Wednesday, November 30, 2011

Cerita Hari ini...

Assalamualaikum semua....

Mesti semua tengah berehat sekarang ni kan... jadi masa lapang yang sekejap ni akak masukkanlah cerita hari ni... nak kata sibuk, taklah sibuk sangat...
 Tergolek2 krimpuf kan... haaaa... sebenarnya hari ni, ada kawan-kawan akak yang datang rumah belajar buat krimpuf ni... Sebenarnya Kak Liza teringin sangat nak belajar sebab anak2 dia suka makan dan dia takut tahun depan pulak akak bertukar ke Kuantan... jadi yang kat atas tu lah antara hasilnya... akak ni tak pernah terlintas langsung nak buat kelas, sebab sedar diri yang masih kurang ilmu, tapi untuk Kak Liza, dipenuhi jugaklah...
 Inilah Kak Liza, sebenarnya Kak liza tak bersendirian, dia datang dengan Azmar, tapi gambar si Azmar si Awan pulak dah delete. Suka sungguh dia main kamera sekarang. Tengah seronok sembang2, sambil tunggu krimpuf mengembang, akak dapat call dari anak murid akak, nak datang rumah... jadi krimpuf yang kat atas tu, jadi rezeki dioranglah... dapatlah Kak Liza dan Azmar bawa balik sikit sorang..
 Diorang datang berlima..

 Inilah anak murid akak...
 Akak ajar diorang ni masa di Kuantan dulu, tahun 2006-2007. Seronok dengan kedatangan diorang, diorang ni belajar kat KPM Beranang, dah habis...jadi Ahad ni dah balik Kuantan. Tak per, insyaAllah jumpa pulak kat Kuantan nanti
 Najiah
 Farhana
Krimpuf ni yang disiapkan semalam... 70 pcs, tempahan Kak Milah...

Tuesday, November 29, 2011

Keliru.... Kesian anak ibu...

Assalamualaikum semua....
Pasti semua sedang sibuk memasak ni.... Tergerak hati nak buat n3 ni, bila dok menengok keletah anak bongsu akak, Awan ni...
Tiba2 jer, bangun pagi tadi dia tanya..."ibu, bila abah nak habis kerje?"
Sponton pulak akak jawab...." kerja abah, tak habis "
Akak tahu sebenarnya dia keliru... dulu sebelum suami akak bertukar ke Kuantan, suami akak memang selalu jugak outstation, tapi bila dua tiga hari outstation, mesti abah dia balik rumah... main2 dengan dia.... tapi sekarang dia jumpa abah dia hujung minggu jer, bila hari Ahad jer atau bila abah dia nak balik ke Kuantan dia akan tanya..."abah nak pergi mana?"
Abah pun jawab..."nak pergi kerje". Bila hujung minggu je baru jumpa balik, mungkin dia terasa lama kot, baru boleh jumpa abah, dah tu sekejap pulak tu....
Kesian dia...nak buat cam mana kan... nak bagi harapan, tahun depan kita pindah Kuantan duduk dengan abah pun... masih belum pasti... yang pasti akak perlu bersabar dan berdoa jer lah kan... InsyaAllah...

Monday, November 28, 2011

Gathering dengan kawan-kawan lama...

Assalamualaikum semua....

Rasanya tak terlambat untuk akak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah untuk semua ye... 
Semoga kehidupan kita semua akan terus dirahmati dan diberkati...
Tak sempat akak nak buat n3 khas tahun ni, sebab kesibukan dan keterujaan nak buat gathering semalam.
 Semalam 27 November, kawan2 akak buat mini gathering kat rumah akak, sekali sambut birthday 2 orang anak diorang. jadi sempatlah akak siapkan dua biji kek, cheesecake untuk Myra dan..
 CMC untuk Fadhly dan mamanya, kawan akak Nita..
 Jadilah inilah gambar-gambar kenangan semalam yang akan terus tersimpan sebagai kenangan. Walaupun yang datang cuma 8 orang cukuplah untuk melepas rindu...
Ateh @ Mazni... yang tetap maintan comel, orang kuat Avon ni dan Huzai... mama yang penyayang...@ Noor Huzaimahtun... mama kepada Izzati @ Diana Geng Bas Sekolah, yang terlindung di belakang mamanya tu Izzatilah tu.. sayangnya gambar yang diambil dengan Afiqah semalam terdelete...
 sambil2 tu kami menjamu selera secara pot luck
 Ju'a@ Dr. Nur Izura lecturer kat UPM. Nita @ Norhanita Kayat yang kerja kat Kementerian Sumber Manusia, kalau tak silap akak
 Ati @ A'tiqah Rashidah, juga lecturer kat UITM Dungun... turun dari Dungun tu... yang berbaju oren Ujie @ Rudziah Umar... tetap maintain macam 23 tahun dulu, dia  lecturer matrikulasi kat Banting, dengan Ujie ni memang dah 23 tahun akak tak jumpa..
 Ju'a dan babynya yang dah 6 bulan....
 Inilah birthday girlnya... Myra anak kepada Huzai..
 Happy birthday cute girl...
 sayangnya birthday boy tak dapat datang ada kursus motivasi...
 mama je lah yang potong ye... birthday Nita sepatutnya 10 Nov hari tu...
 Happy belated birthday Nita....
 buah tangan dari Terengganu, Tq Ati...siap bawa kain batik dari Terengganu untuk diagihkan untuk kami..
bergambar kenangan.... yang paling tinggi Zuraini Harun dengan anaknya Zaira...

