Detik demi detik berlalu tanpa mampu diputar kembali. Langkah demi langkah perlu diatur pada perhentian yang sementara ini. Segala suka dan duka, senyum dan tangis pasti berbaur mencipta pengalaman dan lukisan kenangan pada kanvas kehidupan. Blog ini aku jadikan wahana untuk aku berkongsi pengalaman, pendapat dan minat bersama kalian....
Friday, October 29, 2010
Thursday, October 28, 2010
Ulang Tahun Perkahwinan Kita Ke-20
Tempahan daripada Kak Suhaibah yang menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 hari ini. Didoakan Kak Su dan suami berbahagia hingga hujung nyawa... Di sini cik antan sertakan resepi blueberry cheese cake yang cik antan belajar daripada Chef Asiah.Sunday, October 24, 2010
Dora The Explorer
Kek edible image Dora The Explorer ni ditempah oleh Kak Endon untuk anaknya Adam yang teringin sangat kek Dora. Yang paling utamanya Kak Endon sebenarnya nak memenuhi permintaan anaknya Adam, kerana Kak Endon nak menunaikan haji tahun ni, jadi Adam akan ditinggalkan di kampung. Semoga Adam suka.....Tat Nenas
Sebenarnya dah lama cik antan teringin nak buat sendiri tat nenas ni, hari ni barulah hajat kesampaian. Rupanya tak lah cantik, first time buat... rasanya nanti bila2 free dan rajin cik antan akan cuba buat lagi. Resipinya cik antan tak ingat pulak ambil daripada blog siapa. Nanti cik antan ingat cik antan link kat sini ye....Hari Kokurikulum 2010

Semalam 23 Oktober sekolah cik antan adakan Hari Anugerah Kokurikulum, dari malam sebelumnya cik antan dah caj bateri kamera, nak ambil gambar apa2 yang patut, tapi akhirnya cik antan kena ganti mc yang tak de suara, jadi gambar ni jelah yang dapat cik antan ambik dari atas pentas. Taekwando, bagus jugak cik antan tgk demo diorang ni. Sebenarnya along dgn angah pun masuk taekwando masa di Kuantan dulu, dah sampai tali pinggang biru pun, tapi bila sampai di Kajang semuanya terkubur. Along sekarang sejak masuk STJ ni join balik taekwando dan semalam sepatutnya ada ujian untuk tali pinggang, tapi tak larat la pulak cik antan nak hantar ke Seremban. Sekolah tak sediakan transport sebab kebetulan ujiannya jatuh pada minggu balik bermalam. Lain kalilah long, tapi kesiannya Along kena mula balik daripada tali pinggang putih sebab ada patern yang dia dah lupa... Apo nak dikato....Talam Peanut Butter

Tak habis lagi aktiviti talam menalam ni, sebenarnya cik antan sekarang ni suka nak mencuba resepi yang ada, bukannya apa sekadar suka2. Bukanlah berniat nak bisnes sgt pun talam ni, sekadar nak mencuba dan merasa. Sekurang-kurangnya dapat melengkapkan diri yang sememangnya tak sempurna ni. Seperti kata rakan baik cik antan Kak Liza sebagai bekalan hari tua sekiranya ditakdirkan umur panjang dapatlah menjamu anak cucu nanti bila diorang balik bercuti. Tentu seronok kan makan hasil tangan sendiri. Jadi janganlah ada sesiapa yang rasa tergugat, sesungguhnya rezeki itu di tangan Allah, kita hanya mampu berusaha dan berdoa.Laksa Utara
Hari Jumaat hari tu balik dari Kuala Pilah sebab jemput along kat asrama cik antan cuba2 masak laksa utara, walaupun cik antan ni orang Kedah tapi tak pernah sebelum ni cik antan buat kuah laksa utara, kalau laksa lemak tu pernah pulak sebab hubby cik antan kan orang Mentakab. Walaupun percubaan pertama tapi kira oklah jugak, 4 bungkus laksa licin.....Wednesday, October 20, 2010
Talam Lapis Lobak Merah

