Dozen Roses Love Note

Friday, September 30, 2011

Lagi...

Assalamualaikum semua....

Maaflah ye kalau ramai yang dah boring nengok gambar2 ni... minggu ni dah kurang sikit tempahannya...
 1 kg coklat moist
 70 pcs cream puff
 2 kg blueberry cheesecake
 50 pcs cream puff yang ditempah oleh Kak La..
Talam jagung... resepi akak masukkan kemudian ye...

Wednesday, September 28, 2011

Tempahan Minggu Lepas Part 3

Assalamualaikum semua....

Sambung masukkan n3 tentang tempahan minggu lepas... antara minggu yang sangat sibuk....
Talam suji... lagi sekali last minute ditempah oleh Fadzri pada hari Jumaat petang dan diambil sebelah malamnya. 
2 kg CMC
Lagi Talam Keladi... kali ini ditempah oleh Kak Ros
2 kg lagi CMC
2 loyang talam tokyo

2kg + 2kg Kek Karot... kek-kek di atas dan Talam Tokyo ditempah oleh Cikgu Zaharah dari SK Taman Jasmin.. tempahan lain yang tak sempat diambil gambar 200 pcs cream puff dan 2 buku kek coklat + 2 buku kek karot yang juga ditempah oleh Cikgu Zaharah.
Talam ubi kayu 
Betul-betul marathon akak malam tu....nasib baik sempat siap.... pagi-pagi esoknya pulak terus hantar ke SK Taman Jasmin dan kemudian terus ke sekolah untuk majlis Hari Terbuka SMK Jalan Bukit. Balik tengah hari tu, akak terus pengsan....kalau diikutkan ada lagi tempahan 3 loyang talam untuk majlis Hari Raya kat taman perumahan akak... tapi minta maaf banyak-banyaklah...akak memang dah tak mampu. Akak hanya mampu menghadiri majlis tu je pada sebelah malamnya....
Pagi-pagi Ahad tu pulak dah mula bersilat siapkan juadah untuk anak-anak murid yang nak datang beraya...
Alhamdulillah sempat jugak akak siapkan bakso dan laksa kuah putih untuk anak-anak muridku itu... tapi disebabkan terlalu sibuk, tak sempat pun nak ambik gambar juadah yang disediakan... dan penatnya... masih terasa hingga hari ini....

Tempahan Minggu lepas Part 2

Assalamualaikum semua....

Masukkan n3 tentang tempahan minggu lepas... nape Part 2 ye?.. mana Part 1, part 1 dah masukkan hari Ahad hari tu... minggu lepas boleh dikatakan minggu Talam Keladi..
Seri muka Gula Merah
Talam Keladi, kedua2nya ditempah oleh Fadzri.... pada hari Selasa malam
Untuk hari Rabu akak plan nak buatkan talam lain, tetiba pukul 4 ptg hubby call, Fadzri kata nak yang sama macam hari ni.... terpaksalah hubby akak belikan lagi keladi... jadi terhasillah Seri muka yang sama...
dan jugak talam keladi sekali lagi...
Ini pulak tempahan untuk hari Jumaat, hampir 300 pcs cream puff dan
1/2 kilo kek coklat moist

Monday, September 26, 2011

Rumah Terbuka Perdana SMK Jalan Bukit

Assalamualaikum semua...

Masukkan n3 kedua tentang Majlis Rumah Terbuka Perdana sekolah akak yang julung-julung kalinya diadakan. Rumah Terbuka ni telah diadakan pada 24 September lepas... meriah sunnguh...
 Masing-masing sibuk menghias gerai masing-masing... sebab dipertandingkan...
 sempat lagi posing...


 Ini gerai kumpulan akak... menunya nasi kerabu...

 Gerai air panas
 Gerai buah-buahan
 Gerai sate, ketupat dan rendang
 Gerai laksa... sebenarnya ada banyak lagi gerai, tapi akak tak sempat nak pusing2 ambik gambar... Rakan akak KPY @ Ketuhar Panas Yatie juga khabarnya tak tidur malam menyiapkan juadah untuk gerainya yang menyajikan pelbagai jenis kuih-muih dan Talam Sagu Durian yang disajikannya mendapat pujian semua, termasuk pengetua akak Puan Latifah.
 Ahli kumpulan akak, muka kenyang ke letih....
 Bekas2 guru yang telah berpindah dan bersara juga turut dijemput untuk memeriahkan majlis...
 Barisan quater master yang banyak membantu banhagian peralatan...
Hai....anak sapa lah ni....

