Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah dan Tepung Talam

Salam Maal Hijrah cik antan ucapkan untuk semua yang sudi singgah. Semoga tahun 1431 yang bakal kita tinggalkan memberikan kita seribu keinsafan dan 1432H yang bakal menjelang membawa seribu rahmat untuk kita. Pesan seorang rakan jangan lupa baca doa akhir tahun...baca 3 kali pada akhir waktu asar dan baca doa awal tahun 3 kali selepas sembahyang maghrib. Semoga Allah mengampunkan semua dosa kita pada tahun ini dan syaitan tidak akan mengganggu kita pada tahun yang bakal menjelang..
Ni untuk minum petang ni, kuih Tepung Talam. Resepinya cik antan ambik daripada Buku Aneka Minuman Petang terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Nak ambil gambar kulitnya pun dah tak de kulit ( punyalah merujuk...tapi hari ni je lah baru menjadi kuihnya..) kuihnya sedap tetapi agak lembik bahagian bawahnya, tapi sebenarnya cik antan suka cuma mungkin sukar sikit nak memotongnya. Satu lagi sepatutnya cik antan pakai loyang yang kecik sikit, tapi cik antan pakai loyang 10 x 10" itu yang nipis je kuihnya.... Jom layan resepi
Resepi Tepung Talam
Bahan-bahan Lapis Bawah
  • 300gm gula merah + 500 ml air ( dimasak hingga larut)
  • 150gm tepung gandum
  • 50 gm tepung beras
  • 25 gm tepung jagung
  • 25 gm tepung kastard
  • 700 ml air suam ( rasanya kena kurangkan )
  • 1 sudu teh air kapur

Bahan-bahan Lapis Atas

  • 600 ml santan - 1 biji kelapa
  • 130 gm tepung beras
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam

Cara Membuatnya :

  1. Satukan semua bahan lapisan bawah hingga sebati. Kacau di atas api sederhana hingga naik wap.
  2. Tuang ke dalam loyang dan kukus 25 minit.
  3. Satukan semua lapisan atas dan masakkan atas api sederhana hingga naik wap.
  4. Garis-gariskan permukaan lapisan bawah tadi. Tuangkan lapisan atas dan kukus lagi selama 20 minit.
  5. Sejukkan sebelum dipotong.

Pajeri Nenas

Balik dari MAHA hari Sabtu hari tu hubby cik antan bawa 3 biji nenas, sebiji yang dah masak ranum dah selesai masuk perut. Ada lagi 2 biji, jadi hari ni cik antan buatlah pajeri nenas, dah lama jugak tak masak dan tak makan. Tengah2 memasak tadi teringat pulak masa duduk di asrama dulu, kalau hari yang menunya pajeri nenas dan ayam goreng ramai yang suka, tapi pajerinya tak lah pekat segini...cair je.... ye lah ramai nak makan...kalau buat pekat2 macam ni...alamatnya...bankrap. Resepinya biasa2 je... Resepi Pajeri Nenas
Bahan-bahannya:
  • 1/2 biji nenas
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 6 ulas bawang merah ( untuk menumis dan ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (juga untuk menumis dan ditumbuk)
  • 1" halia ( untuk menumis dan juga ditumbuk)
  • bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • kerisik secukupnya
  • santan pekat secukupnya
  • garam dan gula
  • 2 sudu besar udang kering
  • Minyak untuk menumis
Cara membuatnya :
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia serta rempah 4 beradik hingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan bawang2 dan halia yang ditumbuk.
  3. Masukkan udang kering dan tunggu hingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan santan pekat dan nenas yang sudah dipotong dan dibersihkan.
  5. Masukkan garam, gula dan kerisik. Masak hingga pekat seperti yang dikehendaki.

Menyorok pagi Isnin

Assalamualaikum. Salam pagi Isnin, hari terakhir kita dalam tahun 1431H. Macam mana semua azam dah tercapai. 'Menyorok'..... orang-orang utara mesti tahu kan...sarapan pagi...Pagi ni teringat ada pulut lebih buat seri muka hari tu, kelapa parut semalam pun ada lebih, stok ikan masin pun ada, sarapan dengan pulut je lah.... sedap ni.....
tapi... jangan diamalkan selalu....

