Monday, July 5, 2010

Murabbi Cinta

Bukan promosi ye...cuma cik antan ingin berkongsi pengalaman membaca buku-buku tulisan Ustaz Hasrizal yang juga digelar Ustaz Cinta. Hal ini kerana dalam buku-buku Ustaz Hasrizal ni, beliau banyak menulis tentang cinta selepas berumah tangga. Buku Murabbi Cinta ni merupakan buku ketiga yang cik antan baca hasil tulisan Ustaz Hasrizal. Pertama Aku Terima Nikahnya dan kedua Bercinta Hingga Ke Syurga. Bagi cik antan, buku-buku tulisan Ustaz Hasrizal ni memang patut dibaca oleh semua, tidak kira yang sudah berkahwin, mahupun yang belum. Satu kerugian bagi cik antan kerana cik antan hanya dapat membaca buku ini setelah ada sesetengah anak cik antan sudah besar. Tak dapatlah cik antan nak praktikkan apa yang yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal pada anak-anak cik antan yang dah besar tu. Mungkin sebab ada salah dan silapnya dalam didikan yang diberikan, anak kedua cik antan agak suka memberontak dan sukar untuk difahami dirinya.

Bagi remaja yang akan melayari alam berumah tangga cik antan memang menggalakkan anda semua membaca buku Ustaz Hasrizal ni bermula daripada buku Aku Terima Nikahnya. Mungkin jugak kita boleh mengenali Ustaz Hasrizal melalui blognya saifulislam.com

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...