Saturday, January 5, 2013

Berlalu..

Assalamualaikum semua..
Selamat berhujung minggu... pasti semuanya agak keletihan kan sebab dah 3 hari kembali memulakan rutin harian atau mungkin ada juga yang memulakan rutin baru... bagi akak, kembali kepada rutin lama.... setiap pagi menghantar anak2 ke sekolah dan mengajar di sesi petang...
Semoga tahun 2013 ini membawa kegembiraan untuk semua dan semoga 2012 yang telah meninggalkan kita juga meninggalkan seribu kenangan manis untuk disimpan...


Bagi akak untuk tahun 2013 ni, belum menyiapkan apa2 tempahan pun lagi, walaupun tempahan dah ada, sebabnya banyak urusan2 rasmi yang perlu diselesaikan. Bulan Disember lepas,sibuk jgk dengan tempahan crepe, walaupun taklah sebanyak tempahan bakers yang lain, tapi alhamdulillah tempahan tetap ada dan diharapkan semua customer berpuas hati.

Bulan Disember hari tu ada jugak yang menempah cupcake ni... Tq Mony..

23hb Disember hari tu,sempat mengikut suami akak ke Pantai Cherating... seronok memandang laut yang terbentang luas... walaupun bergelora disebabkan angin yang bertiup kencang, tapi tetap mendamaikan...

Seronok diorang berdua ni berbuai di tepi pantai...
Keesokannya... akak terperangkap dalam banjir di bandar Kuantan... pengalaman yang mungkin boleh dijadikan pengajaran... perlu lebih berhati-hati untuk ke bandar Kuantan kalau hujan dah mula turun tanpa henti...

Ini pulak kek karamel yang akak buat untuk makan2 dengan along sebelum dia balik ke asrama...

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...