Sunday, April 10, 2011

Tempahan hujung minggu

Assalamualaikum semua...

N3 ringkas untuk hari ni...tempahan kek coklat kukus oleh pelanggan setia Azmar
 dan
Talam Keladi dan Talam Tokyo yang ditempah oleh Yatie @ Ketuhar Panas Yatie.
TQ semua...

Friday, April 8, 2011

Merai Tetamu


Assalamualaikum semua....

Tadi dah gantung award, jadi ini baru nak masukkan n3 apa yang dimasak semalam untuk merai tetamu, iaitu kawan hubby kak antan dari Kuantan.
Ikan Siakap ala-ala stim. Dulu akak dah masukkan resepi ni, tapi kalau sesiapa yang belum baca boleh tengok kat sini....cuma kali ni cukup lengkaplah ramuannya, dulu kak antan tak masukkan sos tiram, kali ni dah masuk dah...
Ini pulak sekali lagi asam pedas ikan keli, atas permintaan hubby sebab dia tak sempat merasa yang sebelum ni kot, sebab masa tu dia kat Melaka. Masih resepi yang sama, cuma kali ni akak tak masukkan lada hitam dan kunyit. Tapi asam pedas kali ni dah masuk daun kesum, bunga kantan dan bendi. Klik sini....
Untuk pencuci mulut... Talam Suji. Kalau nak resepi boleh klik di sini...Sorry ye, resepi kali ni semua di link kan aje.... tau lah akak ni bukannya rajin sangat pun...

Terima kasih

Assalamualaikum semua....

Hari ni sebelum masukkan n3, nak gantung award dulu..ye lah akak ni bukan senang nak dapat award ni, tak fofular lah katakan...Terima kasih ye pada Chikadakbiru, yang sudi bagi akak award ni...Akak ni pun macam CB jugak silent reader, jarang nak tinggalkan jejak mungkin sebab itu kot susah sikit nak dapat komen atau apa-apa...
Untuk dapatkan award ni kena penuhi beberapa syarat.
1.  Kena post balik linking pada orang yang memberi award..jadinya TQ to http://chikadakbiru.blogspot.com/
2.  Berkongsi apa jua mengenai diri dengan semua:
  • Seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu kepada 4 orang putera dan seorang puteri.
  • Tugas utama di sekolah, bekerja sebagai pendidik dan opsyen utama bahasa Melayu, tapi tahun ni kena jugak mengajar subjek minor Kesusasteraan Melayu
  • Seorang yang tidak begitu peramah, sehingga kadangkala ditegur suami, tapi sebelum kenal je kot. Rasanya kalau dah kenal, cepat mesra sebab tak kenal maka tak cinta..
  • Kalau dulu minat menjahit, tapi sekarang lebih kepada memasak. Sebenarnya sekadar ingin mencuba dan memenuhkan ilmu di dada.
  • Impian utama, ingin mencari keberkatan dan keredaan dalam hidup.
3.  Berikan award ini kepada 15 blog lain yang baru ditemui.
Kak antan ni sebenarnya jarang-jarang jugak menerjah blog orang lain, dan akak tengok dah ramai jugak yang dapat award ni. Jadi rasanya tak sampai 15 kot blog yang boleh akak bagi award ni...
  1. Ayu @ Perjalanan Sebuah Kehidupan
  2. Yatie @ Ketuhar Panas Yatie
  3. Maz @ Ilham Dapur
3 dulu boleh kot, yang lain akak tag kemudian ye...

Thursday, April 7, 2011

Kek Coklat Kukus dan Asam Pedas Ikan Keli

Assalamualaikum semua.....

Cuba jugak masukkan n3 semalam, kek coklat kukus yang ditempah oleh Azmar dan...
 Asam Pedas Ikan Keli
Untuk asam pedas ni kak antan masak ikut-ikut suka  je, campur apa2 yang patut.

Mula2 kak antan blender cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, sedikit belacan dan sedikit lada hitam dan buah keras
Bahan2 tu semuanya ditumis dan bila dah agak garing masukkan air asam jawa.
Kemudian masukkan ikan keli dan belimbing buluh.
Kak antan masukkan juga sedikit serbuk kunyit, dan serai yang diketuk
Bila dah masak, perasakan dengan garam.
Sedihnya tak de daun kesum.

