Assalamualaikum semua....
Sambung masukkan n3 tentang tempahan minggu lepas... antara minggu yang sangat sibuk....
Talam suji... lagi sekali last minute ditempah oleh Fadzri pada hari Jumaat petang dan diambil sebelah malamnya.
2 kg CMC
Lagi Talam Keladi... kali ini ditempah oleh Kak Ros
2 kg lagi CMC
2 loyang talam tokyo
2kg + 2kg Kek Karot... kek-kek di atas dan Talam Tokyo ditempah oleh Cikgu Zaharah dari SK Taman Jasmin.. tempahan lain yang tak sempat diambil gambar 200 pcs cream puff dan 2 buku kek coklat + 2 buku kek karot yang juga ditempah oleh Cikgu Zaharah.
Talam ubi kayu
Betul-betul marathon akak malam tu....nasib baik sempat siap.... pagi-pagi esoknya pulak terus hantar ke SK Taman Jasmin dan kemudian terus ke sekolah untuk majlis Hari Terbuka SMK Jalan Bukit. Balik tengah hari tu, akak terus pengsan....kalau diikutkan ada lagi tempahan 3 loyang talam untuk majlis Hari Raya kat taman perumahan akak... tapi minta maaf banyak-banyaklah...akak memang dah tak mampu. Akak hanya mampu menghadiri majlis tu je pada sebelah malamnya....
Pagi-pagi Ahad tu pulak dah mula bersilat siapkan juadah untuk anak-anak murid yang nak datang beraya...
Alhamdulillah sempat jugak akak siapkan bakso dan laksa kuah putih untuk anak-anak muridku itu... tapi disebabkan terlalu sibuk, tak sempat pun nak ambik gambar juadah yang disediakan... dan penatnya... masih terasa hingga hari ini....
kak yus..banyaknyer tempahan akak..mieza ni teringin nak belajar nak deco cake..tapi tangan mieza keras betul huhuhu
ReplyDelete