Sunday, December 5, 2010

Abok-abok

Assalamualaikum semua...jumpa lagi.... untuk minum petang tadi cik antan cuba buat abok-abok. Dah lama dah cik antan simpan keinginan untuk buat kuih ni sebab kawan cik antan Kak Liza selalu buat dan bawa ke sekolah. Dah puas cik antan belajar cara nak buat kelongsong bungkus kuih ni, memang le cara membungkusnya lain daripada yang selalu tu, tapi ni mungkin cara membungkus keluarga Kak Liza kot. Apa2 je lah...janji abok-abok cik antan jadi...
isi dalamnya....jom layan resepinya.... senang jer...
Resepi Abok-Abok
Bahan-bahanya:
  • 300gm sagu
  • 150gm kelapa parut
  • 100 gm gula merah
  • 1 sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya ( cik antan pakai 2 pelepah )

    Cara Membuatnya:
  • Sagu dibersihkan dan direndam 10 minit kemudian ditoskan.
  • Gaul sagu dengan kelapa dan garam.
  • Sediakan kelongsong, masukkan 1 sudu besar sagu kemudian 1 sudu kecil gula merah dan ditutup dengan 1 sudu besar sagu dan tutup kelongsong.
  • (kalau buat kelongsong macam cik antan tu kenalah gunting dulu bagi cantik sikit)
  • Dah siap semua, kukus 30 minit.
Sebenarnya hari ni sebelah paginya cik antan sekeluarga pergi menyaksikan pertandingan kucing di PICC. Jom layan gambar-gambar kucing.


tengok telinganya.... kucing ni pemalu sikit...

gambar Putrajaya dari PICC


lepas tu hantar hubby cik antan ke Putrajaya Central, dia nak ke Terengganu, naik ERL ke KLIA.
dapat pulak budak2 ni ambik gambar dia... susah dia nak bergambar biasanya....
balik ke rumah dah letih, teringat ada spagheti dan kuah carbonara, masak dan makan je lah walaupun tak cukup bahan, badan dah penat. Cik antan tak sertakan resepi sebab bahan-bahannya tak lengkap. Lain kali ye... bila cik antan buat lagi.

Isteri-Isteri Sentiasa Dara

Salam hujung minggu semua...pagi ni tak ada resepi yang menarik cuma cik antan ingin berkongsi apa yang cik antan dapat bila menjenguk-jenguk fb semalam. Artikel ni daripada fb Majalah Potensi. Cik antan pun baru pertama kali dengar tentang majalah Potensi ni....
ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
p/s : Jadi ibu-ibu bolehlah mencuba ye..untuk bapa-bapa... untuk kebahagiaan rumah tangga...

Saturday, December 4, 2010

Puding Roti Sos Kastard

Balik dari kenduri tadi singgah kedai beli susu dengan telur sebab stok telur dah habis, teringat pulak ada roti yang dah nak expired hari ni. Jadi inilah hasilnya..puding roti sos kastard... sedap sangat sebab tak manis...
Resepinya cik antan dapat dari MyResipi...resepi maya zakry...maya kata resipi internet, maaflah cik antan tak tau lah asalnya resepi siapa...siapa2 pun yang punya resepi cik antan minta halal ye...Cik antan buat 1 setengah adunan daripada resepi asal jadi jom layan resepinya...

Resepi Puding Roti Sos Kastard
Bahan-bahannya:
Bahan A
  • 1 kotak ( 1 liter) fresh milk
  • 12 keping roti ( gardenia / apa2 yang sewaktu dgnnya)

Bahan B

  • 6 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter - dicairkan
  • 3 biji telur ayam
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung

Bahan C (sos)

  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula

Cara-cara Membuatnya:

  1. Koyak-koyakkan roti dan rendam dalam 750 ml susu segar lebih kurang setengah jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B dan campurkan dengan bahan A dan dikacau.
  3. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam suhu 180'C selama 45min/sehingga masak. Sejukkan.
  4. Campurkan Bahan C dan lebihan fresh milk lebih kurang 250ml tadi dan kacau atas api sederhana hingga agak pekat.
  5. Hidangkan puding bersama-sama sos.

Ikatan Janji Hafiza dan Hisham pt 2

Bersiaran untuk kali kedua hari ni, seperti yang cik antan taipkan dalam n3 semalam hari ni cik antan akan jadi camerawoman tak bertauliah sekali lagi. Jom kita layan.... Inilah mak ndak dengan anak-anak cik antan
Jangan tak percaya kek 3 tingkat ni bukan cik antan yang buat. Kalau cik antan boleh buat macam ni... tak tau nak cakap apa dah...

Pengantin perempuan semasa nak menyambut pengantin lelaki.
tengah tengok orang bersilat....
tangisan seorang ibu dan abang yang akan melepaskan anak dan adik....


raja sehari.....
sama cantik sama padan
bagai pinang dibelah dua
bagai cincin dengan permata
semoga ikatan janji yang terpateri akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa....

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...