Tuesday, April 5, 2011

Talam Peanut Butter..Tempahan

Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang talam peanut butter lagi. Setelah kak antan update n3 tentang talam ni dan di link kan ke fb, kak tini kawan sekolah kak antan tempah untuk makan2 kat sekolah. Jadi inilah hasilnya...
 Masih dalam kukusan

 dah dipotong dalam kotak
 inilah rupa lapisannya...cantikkan...nak resepi klik sini....
ini pulak kek coklat kukus yang ditempah oleh pelanggan setia kek coklat kukus ni Azmar. Azmar kata anaknya buat kek ni sebagai breakfast. Tapi sayangnya Azmar mc hari ni, jadi kek tu jadi rezeki orang lain je lah... hari ni kak antan kukus baliklah nampak gayanya...

Sunday, April 3, 2011

Padat...


Assalamualaikum semua....

Baru ada kelapangan untuk masukkan n3, untuk 2 hari ni aktiviti kak antan padat sangat. Sekarang ni badan terasa letih sangat..mata dah ngantuk ni..tapi gagahkan jugak masukkan n3 hari ni sebab gambar dah diupload semalam.
Gambar kat atas ni, gambar kek karot yang juga tempahan daripada Ustazah Nazuha. Nazuha nak petang semalam. Jadi bangun pagi2 selepas solat subuh, kak antan dah mulakan operasi untuk kek karot ni. Janji nak jumpa dia pukul 6 petang

Tengah harinya pulak kak antan mengajak hubby ke Bandar Manjalara, Kepong, ada majlis perkahwinan anak kawan kak antan yang sama2 ngajar masa kat Kuantan dulu. Sebenarnya anak kak di ni ialah Iera, pemilik blog little sweet brown. Sesat2 jugak kami sebab tak tau tempat. Puaslah pusing2 kat Bandar Manjalara tu.

Dari kenduri kami bergegas pulak ke Kuala Pilah sebab nak jumpa along. Along pesan belikan baju kemeja dan baju melayu. Sampai kat Pilah dah pukul 4.30 ptg. Kak antan terpaksalah sms Nazuha cakap rasanya tak sempat nak jumpa pukul 6, lewatkan sikit ke 6.30 ptg.

Balik dari Pilah, sampai rumah dah pukul 6. Sempatlah jumpa Nazuha pukul 6.30 petang. Kesian dia, rupanya kek tu cuma untuk makan2.
Sebenarnya malam tadi ada ceramah kat surau kat perumahan kak antan ni, tak dapatlah kak antan pergi menolong memasak. Tapi si kecik awan nak pulak tinggal dengan angahnya di rumah, jadi dapatlah kak antan ke surau semalam, jemaah maghrib, dengar ceramah dan jemaah isyak..balik rumah awan dah meragam..letih jangan cakaplah.... selesai sehari Hari Sabtu yang cukup padat. Untuk aktiviti hari ni...tunggu n3 esoklah lah ye....kak antan dah betul2 letih ni....

Friday, April 1, 2011

Talam Peanut Butter (updated)

Assalamualaikum semua....

N3 kedua hari ni tentang Talam Peanut Butter yang pernah akak buat tahun lepas tapi tak disertakan resepi.
Hari ni cuba merajinkan diri menaip resepi yang diperoleh daripada Chef Asma ni... Jadi sesapa yang berminat bolehlah mencuba... Sorrylah gambar ni pun yang dulu...comot je...
Lapisan Bawah:
(A)

  • 50 gm tepung ubi
  • 50 gm tepung hoenkwee putih
  • 100 gm tepung beras
  • 300 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 130 gm gula
  • 1/2 tsp garam
(B)
  • 220 gm creamy peanut butter
Cara memasaknya:
  1. Satukan bahan A dan tapis ke dalam periuk
  2. Masukkan B dan masak hingga naik wap
  3. Tuang ke dalam loyang 10 x 10 " dan kukus selama 25 min.
Lapisan Atas :
(A)
  • 150 gm tepung beras
  • 150 gm tepung ubi
  • 300ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/2 tsp garam
Lapisan Atas 
(B)
  • 180 gm gula
  • 150 ml santan pekat
  • 200 ml air
  • 1 helai daun pandan
Lapisan Atas
(C)
  • Pewarna hijau epal
  • Pewarna orange red @ merah
Cara memasaknya
  1. Satukan bahan B dan masak hingga mendidih dan satukan dengan bahan A
  2. Tapis dan bahagikan kepada 5 bahagian
  3. Lapisan pertama putih, kedua hijau, ketiga putih, keempat orange red dan kelima hijau terang sikit.
  4. Kukus setiap lapisan selama 5 min dan lapiasan akhir selama 20 hingga 25 min.

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...