Tuesday, January 4, 2011

Sambal Tumis Ikan Siakap

Assalamualaikum semua.....
Untuk n3 terakhir malam ni, kak antan masukkan tentang apa yang dimasak untuk makan malam ni, sambal tumis ikan siakap. Resepinya macam sambal tumis biasa je...cuma kak antan masukkan karot dan sos tomato menggantikan air asam jawa...bawang besar tu dipotong2 nipis.....

Rutin Harianku Bermula.....

Assalamualaikum semua....Hari ni masuk hari kedua sekolah dibuka, jalan-jalan raya dah agak kurang sesaknya berbanding semalam. Semalam hubby kak antan cuti sebab nak jenguk2 Aqil yang mula ke tadika baru. Biasalah...kalau hari pertama sekolah memanglah hubby kak antan yang bercuti sebab kak antan susah sikit nak bercuti sebab hari pertama kerja kan... tak kan nak mohon cuti pulak.
Makanya hari ni bermulalah rutin kak antan di sebelah petang menjemput anak2 pulang sekolah, semalam boleh bahagi2 antara kak antan dan suami, hari ni semua kak antanlah. nampak gayanya...Nak dijadikan cerita, petang tadi hujan lebat turun membasahi bumi Kajang dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Apalagi bertambah sesak lah dengan ibu bapa dan bas2 sekolah yang nak menjemput anak2 balik sekolah. Kak antan terpaksa tunggu hampir setengah jam baru boleh bergerak dari tempat parking selepas menjemput ateh.
Walaupun banyak kereta yang tersekat dalam kesesakan tu, tapi kak antan nak puji jugak sikap pemandu2 kat sini yang semuanya tetap sabar menunggu. Puncanya daripada sebuah van sekolah yang memuatkan begitu ramai pelajar sekolah. Dahlah pemandunya berhentikan van di tengah2 jalan, penumpangnya pulak ramai, jadi dia terpaksalah menjemput penumpangnya sorang demi sorang sebab hujan lebat....jadi...kami ni terpaksalah sabar menunggu.
Cuma nasihat kak antan kat sini, untuk pemandu2 van dan bas sekolah, janganlah tamak sangat. Keselamatan anak2 lebih penting daripada segalanya.
Angah pulak kuyup bila sampai ke rumah sebab dia ke sekolah dengan basikal. Kak antan cuba2 jugak nak ke sekolah dia untuk menjemputnya..tapi terlampau sesak.... jadi kak antan pun terpaksa berpatah balik dan terus balik ke rumah. Di pertengahan jalan kak antan nampak dia mengayuh basikal, jadi sempatlah kak antan menyelamatkan beg sekolahnya sebab takut buku2nya basah....Nasiblah kan...hujan kan rahmat dari Allah, kita sebagai umatnya harus sentiasa bersyukur.....

Apam Pisang

Assalamualaikum semua....
Dah dua hari sekolah dibuka, kak antan sudah semestinyalah bertambah sibuk dengan jadual tugas dan rutin harian dengan anak2. Tapi hari ni curi2 jugak masa buat apam ni untuk minum petang. Keinginan nak mengukus apam ni dah lama sejak rakan kak antan Ayu @ Dinismum buat dan bawanya ke Banting dulu. Katanya resepi diambil dari blog DTS Cik Mat yang terror memasak tu.
Kebetulannya hari ni salah seorang rakan kak antan Hartini ada bawa pisang berangan ke sekolah, jadi kak antan dapatlah dalam 3 biji.Kak antan pulak dapat yang dah agak ranum jadi tertunailah hajat di hati. Balik godak2 lah laptop ni cari resepi. Jadi resepinya kak antan ambil dari Blog DTS dan resepinya boleh dirujuk di sini...Terima kasih ye Mat...akak minta halal ye...
Jom layan resepi yang kak antan buat...Memang sedap sangat apam ni....janganlah dikisah sangat gambar apam akak tu, jadi berbintil2 tu sebab pisang tak dilenyek betul2 halus.

Apam Pisang

Bahan-Bahannya
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula perang
4 biji pisang emas, sederhana besar*(kak antan guna 3 biji pisang berangan)
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya

  1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap. Kak antan guna bekas besar, jadi perlu dikukus 30-45 minit.
  3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..