Semalam teringat ada lagi baki karot dalam peti sejuk, lebih buat kek karot Kak Liza hari tu, Jadi hari ni cik antan cuba buat talam lapis lobak merah. Jadi inilah hasilnya....Monday, October 18, 2010
Talam Suji
Talam suji yang dah siap dipotong
Baru keluar dari kukusan... ini kali pertama jugak cik antan buat talam ni... esok siapa nak rasa pergi sekolah tau kawan2ku....Nak resepi... klik kat blog Bro Rozzan...Sunday, October 17, 2010
The Malaysian Cohort
Saturday, October 16, 2010
For The Rest of My Life - Maher Zain
Lagu yang bagi cik antan begitu menyentuh perasaan. Mungkin lagu ni Maher Zain tujukan untuk isterinya. Tapi tak salah kalau cik antan nak tujukan pada hubby cik antan kan... sekali je dia sebut perkataan wife tu... Sejak belakangan ni banyak peristiwa yang berlaku. 10 Oktober lepas, gempar seluruh negara.. mulanya dengan perkahwinan angkasawan negara kemudiannya dengan kematian yang meragut berbelas nyawa. Tarikh 10. 10 ni setiap tahun cik antan ingat, kerana tarikh ni tarikh hari lahir kawan baik cik antan masa di UPM dulu... jadi selepas ni 10. 10 akan terus diingati rakyat Malaysia. Sedih bila melihat gambar dan video yang diuploadkan di fb.. Mungkin Allah ingin ingattkan pada kita bahawa tiada satu tarikh pun yang membawa tuah kepada manusia... semuanya sama...
Bagi diri cik antan pula pada akhir bulan lepas dikejutkan dengan berita kematian sepupu suami.. seminggu selepas itu dikejutkan lagi dengan kematian ibu pada si mati ( ibu saudara suami ) Ada peristiwa yang cukup menginsafkan di sebalik dua kematian ini ( tak perlulah cik antan ceritakan di sini ) tapi peringatan untuk semua anak... kenangilah segala jasa ibu bapamu. Kasihnya ibu membawa ke syurga dan air dicincang tidak akan putus. Kita tiada hak untuk memutuskan ikatan kekeluargaan.
Dan untuk suamiku, lagu ni untuk abang hayati... Sesungguhnya kebahagiaan bukan terletak pada harta yang melimpah. Za bersyukur dengan apa yang kita ada, biarpun kehidupan kita tidak semewah orang lain namun kita tetap bahagia dengan anak-anak yang sihat kurniaan Allah. Harapan Za hanyalah abang akan terus menjadi imam untuk solat kami dan menjadi tiang yang kukuh tempat kami berteduh. Semoga kita akan terus bahagia dan tenang di bawah lindunganNya... Amin...
Thursday, October 14, 2010
Happy Birthday Zana

Wednesday, October 13, 2010
Sunday, October 10, 2010
PMR dah dimansuhkan......
Talam Tokyo lagi......
Cubaan ketiga... kali ni barulah betul2 puas hati...
loyang yang betul 10 x 10 inci dan sukatan untuk bahannya pun betul
untuk hidangan adik ipar cik antan yang terbang dari Kota Bharu.... nanti cik antan c & p resepinya sekali lagi. Resepinya dari blog Ilham Dapur. Tima kasih ye.....Lapisan Bawah
60g suu'un - rendam selama 15-20 minit - gunting kecik-kecik
250g sagu kecil - cuci dan rendam 30 minit dan toskan
100g kelapa parut -amik yang putih je
1 sudu kecil garam
400ml santan
Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)
Lapisan Atas
250g gula pasir
100g tepung kastard
800ml santan
2 @ 3 biji telur (gred A)
1/8 sudu kecil air abu
1/2 sudu kecil garam
sedikit pewarna hijau
sedikit paste pandan @ blend daun pandan dengan santan
Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk
2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat)
3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong.
Monday, October 4, 2010
Sunday, October 3, 2010
Restu....
Saturday, October 2, 2010
Friday, October 1, 2010
Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea
Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...
-
Assalamualaikum semua... Tengok gambar tak ada kaitan kan dengan tajuk... dah lama akak menyepi, hari ni barulah rajin nak menulis. M...
-
Assalamualaikum semua... Baru balik dari sekolah ni sebab ada sukantara. Jadi hari ni memang tak ada n3 masak-memasaklah nampak gayanya. Ha...
-
Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...






























