Sunday, December 11, 2011

Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum semua....

Hari ni pagi2 curi masa sekejap mengadap lappy, masukkan n3 tentang sambal hitam Pahang yang sempat akak buat Rabu lepas. Memang sedap sambal ni. Kebetulan pulak nak menghabiskan belimbing kat belakang rumah yang bergayut-gayut dan dah banyak yang gugur tu.
Bahan-bahannya:


  • 15 biji belimbing buluh yang direbus hingga kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 6 biji cili padi ( ikut kepedasan cili padi masing-masing)
  • segenggam ikan bilis
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:

  1. Belimbing direbus hingga kering atau kehitaman, perlu selalu dibalik-balikkan sebab takut hangit dan melekat.
  2. Bawang merah, bawang putih dan cili padi ditumbuk halus. Ikan bilis ditumbuk kasar (terpulang masing-masing, boleh juga ditumbuk halus)
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk.
  4. Kemudian masukkan belimbing.
  5. Masak hingga kering dan perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Perlu selalu dikacau macam buat serunding.
Selamat mencuba... anak2 akak pun suka makan. Kami sempat makan sekali saja, yang selebihnya habis diratah along...

Thursday, December 8, 2011

Banting, Bukit Changgang dan kenangan bersamanya....

Assalamualaikum semua....

Rindu sangat nak menaip di blog, tapi masa betul2 tak mengizinkan... tapi hari ni cuba jugak menulis, walaupun hanya mencuri2 masa yang sememangnya menghambat... terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Banting..... 
Sejak tahun 2009, selepas akak bertukar dari Kuantan ke Kajang, akak mula kenal dengan daerah Banting... kalau dulu hanya dengar pada nama, tapi untuk 3 tahun ini akak akan ke sana pada setiap hujung tahun untuk urusan rasmi yang perlu diselesaikan...
Pada tahun 2009, pertama kali akak ke Banting dan melalui kawasan Bukit Changgang, ingatan terus pada seorang teman semasa di UPM dulu.. Norhanizah Mohd Salleh atau kami lebih selesa memanggilnya Ila. Memang sejak dulu lagi akak dah tahu Ila memang orang Bukit Changgang sebab dia selalu menceritakan yang dia balik ke Bukit Changgang dari UPM hanya dengan motosikalnya sahaja. Kami tak satu kursus, tetapi mendiami asrama yang sama dan blok yang sama dan kami sememangnya sebaya. Akak memang mengagumi Ila, sebab orangnya cantik, cerdik, daya kepimpinannya teserlah dan sememangnya pakej yang ada padanya semuanya lengkap. Jadi pada tahun 2009, akak dah mula berjinak2 dengan fb dan akak cuba menjejaknya di situ, tetapi gagal, sehinggalah pada pertengahan tahun 2010, akak mendapat tahu sebenarnya dia sudah tidak ada. Dia meninggal disebabkan kemalangan jalan raya, lebih kurang 10 tahun yang lalu. Innalillah hiwainnailaihirojiun... Akak terpana seketika... sungguh muda kawan akak itu pergi mengadap Ilahi, jika dihitung pada usia ketika itu dia pasti baru berusia 30 tahun.
Hujung tahun 2010, akak sekali lagi menjejak daerah Banting dan Bukit Changgang, pasti akak lalui lagi dan ingatan padanya tak mungkin akan padam... dan kebetulannya semasa akak bermesyuarat akak bertemu dengan rakan sekerjanya dulu dan kebetulan sekampung dengannya. Sebenarnya Ila mengajar di SMK Banting semasa hayatnya dan sehari sebelum kemalangan, diceritakan sikapnya banyak berubah, daripada seorang yang suka tersenyum dia bertukar menjadi seorang yang marah2 dan keesokan paginya mereka mendapat berita dia kemalangan jalan raya. Lebih menyayat hati anaknya ketika itu baru berusia 10 bulan dan dia sedang mengandung 3 bulan anak kedua.
Disember 2011, Banting akak kunjungi lagi dan Bukit Changgang akak lewati lagi... yang tinggal hanya kenangan sewaktu bersama-sama dengannya. Kini hanya al-Fatihah yang mampu disedekahkan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman... Amin...

