Assalamualaikum semua....
n3 kedua hari ni akak masukkan gambar-gambar tempahan kek sebelum dan selepas hari raya. Masa puasa hari tu disebabkan terlampau sibuk, tak sempat akak nak masukkan gambar-gambar kek ni...
Kek sponge je yang disalut dengan badam di sekelilingnya seperti kehendak tuan yang menempah, Ruhizam dari SMK Taman Jasmin 2, katanya untuk dibawa kepada adiknya di Jepun... tak taulah akak kek ni sampai ke tak ke Jepun...
Ini pulak kek karot 1/2 kg yang ditempah cikgu Haryati SKTJ sempena birthday anaknya pada 26 Ogos lepas...
8 buku kek karot ni ditempah cikgu2 sesi petang sekolah akak, yang siap ditopping, lupa nak diambil gambar.Terima kasih semua..yang akak tahu Kak Norehan yang menempah 3 buku, yang lainnya akak minta maaf ye sebab tak sempat nak tanya siapa yang menempah. Terima kasih pada Azlina yang menjadi orang tengahnya...
Ini pulak blueberry cheesecake yang ditempah Kak Liza pada hari Sabtu sebelum raya, katanya nak dibawa balik ke Melaka.
Kek coklat dan
sebuku kek karot, ditempah oleh Zainah dari Tadika Aqil...
1 kg kek karot beserta 4 buku kek karot dan 3 buku kek coklat, ditempah oleh Ustazah Nazuha pagi Ahad lepas, sebelum akak balik beraya....
Terima kasih semua....
2 kg blueberry cheesecake kat atas ni ditempah oleh Kak Mala semalam. Sempena birthyday 2 orang anaknya dan juga sempena Salahuddin yang dah nak balik ke asrama....
salam K.Yus...selamat hari raya..
ReplyDeleteAtie pon masa kat kg,puas makan gulai tempoyak ngan adik beradik lak tu mmg nambah2 nasi.kat umah atie mmg xpernah masak gulai tempoyak sbb HB xsuker bau tempoyak..hihi