P/S: Secara keseluruhannya, pada pendapat akak, majlis ni memang berjaya, pasti semuanya berpuas hati... dan sudah tentulah akan dijadikan acara tahunan... dan tahun hadapan... mungkin akak tidak akan bersama-sama menjayakannya...

Murid-muridku Datang Beraya

Assalamualaikum semua...

Uploadkan gambar2 anak2 murid akak datang beraya semalam. Nak sangat datng beraya kat rumah, jadi akak pun tetapkanlah satu hari... jadi semalamlah harinya.. ingat nak masak2 makan kat sekolah je.. tapi diorang tak nak... terpaksalah pilih tarikh yang sesuai sebab majoritinya pelajar Ting 5 yang tengah trial sekarang ni... jadi bagi akak tarikh yang paling sesuai ialah 25hb... sebab cuma tinggal satu paper je lagi untuk diorang semua...





Ini pulak akak menerima kunjungan bekas anak murid akak semasa di Kuantan dulu.. rasanya dah 5 tahun tak jumpa...kebetulan si Iera ni sekarang jadi GSTT kat SMK Taman Jasmin 2, dapatlah akak jemput sekali....

Sunday, September 25, 2011

Kek Adam dan keluarga

Assalamualaikum semua...

Curi2 masukkan n3 kali... 

Kek coklat 3 kg ni ditempah oleh Kak Endon untuk majlis hari raya anaknya Adam...
Terima kasih Kak Endon...
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin daripada Adam dan keluarga..
Talam keladi ni pulak ditempah oleh Kak Tinie Selasa lepas juga untuk jamuan kelas 5 MPED 1
Terima kasih Kak Tinie, maaf... tempahan untuk hari ini dah tak dapat dipenuhi... dah tak cukup kudrat....

Wednesday, September 21, 2011

Tempahan Isnin

Assalamualaikum semua...

Masukkan tempahan untuk hari Isnin... semuanya ditempah oleh Kak Azlina Nee
 30 pcs cream puff
 2 kg kek butter perisa strawberi...mula2 ingat nak tuang jem macam ni aje.... tapi nampak cam kosong sangat... kemudian teringat ada stok kiwi dalam peti sejuk...
 akhirnya jadilah cam ni...
Seri muka ni pun ditempah oleh Kak Ina... terima kasih Kak Ina....

P/s : Sedih bila mengenangkan anak-anak yang terpaksa bertukar sekolah nanti... di sini masing-masing dah ada kawan sendiri, nanti terpaksalah mencari kawan baru... perlu menyesuaikan diri... namun hikmah di sebaliknya.... makin ramailah kenalannya nanti.... insyaAllah..

Tuesday, September 20, 2011

Tempahan Tat

Assalamualaikum semua....

Semalam masukkan gambar2 tat kat bawah ni, malam ni barulah nak masukkan cerita-ceritinya... tapi tiba2 jer dah bertukar ye dashboard utk blog, dahlah akak ni jenis yang terkial2.... terkejut jgk sekejap...
Ini gambar tat nenas yang diminta oleh Kak Suhaibah... akak ni tak berapa pandai buat tat... Kak Su cakap Kak Su nak tat terdedah tak nak tat gulung... terkekeh2 kami gelak... tat terdedah pulak dipanggilnya....
Puas akak mencari resepi yang berkenan di hati, akhirnya akak mencuba resepi Kak Anymz setelah membacanya di blog Izah..... sesiapa yang nak mencuba bolehlah ke blog Izah Muffin Lover atau ke blog Kak Anymz.... terima kasih bebanyak ye Kak Anymz, memang sedap tat akak ni...
Kak Su pun sangat berpuas hati....
Ini pulak kek butter yang juga ditempah oleh Kak Su, anak-anak Kak Su request nak kek yang disaluti dengan chocolate rice...

P/S : Tengah hari tadi akak ada meeting kurikulum... habis je meeting suami akak call kata ada masalah besar.... katanya dia kena tukar ke Kuantan.... akak tak terkata.... pindah lagi.... namun akak pasti Allah pasti merencanakan yang terbaik buat hamba-hambanya.... bersyukur dan redalah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails