Wednesday, January 29, 2014

Rindu.....

Assalamualaikum semua....

Rindunya nak menaip di sini... Sekian lama blog ini menyepi..... hampir 4 bulan... sebabnya seperti biasa... tak perlu nak menyalahkan kerja yang bertimbun-timbun... yang pastinya tentulah MALAS... jadi.. tak perlu nak membangau menyalahkan perkara lain, padahal diri sendiri yang salah.... pucuk pangkalnya diri sendiri...
Tiba-tiba... ketika BW ke blog tertentu untuk mencari pantun dan pepatah... terasa rindu pulak nak update blog ni yang dah lama terpadam daripada rutin seharian... Terasa teringin nak menaip... tapi rasanya mungkin n3 selepas ini bukan tentang masak memasak lagi... sebab apa yang dimasakkan dah dimasukkan ke page fb akak... mungkin kalau ada resepi-resepi yang nak dimasukkan jer barulah dimasukkan di sini.
Aktiviti memasak? Awal-awal tahun ni memang aktiviti memasak akak agak berkurang... sebabnya akak yang agak keberatan untuk menerima tempahan... biarlah segala kecelaruan yang berlaku pada awal tahun ni berkurangan dulu, barulah akak bersedia untuk menerima tempahan... bukanlah merajuk... tapi banyak sangat insiden yang berlaku awal2 tahun ni yang pada awalnya menyebabkan kecelaruan fikiran... terasa diri seperti melukut apabila terpaksa menumpang di sekolah orang, ditambah lagi dengan karenah pihak pengurusan yang pada awalnya menyebabkan jiwa agak kacau... tapi... Alhamdulillah.... setelah dipujuk hati untuk reda atas segala ketentuanNya... akak jadi semakin tenang... bibir dah boleh mengukir senyum... itulah hikmahnya... segala ujian yang berlaku menjadikan kita semakin dekat denganNya seandainya itu yang kita mahu.
Akak sedar, tak perlu nak membebankan fikiran dengan cara memprotes kerana akhirnya kita sendiri yang tertekan... tak tahu sama ada betul ataupun tidak pada pendapat akak... Seandainya kita reda atas segala ketentuanNya, kita akan menjadi umatNya yang paling bahagia dan tenang. Alhamdulillah, suami pun jenis yang tak suka merumitkan keadaan.. sentiasa memberi nasihat supaya jangan merungut bila ada masalah tidak menyiram minyak pada api yang sedang membakar...
Sejak cuti akhir tahun yang lepas, akak kembali berminat dengan hobi lama... hehehe...gila membaca novel... tambah2 pulak sekarang ni banyak pula drama-drama di tv yang diadaptasikan daripada novel-novel di pasaran... jadi masa yang terluang, walaupun sedikit akan dipenuhi dengan hobi ini lah... seingat akak, dulu akak rajin membeli novel ni masa along baru berumur 3 bulan.... masa tu along ditinggalkan di Alor Setar... setiap minggu akak akan balik ke Alor Setar dan pada setiap minggu itulah akak akan membeli novel untuk dibaca di Puduraya.... tapi bayangkanlah Puduraya pada ketika itu... kalau sekarang... mesti selesa kan... itu kenangan lebih kurang 17 tahun dulu dan esok... along akan menyambut hari lahirnya yang ke-17. Jadi sekarang... novel-novel yang ada dah boleh dibuat library....

P/S : Untuk along... selamat ulang tahun sayang.... ibu doakan along menginjak usia remaja menjadi anak yang bertanggungjawab... menjadi abang yang boleh dijadikan contoh... ibu doakan along membesar berjaya di dunia dan akhirat... kasih sayang dan doa ibu dan abah akan sentiasa mengiringi setiap jejak langkah along... semoga along berjaya dengan cemerlang dalam SPM yang akan diduduki pada tahun ini...Insya-Allah

Sunday, September 1, 2013

Selamat datang September

Assalamualaikum semua...

Dah lama betul rasanya tak menaip di sini... hari cuba juga rajin-rajinkan diri
Hari ni sibuk dengan hari sukan Awan... si bongsu akak ni... 
Sukan Tahunan dia hari ni selepas ditunda sebab jerebu hari tu...
Dipilih sebagai pembawa bendera
Ini tak ada kaitan, cuma nak masukkan maskot rumah merah yang memenangi pertandingan maskot terbaik.
Bersedia untuk acara 4 x 25m
Tak sangka pulak kumpulan Awan dapat tempat pertama
Acara terakhir... Tarik Tali.. kumpulan Awan dapat no 3
Acara penyampaian hadiah...

Sebenarnya akak teringin nak menulis untuk bulan Ogos, tapi sebab kemalasan yang melanda, jadi sampai bulan September baru boleh nak masukkan n3...
Ogos yang berlalu meninggalkan banyak peristiwa... 4hb Ogos Awan menyambut hari jadinya yang ke-6, dah besar anak bongsu ibu... Awan dilahirkan awal 21 hari... tarikh sepatutnya 25 Ogos... tapi alhamdulillah Awan membesar dengan baik..

8 Ogos kita semua sama2 menyambut Aidil Fitri... tahun ini, giliran beraya di Mentakab...tapi sempat juga kami balik ke Alor Setar, walaupun sekejap.

25 Ogos... Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk akak menyamnut ulang tahun ke-42 tahun ni... itulah Awan tak nak lahir sama tarikh dengan ibu dia...

31 Ogos semalam satu Malaysia merayakan Hari Kebangsaan... semoga negara Malaysia yang berdaulat ini terus aman makmur...

Thursday, July 4, 2013

Yang dah lama.....

Assalamualaikum....

Apa khabar semua...
Harap semuanya sihat2 belaka. Tambah-tambah lagi, Ramadhan dah bakal menjelma.... pasti semuanya dah tak sabar-sabar lagi kan...
Dah lama sangat rasanya tak update blog ni.... sibuk yang teramat sangat... ye lah tu kan.... ( masih membangau lah tu )
n3 kali ni sekadar memasukkan gambar2 kek yang dah lama akak hasilkan....





Sunday, June 9, 2013

Balik Kampung

Assalamualaikum semua...

Buat apa ye petang2 ni.... tiba2 terajin pulak menagadap lap top ni... Sebenarnya sedih... cuti sekolah dah habis... esok dah start kerja...huhuhu... along pun dah balik ke asrama.
Balik kampung ni awal cuti hari tu... balik kampung kali ni sempat akak bawa anak-anak ke Muzium Padi kat Gunung Keriang kat Kedah... tempat Kak Ilah JY tu... ( jangan marah ye Kak Ilah )
Ni gambar kat dalam muzium tu...
Akak pun pertama kali sebenarnya ke Muzium Padi ni, walaupun dah lama wujudnya muzium tu...
Bila masuk ke bahagian lukisan yang berputar tu MasyaAllah... kagumnya... cantiknya lukisan kat dalam tu..Kagum betul akak dengan pelukis yang melukis untuk muzium tu...
Seolah-olah gambaran sebenar...

Ini anak buah akak bergambar
Teruja betul akak tengok lesung2 kat bahagian bawah muzium..
Lagi....
ada antan kat situ...
Antan tak bertingkah lah.....

Friday, June 7, 2013

Page Antan Bertingkah


Assalamualaikum semua....

Lamanya tak menulis di blog kesayangan ni....
Apa khabar semuanya ye.... akak alhamdulillah sihat.
Ke mana cuti sekolah? dah nak habis dah cuti pun.. akak sempat jugak balik ke Alor Setar.. nanti akak buat n3 ye tentang tu..( itupun kalau tahap kerajinan agak tinggi )
Memasak? Memasak juga, tapi virus M yang menyerang kuat betul... malas benor nak upload gambar kat blog...
Sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ni... hp akak kena curi, tapi alhamdulillah pencurinya dah dapat ditangkap, cuma doakan ye, dia kotakan janji untuk membayar atau menggantikannya.
Lap top akak pun rosak, inipun pinjam hubby punya lap top. Tab pulak chargernya rosak... dugaan semuanya kan... yang penting sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati...
 Tapi buat pengetahuan semua, gambar-gambar tempahan yang akak terima akak upload kan di page FB Antan Bertingkah.
Dah lebih kurang dua bulan page ni diwujudkan... senang-senang jemputlah ke sana ye... sudi-sudikanlah jari tu untuk 'like' page akak...Linknya akak dah letakkan di sebelah.
Senang sikit masukkan di page berbanding di blog... hehehe... ayat membangaulah tu...
Nanti akak cuba merajinkan diri update kat blog yer...
Sampai ketemu lagi... Assalamualaikum...

Monday, April 15, 2013

Toffee Caramel Cheesecake untuk puteri tunggalku..

Assalamualaikum semua...
Semalam 14 April 2013, genaplah 11 tahun usia puteri tunggal akak... Dah besar anak ibu..
Kebetulan sebab semalam cuti dapatlah jugak menggodek2 kek untuk Afiqah.
 Inilah hasilnya Toffee Caraamel Cheesecake... abaikanlah kecomotannya tu ye...
 Lapisan bawahnya sponge cake dan atasnya cheese...
Comotnya dengan karamel....

Untuk yang nak mencuba resepi yang akak guna sama jer dengan resepi dari blog Rasa Basyirah.... Jadi akak copy paste je lah resepi bahagian cheesenya kat sini...bahagian bawahnya tu boleh gunakan premix vanilla sponge cake yang ada jual di kedai-kedai bakeri..

Toffee Caramel Cheesecake

Tofee

Bahan:


40 gm almond nib

60 gm gula kastor


Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.


Bahan Cheese

200 gm cream cheese

20 gm gula kastor

8 gm gelatin ( akak gunakan 10 gm)

60 gm air

200 gm whipped cream (whisk dahulu)


Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4- Sejukkan dalam peti ais


Topping

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik


Hiasan


100 gm walnut (imported) di tos dan cincang


Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan

P/S : Harapan ibu Ateh akan membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat...doa ibu dan abah akan sentiasa mengiringi perjalanan anak2 kami....



Sunday, March 31, 2013

Tempahan semasa cuti

Assalamualaikum semua...
Selamat berhujung minggu...
Hari ini akak masukkan tempahan sepanjang cuti... Esok dah buka sekolah,jadi dapur Antan Bertingkah kuranglah berasapnya...
 Chocolate Sponge Cake ni ditempah oleh Sal dari SMKTA... sebenarnya tempahan ni akak terima sebelum  cuti hari tu.... Terima kasih Sal... walaupun baru kenal akak beberapa jam aje...
RVC ni pulak tempahan Su dari SMK Astana...katanya sebagai upah untuk anaknya yang ditinggalkan ketika dia ke Bandung..

Talam Cendol ni tempahan daripada kakak kawan sepersekolahan akak...Kak Ngah ni pertama kali menempah... harap berpuas hati.

 Kek Karamel ni pulak ditempah oleh Kak Nor Faizah
Bersama-sama dengan cupcakes ni..

Ini pulak tempahan Talam Suji dan pai ayam oleh Teh Azhua 

Kek Karamel ini pulak ditempah oleh Masliraini
bersama-sama dengan Chocolate Cheese Brownies ni, sempena hari jadi anaknya Sarah hari ini..

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...