Wednesday, November 30, 2011

Cerita Hari ini...

Assalamualaikum semua....

Mesti semua tengah berehat sekarang ni kan... jadi masa lapang yang sekejap ni akak masukkanlah cerita hari ni... nak kata sibuk, taklah sibuk sangat...
 Tergolek2 krimpuf kan... haaaa... sebenarnya hari ni, ada kawan-kawan akak yang datang rumah belajar buat krimpuf ni... Sebenarnya Kak Liza teringin sangat nak belajar sebab anak2 dia suka makan dan dia takut tahun depan pulak akak bertukar ke Kuantan... jadi yang kat atas tu lah antara hasilnya... akak ni tak pernah terlintas langsung nak buat kelas, sebab sedar diri yang masih kurang ilmu, tapi untuk Kak Liza, dipenuhi jugaklah...
 Inilah Kak Liza, sebenarnya Kak liza tak bersendirian, dia datang dengan Azmar, tapi gambar si Azmar si Awan pulak dah delete. Suka sungguh dia main kamera sekarang. Tengah seronok sembang2, sambil tunggu krimpuf mengembang, akak dapat call dari anak murid akak, nak datang rumah... jadi krimpuf yang kat atas tu, jadi rezeki dioranglah... dapatlah Kak Liza dan Azmar bawa balik sikit sorang..
 Diorang datang berlima..

 Inilah anak murid akak...
 Akak ajar diorang ni masa di Kuantan dulu, tahun 2006-2007. Seronok dengan kedatangan diorang, diorang ni belajar kat KPM Beranang, dah habis...jadi Ahad ni dah balik Kuantan. Tak per, insyaAllah jumpa pulak kat Kuantan nanti
 Najiah
 Farhana
Krimpuf ni yang disiapkan semalam... 70 pcs, tempahan Kak Milah...

Tuesday, November 29, 2011

Keliru.... Kesian anak ibu...

Assalamualaikum semua....
Pasti semua sedang sibuk memasak ni.... Tergerak hati nak buat n3 ni, bila dok menengok keletah anak bongsu akak, Awan ni...
Tiba2 jer, bangun pagi tadi dia tanya..."ibu, bila abah nak habis kerje?"
Sponton pulak akak jawab...." kerja abah, tak habis "
Akak tahu sebenarnya dia keliru... dulu sebelum suami akak bertukar ke Kuantan, suami akak memang selalu jugak outstation, tapi bila dua tiga hari outstation, mesti abah dia balik rumah... main2 dengan dia.... tapi sekarang dia jumpa abah dia hujung minggu jer, bila hari Ahad jer atau bila abah dia nak balik ke Kuantan dia akan tanya..."abah nak pergi mana?"
Abah pun jawab..."nak pergi kerje". Bila hujung minggu je baru jumpa balik, mungkin dia terasa lama kot, baru boleh jumpa abah, dah tu sekejap pulak tu....
Kesian dia...nak buat cam mana kan... nak bagi harapan, tahun depan kita pindah Kuantan duduk dengan abah pun... masih belum pasti... yang pasti akak perlu bersabar dan berdoa jer lah kan... InsyaAllah...

Monday, November 28, 2011

Gathering dengan kawan-kawan lama...

Assalamualaikum semua....

