Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu.....

Assalamualaikum semua......

Selamat Hari Ibu, untuk rakan2 blogger, pengunjung2 blog AB dan rakan2 di fb dan semua wanita yang bergelar ibu, bakal ibu ataupun wanita yang sekian lama berkeinginan untuk bergelar ibu, pasti naluri keibuan itu telah lama wujud dalam diri kalian. 
Walaupun menjelang Hari Ibu tahun ini, sejarah sambutan Hari Ibu telah disingkap, tapi bagi akak, ucapan ini ikhlas dari hati untuk semua ibu dan tidak ada niat lain di sebaliknya... mak, mama, ibu, ataupun ummi merupakan seorang wanita yang sungguh berjasa dalam diri kita...tanpa mereka, tak mungkin kita wujud di dunia ini. Sesungguhnya setiap hari kita mengingati ibu kita, cuma bezanya hari ini, mungkin ucapan selamat itu dilafazkan...atau mungkin perasaan sayang itu dizahirkan pada sekeping kad mahupun sebiji kek.
Buat ibuku yang jauh nun di utara tanahair Nor Ridzah bt.Mahmud... Selamat Hari Ibu...terima kasih kerana telah membesarkan diri ini, walaupun tanpa seorang lelaki yang bergelar suami. Sesungguhnya pengorbananmu tiada tandingannya, sanggup menelan kepayahan dan umpat keji demi membesarkan kami.
Semoga dirimu sentiasa dirahmati dan diberkati Allah hendaknya...
Juga tidak lupa untuk ibu mentuaku... terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan seorang anak yang kini menjadi teman hidupku...tanpa didikan dan asuhanmu, pasti dia tidak akan menajdi seorang suami yang baik.
Tiada bahgia jika tiada doa puja restu...... syurga itu di telapak kaki ibu.....

Saturday, May 7, 2011

Kek Selamat Hari Ibu.....

Assalamualaikum semua.....

Petang tadi, balik sekolah lepak2 kejap, lepas tu siapkan kek 2 biji ni....
Blueberry Cheesecake...ditempah oleh Sal
Katanya sebiji untuk ibunya di Langat dan sebiji lagi nak dibawa balik untuk ibu mentuanya di Tanjung Malim, malam ini.....
Terima kasih Sal....dan Selamat Hari Ibu......

Kenangan di Pangkor...

Assalamualaikum semua...

Hari ni baru dapat masukkan gambar2 di Pulau Pangkor. Jangan terkejut ye, kalau gambar2 kat bawah ni pelik sikit, kak antan baru nak belajar edit gambar pakai photoshop, orang lain semua dah tahu....
 Kalau tak silapkak antan yang kiri ni gambar pantai Pasir Bogak, yang kanan tu gambar pembinaan bot nelayan...harga bot tu bila dah siap rm1 juta...kayo tukang bot tu yo....
 Ini pulak gambar kak antan dan roomate kak antan semasa di Pangkor, Kak Rozlina, yang tudung pink tu member masa di UPM dulu, jumpa kat sana. Kalau perasan gambar sudut atas kanan tu gambar replika tembok cina



Kat atas ni gambar2 di Kota Belanda

Meriam yang menyambut pengunjung di Kota Belanda
Haaa.... masa pusing2 pulau kami sempat singgah beli lempeng pisang....boleh tahan rasanya...
inilah brader tukang masaknya....bila ditenung2 ada jugak iras2 amy search...
Di dalam lempeng ni diletakkan kelapa muda yang dicampur garam.

Jangan terkejut kalau biasa tengok pokok2 ni....sebenarnya ni bukan kat Pulau Pangkor, kat Putrajaya. Hubby kak antan jemput hari Khamis hari tu tak terus balik rumah, dia pergi main futsal dulu, jadi kak antan pun ronda2lah kat Putrajaya. Berkenan pulak tengok pokok ni..... 
dan bila bunga-bunga berguguran kat situ...
cantik pulak kak antan tengok bunga2 tu....


rumah yang baru siap kat kawasan tu.... cantik...semi D dan teres dua tingkat...kot2 ada yang berkenan....kak antan tak dapat apa2 pun...saja suka2 jer....hehehehe....

Friday, May 6, 2011

Hati seorang Ibu.....

Assalamualaikum semua...

Dah agak lama tak bersiaran...baru semalam balik dari Pulau Pangkor. Ingat nak upload gambar2 kat Pangkor, tapi tunggu dululah, tergerak pulak nak tulis tentang berita sedih yang hangat diperkatakan sekarang. Di saat2 ibu2 nak menyambut hari ibu, negara digemparkan dengan berita 3 beradik lemas di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Bagi semua ibu, sudah pastilah berita ini amat menyayat hati..bagi kak antan sendiri pun mengalir air mata bila melihat gambar tiga beradik tersebut yang sedang tidur menghisap susu sebelum kejadian itu berlaku.
Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan ibu mereka, Wan Azleela Wan Abdullah menerima takdir ini. Anak2 yang sedang keletah bertanya itu dan ini, yang perlakuan mereka kadang kala membuat kita tersenyum sendiri, tiba2 hilang sekelip mata. Pasti setiap saat akan terbayang2 dan setiap malam akan termimpi2. Namun seberat-berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Yang pasti anak2 ini tentulah syurga tempat mereka. Allah menguji umatNya yang tabah menghadapiNya. Pasti ada hikmah di sebaliknya...dan yang paling pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita....

Monday, May 2, 2011

Ke Pulau Pangkor...

Assalamualaikum semua....

Sebenarnya hari Jumaat hari tu kak antan dapat surat kena mengikuti satu bengkel di Pulau Pangkor. Tarikhnya 3 hingga 5 Mei di Coral Bay, Pulau Pangkor. Hotel yang kat atas ni lah kot. Disebabkan transport tak disediakan, terpaksalah hubby kak antan hantar esok dan jemput Khamis nanti. Kenalah tinggal budak2 tu dengan hubby kak antan. Rasa2nya ok lah  kot kan....Hubby kak antan ni bab masak-memasak tu boleh jugaklah. Cuma baju bdk2 sekolah terpaksalah kak antan siapkan untuk 3 hari ni. Macam manalah si Awan nanti ye...kak antan dengan dia tak pernah berpisah lagi sejak dia lahir...harap2nya nanti tak banyaklah ragamnya bila kena tinggal dengan abahnya...
Blog ni pun mungkin diam je lah kot untuk 3 hari, atau kalau boleh akak bersiaran dari sana ok jugak kan...takut jadualnya padat jer nanti. Apa2pun harap semuanya ok....

Seri Muka dan Kuih Lapis

Assalamualaikum semua....

Tempahan yang dihantar pagi tadi. Kedua-duanya ditempah oleh Kak Ros kerana kakaknya akan mengadakan majlis hari jadi cucunya...
 Yang dah siap dipotong
 Kuih lapis
Itulah lapisannya. Kak antan pertama kali buat, tak tau apa rasanya, nanti bila dah dapat feedback kak antan sertakan resepi ye...tungggguuuuuu......

Sunday, May 1, 2011

Terima kasih Fie dan Saza Haiza

Assalamualaikum semua...

Harap semuanya sihat ye cuti2 ni. Selamat menyambut Hari Pekerja bagi yang bekerja. Bagi kawan2 kak antan yang suri rumah tu boleh kot apply cuti untuk hari ni atau esok..hehehe...Sebenarnya semalam kak antan sekeluarga balik Mentakab, SIL kak antan nak jemput MIL kak antan ke Klang, jadi kami pun diajak balik untuk memeriahkan suasana sebab tau lah kan kami kan ramai. Hari ni dah balik Kajang sebab esok dah nak ke Pilah hantar along pulak...
Sambil2 menyiapkan tempahan untuk esok, teringat pulak tak gantung lagi award-award ni. Pertamanya daripada Fie, untuk kawan2 yang join segmen Jom Berkenalan.
Yang kedua jugak daripada Fie, untuk follower2nya...terima kasih yer Fie...semoga Fie juga terus rajin berblog dengan resepi2 baru...
Yang ketiga pulak award daripada Saza Haiza, juga untuk follower2nya...terimakasih ye Saza, semoga terus aktif dengan petua2 baru. Dan untuk kedua2nya semoga persahabatan ini terus kekal selamanya....

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...