Monday, September 5, 2011

Kembali.....

Assalamualaikum semua...

Apa khabar? Pasti semuanya sihat kan.... Rata2nya minggu ni semuanya dah mula bekerja.... rutin harian biasa dah bermula.....namun mood raya pasti masih ada....
Semua yang lain masukkan gambar raya kan... akak tak sempat pun nak bergambar masa hari raya, kelam kabut sangat... yang kat bawah ni aktiviti akak sekeluarga pada hari raya ketiga, sehari sebelum balik ke Kajang. Kakak ipar akak mengajak ke kolam ikan patinnya menangkap ikan....
 Angsa.... 
Bila tengok angsa2 ni teringat zaman kecik2 dulu, selalu kena kejar dan kena sudu dengan angsa...
 Angsa takut dengan kamera ye? Bila akak mula ambik gambar je... semua angsa2 ni lari... atau.... angsa ni takut dengan akak....
 Haaa.... inilah ikan patin yang berjaya hubby akak sauk....besar kan....
 angah tolong bawakan....
 Ini yang tak disangka2 akak letak jer sauk tu.... ada pulak yang masuk.... dapatlah kami menangkap sorang seekor... seekor lagi masuk jala abang ipar akak....dapat 8 ekor ikan talapia yang masuk ke dalam jala...
Kegembiraan petang tu bertukar sedih pada sebelah malamnya untuk akak sebab mendapat berita anak pengetua akak kemalangan di Highway Plus,berhampiran R n R Seremban, 3 hari sebelum hari raya... keretanya hangus terbakar namun alhamdulillah anakandanya sempat menyelamatkan diri.... Harapan akak semoga Puan Latifah sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya Allah hanya menguji hambanya yang mampu menanggungnya. Sungguhpun begitu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ini jer gambar hari raya yang sempat diambil.... gambar anak dara akak dengan sepupunya.... masa kat kampung, diorang berdua ni dah macam kembar....

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...