Rasanya tak terlambat untuk akak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah untuk semua ye... 
Semoga kehidupan kita semua akan terus dirahmati dan diberkati...
Tak sempat akak nak buat n3 khas tahun ni, sebab kesibukan dan keterujaan nak buat gathering semalam.
 Semalam 27 November, kawan2 akak buat mini gathering kat rumah akak, sekali sambut birthday 2 orang anak diorang. jadi sempatlah akak siapkan dua biji kek, cheesecake untuk Myra dan..
 CMC untuk Fadhly dan mamanya, kawan akak Nita..
 Jadilah inilah gambar-gambar kenangan semalam yang akan terus tersimpan sebagai kenangan. Walaupun yang datang cuma 8 orang cukuplah untuk melepas rindu...
Ateh @ Mazni... yang tetap maintan comel, orang kuat Avon ni dan Huzai... mama yang penyayang...@ Noor Huzaimahtun... mama kepada Izzati @ Diana Geng Bas Sekolah, yang terlindung di belakang mamanya tu Izzatilah tu.. sayangnya gambar yang diambil dengan Afiqah semalam terdelete...
 sambil2 tu kami menjamu selera secara pot luck
 Ju'a@ Dr. Nur Izura lecturer kat UPM. Nita @ Norhanita Kayat yang kerja kat Kementerian Sumber Manusia, kalau tak silap akak
 Ati @ A'tiqah Rashidah, juga lecturer kat UITM Dungun... turun dari Dungun tu... yang berbaju oren Ujie @ Rudziah Umar... tetap maintain macam 23 tahun dulu, dia  lecturer matrikulasi kat Banting, dengan Ujie ni memang dah 23 tahun akak tak jumpa..
 Ju'a dan babynya yang dah 6 bulan....
 Inilah birthday girlnya... Myra anak kepada Huzai..
 Happy birthday cute girl...
 sayangnya birthday boy tak dapat datang ada kursus motivasi...
 mama je lah yang potong ye... birthday Nita sepatutnya 10 Nov hari tu...
 Happy belated birthday Nita....
 buah tangan dari Terengganu, Tq Ati...siap bawa kain batik dari Terengganu untuk diagihkan untuk kami..
bergambar kenangan.... yang paling tinggi Zuraini Harun dengan anaknya Zaira...

P/s : Bila berkumpul dan mendengar cerita-cerita kawan lama, betapa akak bersyukur kerana setakat ini,  dugaan yang akak terima tak sehebat dugaan sebahagian daripada kawan2 akak ni...Alhamdulillah.

Friday, November 25, 2011

Brunch : Nasi Lemak Sambal Sotong

Assalamualaikum semua.....

Sebenarnya hari ni baru nak tayang menu semalam. Nasi lemak ni akak masak semalam. Asalnya nak masak untuk breakfast, dah plan dari malam sebelumnya, tetiba dh tengah malam baru terperasan halia dah habis..jadi terpaksalah tunggu lewat sikit untuk beli halia...
Resepinya sama jer macam nasi lemak orang lain, cuma akak tak gunakan beras basmathi, tapi akak gunakan beras siam cap serindit.. mesti orang Kelantan tahu sangat dengan beras ni... beras ni suami akak beli masa ke KB dulu... tapi adik ipar akak cakap, tak elok sangat makan beras siam ni sebab bahan kimianya banyak sebab itulah beras ni tahan lama...
Selain tu akak masukkan santan cair, halia dan serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula...
Sambal sotong tu pulak, sambal tumis biasa jer... tak de yang istimewanya...
Jadi semalam semuanya kekenyangan makan nasi lemak....

Wednesday, November 23, 2011

Ke Port Dickson

Assalamualaikum semua...

Isnin baru2 ni, akak dan anak2 ikut suami yang berkursus di PD. Walaupun dua hari satu malam jer, tapi cukuplah untuk membuatkan anak-anak bergembira.
 Suka sangat anak2 akak bila dapat mandi kat kolam, terutama yang kecik2 tu..
 along
 angah
 ateh
 Aqil@acik
 Awan
 Pemandangan sebelah petang di pantai PD
 Pemandangan dari bilik 702 Corus Paradise Resot



Sejurus sebelum bergerak pulang...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...