Thursday, August 4, 2011

Genap 4 tahun...

Assalamualaikum semua...

Hari ini 4 Ogos 2011 genaplah umur si bongsuku 4 tahun... Tak adalah dibakarkan kek untuknya sebab dah bulan puasa. Kebetulannya pun dia dah potong kek sebulan yang lepas semasa birthday abangnya Aqil. Lagipun dia tinggal kat rumah jer sekarang ni sebab ada wannya kat rumah.
 Awan atau nama penuhnya Muhammad Zaqwan Fikri bin Adnan, seorang anak yang sangat aktif, tak pernah duduk diam. Namun keletahnya sering membuatkan kami bahagia. Along selalu cakap, Awan janganlah besar.. maknanya dia nak bermain dengan Awannya yang sentiasa kecil...namun masa tetap berlalu dan anak ibu ni tetap membesar..
Harapan ibu Awan akan membesar menjadi anak yang baik, soleh dan membahagiakan ibu dan abah...

2 comments:

  1. alahai...kiutnya... happy besday awan... semoga jadi anak yang soleh dunia akhirat... tetibe teringat kat anak sedara... :)

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Awan. moga menjadi anak soleh kebanggan ibubapa nanti :)

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...