Sunday, October 3, 2010

Restu....

Pada hari Jumaat lepas, di sekolah cik antan diadakan Majlis Restu Ilmu untuk pelajar2 Tingkatan 3 yang akan menghadapi Peperiksaan PMR Selasa minggu hadapan. Majlis diadakan lebih kurang pada pukul 12.00 t hari selepas selesai menyusun kerusi dan meja dan pemeriksaan fizikal terhadap mereka.
Sesungguhnya ini bukanlah kali pertama majlis ni diadakan dan cik antan sendiri bukanlah kali pertama mengikutinya. Tapi apa yang cik antan rindui ialah suasana Majlis Restu Ilmu semasa cik antan mengajar di SMK Astana Kuantan dulu. Majlis ini dirancang dengan penuh teliti oleh kaunselor2 sekolah dan sememangnya sedikit sebanyak majlis ini akan meninggalkan kesan kepada calon2 PMR, SPM mahupun STPM. Linangan air mata pasti akan mengiringi perjalanan majlis ini sama ada pada diri calon2 mahupun para guru. Sudah pastilah akan lenyap segala kemarahan yang mungkin sebelumnya wujud dalam diri guru2 dan yang tinggal hanyalah restu yang akan terus mengiringi setiap langkah pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan.
Namun, segalanya kini hanya tinggal kenangan, situasi di sekolah cik antan sekarang jauh berbeza dengan situasi dulu. Majlis Restu Ilmu yang diadakan dapat diibaratkan seolah2 hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Seolah2 apa yang dicurahkan oleh guru2 selama ini langsung tidak berbekas dalam diri pelajar2. Hinggakan cik antan tertanya-tanya dalam diri seikhlas manakah restu yang diberi atau hanya sekadar ucapan di bibir tapi dalam hati entah siapa yang tahu. Mungkin inilah juga akibatnya jika mengajar di sekolah yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar bukan Islam. Hebatnya Islam kerana sentiasa mengajar umatnya bersyukur dan menghargai.

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...