Sunday, January 2, 2011

Along dah balik asrama....

Assalamualaikum semua....Hari ni pun tak ada n3 masak2 sebab hari ni kak antan dan family ke Kuala Pilah sebab menghantar along balik ke asrama. Segan pulak tadi nak ambik gambar masa kat sekolah along, nanti orang kata dia ni masa nak daftar anak pun nak amik gambar kan....jadi gambar adik2nya je lah yang menjadi tatapan. Gambar ni diambil masa balik tadi sebab kami singgah di R n R Beranang untuk solat.
si manja awan....
aqil dengan ateh...suka sangat ler tu.....

Bila sampai ke rumah dan menjelang malam ni terasa pulak sunyi sebab sorang dah tak de, yelah dah terbiasa dekat 1 bulan setengah along ada kat rumah kan...selalu dok kelahi dengan dia...yelah bukan kelahi apa, biasa lah kan...anak lelaki, semua perkara perlu disuruh dan ditegur. Dan yang paling terasanya nanti ialah kerana along ni kuat makan, bila petang dialah yang selalu merengek lapar..... itu yang menyebabkan kak antan selalu memasak petang2 tu. Bila dikenang2 mahu menitik air mata ni....Tapi ini sementara je kan sebelum nak terbiasa semula, tahun lepas pun cam ni jugak. Esok kak antan dah mula bertugas semula, bila dah sibuk tu tak terasalah sangat kan....

p/s Harapan ibu along belajar rajin2 ye...tahun depan dah nak PMR...ibu dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 kami...

Saturday, January 1, 2011

Menu ulang-berulang

Assalamualaikum wbt...
Menu kami sekeluarga hari ni, sememangnya menu berulang sebab untuk tengah hari tadi kak antan masak sup tulang sebab nak menghabiskan stok tulang yang sedia ada. Bila sekolah dah buka dah susah sikit nak buat sup tulang ni sebab nak kena rebus lama...
Untuk makan malam pulak kak antan masak kari kepala ikan siakap...tapi sebab tak de perancangan awal, jadi kari ni kosong je, tak de sayur2 sampingan yang boleh dimasukkan. Kari ni kak antan pakai susu cair...Resepi esok2 ye...dah letih sangat ni......

Kerja Last Minute

Assalamualaikum semua....
N3 pertama tahun 2011, bukan pasal masak-memasak, tapi pasal uniform sekolah anak... Inilah kerja last minute kak antan. Bila hubby tanya baju sekolah ateh nak beli ke, ringan je mulut cakap beli baju je..kain ibu jahit....last2nya disebabkan malas nak mengadap mesin jahit, hari ni lah baru siap kain si Ateh ni....

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara tahun 2011. Semakin bertambah usia kita....Life begin at 40???? Ye ke??? Melangkah ke tahun 2011 maka cik antan pun melangkahlah ke era 40-an, (walaupun bulan Ogos nanti barulah cukup 40nya....) terasa diri dah tua...betul ke life begin at 40, mungkin ye jugak kan... azam yang dah ditanamkan sejak melangkah ke tahun hijrah hari tu, semoga tahun ini cik antan akan berubah menjadi anak yang lebih baik, isteri yang lebih prihatin, ibu yang lebih penyayang, guru yang lebih sabar, pekerja yang lebih komited dan kawan yang lebih setia. Kepada semua pelanggan dan pengunjung Antan Bertingkah, semoga terus setia berkunjung ke sini, walaupun mungkin lepas ni n3 akan berkurangan sikit sebab mulai lusa cik antan akan kembali ke rutin asal...dan awal2 tahun ni biasalah kan......tak menang tangan untuk menyelesaikan tugas2 yang diberikan. Mulai tahun 2011, panggilan diri pun akan ditukar ke kak antanlah....sebab terasa diri dah tua...perasan tua tak pe kan....jangan perasan muda, asalkan semangat macam orang muda....ngeee....Baiklah sampai di sini dulu, kurangkan kontroversi...tingkatkan prestasi...(wah, macam Melodi pulak...)Wassalam....

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...