuklah juga kacang, sagu, dan cendol. Ais krimnya pulak akak rasa dibuat sendiri sebab terasa macam santan... bila nak ambik gambar ais krim tu baru terperasan hp tertinggal dalam kereta...
Ini pulak gambar dalam perjalanan balik.Sepanjang jalan hujan. Semasa melintasi ladang kelapa sawit ni, dah kelihatan air dah mula memenuhi ladang kelapa sawit...

3 comments:

  1. salam dan selamat pagi..
    wah ni kiranya cuti-cuti malaysia ya. seronokkan p melawat tempat org..
    just nak kongsikan info sikit dgn pn yusaniza psl ais krim yg pn makan tu ais krim tu dikenali sebagai ais krim baba. ianya homemade aiskrim dan mempunyai pelbagai keunikan tersendiri. ais krim+pulut+roti+kacang+jagung+coklat cair+cincau dan kdg2 ada juga ditambahkan buah kabung n pelbagai lg. hrganya murah rm2. selalu dijual d pengkalan kubor n rantau panjang. mmg mendpt permintaan. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah memang betul harganya rm2, Tq atas info... memang sedap dan mendapat sambutan...

      Delete
  2. Aiskrim tu nama Aiskrim Baba. Sekarang dah dijual di Kota Bharu cuma namanya Aiskrim Wawa. Tempatnya di jalan belakang KB Mall, depan Parkson dan dekat simpang 4 Jln Bayam & Jln Dato Lundang. Harganya masih RM2! Tak perlu ke Rantau Panjang untuk menikmati aiskrim Baba ni.

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...