P/s : Bila berkumpul dan mendengar cerita-cerita kawan lama, betapa akak bersyukur kerana setakat ini,  dugaan yang akak terima tak sehebat dugaan sebahagian daripada kawan2 akak ni...Alhamdulillah.

Friday, November 25, 2011

Brunch : Nasi Lemak Sambal Sotong

Assalamualaikum semua.....

Sebenarnya hari ni baru nak tayang menu semalam. Nasi lemak ni akak masak semalam. Asalnya nak masak untuk breakfast, dah plan dari malam sebelumnya, tetiba dh tengah malam baru terperasan halia dah habis..jadi terpaksalah tunggu lewat sikit untuk beli halia...
Resepinya sama jer macam nasi lemak orang lain, cuma akak tak gunakan beras basmathi, tapi akak gunakan beras siam cap serindit.. mesti orang Kelantan tahu sangat dengan beras ni... beras ni suami akak beli masa ke KB dulu... tapi adik ipar akak cakap, tak elok sangat makan beras siam ni sebab bahan kimianya banyak sebab itulah beras ni tahan lama...
Selain tu akak masukkan santan cair, halia dan serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula...
Sambal sotong tu pulak, sambal tumis biasa jer... tak de yang istimewanya...
Jadi semalam semuanya kekenyangan makan nasi lemak....

Wednesday, November 23, 2011

Ke Port Dickson

Assalamualaikum semua...

Isnin baru2 ni, akak dan anak2 ikut suami yang berkursus di PD. Walaupun dua hari satu malam jer, tapi cukuplah untuk membuatkan anak-anak bergembira.
 Suka sangat anak2 akak bila dapat mandi kat kolam, terutama yang kecik2 tu..
 along
 angah
 ateh
 Aqil@acik
 Awan
 Pemandangan sebelah petang di pantai PD
 Pemandangan dari bilik 702 Corus Paradise Resot



Sejurus sebelum bergerak pulang...

Naluri @ instinct

Assalamualaikum semua....

Secara tiba2 balik dari sekolah tadi teringin nak menulis tentang tajuk ni... sebenarnya dah lama nak tulis, tapi tak kesampaian.
Ketika hati melayan fikiran yang bercelaru ni, tiba2 terfikir, boleh ke kita percaya pada naluri?
Bagi akak rasanya boleh kot, sebab akak rasa banyak peristiwa yang berlaku betul2 mengikut naluri akak.
Selalunya bagi ibu2 yang mengandung pun, kalau nak tau jantina anak yang dikandung, biasanya betul mengikut naluri, walaupun tak semuanya betul.
Tak perlulah akak ceritakan peristiwa2 yang berlaku betul mengikut naluri tu... biar akak sendiri je yang tahu... cuma apa yang bermain di minda akak sekarang, biarlah naluri akak yang seterusnya ni betul....doa-doakan ye...walaupun korang semua tak tau...

Happy Birthday Zarif

Assalamualaikum semua..
Tempahan kek karot daripada Kak Nor untuk anak keduanya Zarif. Birthday Zarif sepatutnya 19hb, tapi disebabkan Kak Nor terlupa nak ode kek, jadi Zarif terpaksalah sambutnya pada 20hb. Tak pe lah kan Zarif... yang penting mak tetap ingat kan...

Ateh...

Assalamualaikum semua...

Hari Khamis dan Jumaat lepas, akak berkesempatan ke majlis penyampaian hadiah sekolah KAFA dan SK Taman Jasmin. Tapi gambar2 semuanya blur sebab ambik guna hp je...
 KAFA Integrasi Taman Jasmin...

 SK Taman Jasmin
 Terima kasih cikgu2 SK Taman Jasmin kerana membenarkan Ateh menduduki semula 3 kertas peperiksaan  sebab Ateh kan balik kampung masa neneknya meninggal hari tu, kalau tak... tak adalah Ateh nak naik pentas hari ni...

 Bersama-sama kawan baiknya, Nisa

Untuk adik dan anak-anak tersayang

Assalamualaikum semua....

Kalau boleh hari ni nak masukkan semua n3 yang tertunggak.
 Koleh kacang
 Seri muka
 Kedua-duanya ditempah oleh Emi, jiran akak untuk makan2 sempena perkahwinan adiknya di Semenyih. TQ Emi.
Ini pulak 1/2 kg cheesecake yang ditempah oleh Kak Liza untuk anak-anaknya makan2. Tq Kak Liza.

Tuesday, November 22, 2011

Sebelum cuti...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, sebenarnya akak sekeluarga baru balik dari PD, ikut suami yang ada kursus kat sana... sekurang-kurangnya anak2 dapat jgk merasa mandi kolam, kira oklah kan...
 Jadi hari ni masukkan n3 tempahan yang dihantar Jumaat lepas, hari terakhir persekolahan...
70 pcs cream puff ni diode oleh Fira.. kesian Fira.. sebenarnya Fira menempah Jumaat 11/11, tapi disebab hari Khamis 10/11 tu akak dapat keputusan permohonan akak ke Kuantan tak diluluskan, mood memasak akak pun hilang, terus akak tolak tempahannya... sorry ye Fira... untuk kali ni akak penuhi... jangan marah ye, Fira...
Ini pulak 2 kotak koleh kacang yang ditempah oleh Fadhilah.

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...