Dozen Roses Love Note

Tuesday, August 31, 2010

Ramainya manusia.....

3tier cake standCake stand ni cik antan cuba cari hari Sabtu hari tu bila ada customer nak tempah kek 3 tingkat. Puas meninjau blog2 blogger lain, ada yang beli kat Wisma ICCA, Kota Damansara. Hubby cik antan pun dah godek2 komp ni sebab nak cari kat mana tempatnya. Macam cik antan tulis hubby cik antan ni memang sporting, tapi terfikir kesian pulak kalau bulan2 puasa ni nak ke KL.
Kami cuba cari kat kedai2 bakeri area Bangi dulu. Alhamdulillah... cik antan jumpa kat Bake With Yen, Bangi...tapi kononnya nak bandingkan harga di Yummie... tapi masyaAllah ramainya manusia..... rasa rugi masa dok beratur kat situ. Mesti golongan yang nak buat kuih raya sendiri lah ni yang meramaikan. Kalau yang bisnes rasanya dah siap biskut2 rayanya... Pasal cake stand ni.. akhirnya kami balik ke BWY beli kat situ.

1 comment:

  1. nak tanya sikit boleh? Di antara tetingkat tu blh tak ditanggalkan. Maksud saya klu nak pakai dua tingkat je blh ke? yg atas sekali tu tak nk guna.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails