Dozen Roses Love Note

Thursday, August 11, 2011

Talam Durian Gula Merah

Assalamualaikum semua....

Hari ni masukkan n3 tentang tempahan dalam bulan puasa ni... taklah banyak sangat... sebenarnya Talam Durian ni tempahan daripada Kak Endon kaunselor sekolah akak. Talam ni tempahan kedua Kak Endon, hari kedua puasa hari tu Kak Endon dah menempah cream puff 100 biji.
Talam ni dibahagi empat... diorang agih-agihkan... yelah bulan puasa kan... akak pun tak tau apa rasanya... untuk resepinya...

Talam Durian Gula Merah

Bahagian bawah
Bahan-bahannya:
  • 220 gm tepung beras
  • 30 gm tepung ubi
  • 1/2 sudu teh garam
  • 5 sudu besar gula pasir (optional)
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air
  1. Campurkan kesemua bahan dan tapis.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
  3. Tuangkan ke loyang dan kukus selama 30 minit

Bahagian atas
Bahan-bahannya:
  • 100 gm tepung kastard
  • 200 gm gula merah
  • 20 gm gula pasir
  • 300 ml santan pekat
  • 500 ml air ( masak bersama gula merah )
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 160 gm isi durian 
  1. Isi durian diblender dengan telur.
  2. Campurkan bahan blender dengan bahan2 lain dan tapis
  3. Masukkan bahan ke dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
  4. Tuang ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 30 minit.

4 comments:

  1. Salam kak yus..mieza kan suka durian tapi tak pandai nak mkn kalau buat mcm ni..mesti mau mkn dgn pulut juga..ataupun masukkan sekali dalam wajik..sedapnyer kak!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum dan salam Ramadhan, sedapnya kuih talam tu...nanti boleh cuba buat ni..murah rezeki akak bulan puasa dpt tempahan...mesti kuih akak sedap rasanya.

    ReplyDelete
  3. Salam Mieza,

    Akak pun tak tau sangat apa rasanya... lain kali kena cuba buat lagi untuk rasa sendiri...

    ReplyDelete
  4. Salam Fie,

    Salam Ramadhan jugak untuk Fie, cubalah Fie, akak pun tak tau apa rasanya... alhamdulillah, walaupun bulan puasa, tempahan boleh kata tak putus.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails